Saturday, December 4, 2010

TOMORROW I'M LEAVING.

Salam sejahtera kawan kawan.

Cuti yang agak singkat memang tidak dapat menikmati kepuasan, kan? Ingat cuti 1 bulan lebih tuh lama ke? Oh no sebenarnya amat lah singkat. Tido pun belum cukup lagi. Esok aku dah away to Perlis. Korang tahu tak betapa malasnya aku nak pergi? Tinggalkan negeri aku, katil aku dan bangun pagi berjalan ke kelas seperti biasa, urghh! Ini lah akibat cuti terlalu lama sampaikan niat nak belajar hilanggg? '-.- Ya Allah jauhi dan buangkanlah perasaan yang sedemikian rupa. Aku mahukan kejayaan bukan kegagalan. Pelihara aku dari segala hasukkan syaitan :)

Macam biasa esok mungkin aku bertolak pagi pagi lagi sebab nak daftar kamsis punya pasal. Boleh pulak buat siapa cepat dia dapat? Nama aku dah terang tang tang dinyatakan bahawa aku dapat kamsis, tapi kenapa perlu berebut? Ini satu lagi masalah. Tolong lah faham! haihh.

Menjalani hidup seperti biasa, tapi mungkin ada kelainan sedikit? Belajar bersungguh sungguh nadya, kau boleh! Cume rezeki saja tiada. Cuba dan terus mencuba untuk masa depan mu. Oh yeahh! i will bebeh :)

Dalam masa yang sama aku rindu dekat roomates & classmates aku. Bahgianya dapat jumpa mereka semua :)

Moral of the story: Belajar rajin rajin, huh!

2.51 a.m

Monday, November 29, 2010

Malam ini.

Assalamualaikum.

Hye semua :) Memandangkan tajuk aku yang aku type ini malam ini, so kita cerita pasal malam ini lah kan? Ok. Tadi bosan-bosan aku baca balik apa yang aku dah publish dekat blog aku. Cehh baca blog sendiri tak boleh blah. Biasa lah dah tiada kerja cari kerja, iya dak? Kehkehkeh.

Klik satu-satu tajuk cerita aku sekali dengan komen pembaca sekalian. Tersenyum sendiri bila tengok teacher aku yang mengajar sekolah menengah dulu komen aku punya blog best, tambah-tambah bila dia cakap aku boleh jadi penulis. Nadya sila kembangkan bakat awak :)

Aku bukanlah penulis yang berbakat, sekadar berkongsi cerita, meluah perasaan & hobi terluang semata-mata. Takde lah sampai nak jadi penulis, hehe. Tapi kalau rezeki ada tang tuh apa salahnya. Bak kata orang rezeki depan mata jangan ditolak, kn?

Teacher, kan bagus kalau teacher promott habiss dekat mana-mana pihak berwajib, boleh lah jadi penulis majalah ke, surat khabar ke tak pun penulis novel, haha. Berangan melangit tapi duk takat nih jea aku nih. Jauh panggang dari api. Eceh dah pandai aku sekarang guna ayat kiasan, haha.

Belajar pun tak habis lagi dah nak over-over. Dah, ada rezeki tak kemana, kan?
Tq teacher atas puji pujian mu. Doakan yang terbaik untuk student mu ini supaya melangkah lebih jauh, haha :)

Allah itu SATU.

12.55 a.m





Sunday, November 28, 2010

I Hate The Way You Hurt.

Hye salam salam :D

This entry bukanlah penting sangat pun untuk anda & anda ketahui tapi mungkin sekadar gedik2? Oh tidak ini tentang kesihatan!

Semalam, dalam pukul berapa entah lupa tapi yang sure time untuk makan malam. Mama panggil makan tapi buat dek, sebab obses nak online, lagi lagi aunty datang segan lah nak makan sekali, iye dak? Ok fine setakat itu.

Lepas semua orang balik, aku ke dapur, makan punya makan, arghh tang last tuh aku dah syak dah aku tercekik tulang dekat tekak aku nih. Aku tak sure tulang ikan or tulang serpihan ayam. Tak kan tulang ayam setongkol? Haram nak mati? Haha. Nauzubillah!

Perut dah buncit, makan kenyang sangat tapi tercekik tulang. Cube jolok mulut dengan jari tapi apa yang aku dapat? Yess! Aku muntah semuntah muntahnya. Daripada kenyang terus kosong perut aku, good job nadya!

Sampai harini aku tak dapat bebaskan tulanggg dekat tekak aku. Wahh, betapa seksanya :'(

Mama aku pulak berusaha bacakan doa dalam cawan aku yang berisi air. Katanya ada doa untuk itu. Oh tq mom, i'm appreacite it!

Ada tips untuk masalah saya? Sila habaq dekat cek secepat mungkin nohh.

11.25 a.m

Saturday, November 27, 2010

Hanya Pada Mu.

Assalamualaikum dan selamat pagi/sejahtera hadirin sekalian :)

Ya Allah, Engkau lah Maha Pemurah, Maha Mengasihani hamba Mu ini. Aku hanya lah insan kerdil yang tak lekang dari membuar kesilapan. Engkau telah berikan aku umur yang panjang dan rezeki yang melimpah-ruah. Tapi aku masih lagi lupakan Engkau ketika aku senang, Ya Allah ampunkanlah hamba Mu ini. Terima Kasih kerana sampai sekarang Kau masih memberi kejayaan & kebahgiaan kepada aku. Alhamdulillah :)

Diucapkan terima kasih kepada keluarga aku yang banyak menghabiskan wang untuk menyara aku dan jasa mu di kenang sepanjang aku hidup :)

Kepada lecturer aku, terima kasih kerana mencurahkan ilmu yang tidak berbelah bagi kepada aku dan rakyat DDS 1A. Terima kasih atas markah keputusan yang kami dapat. Semuanya amat memberangsangkan :)

Hey tak lupa untuk kawan-kawan aku di jabatan mahupun di tanah kelahiran aku di kelantan. Korang/ampa banyak membantu aku menyiapkan assignment & projek. Tanpa mu siapalah aku, ceh hahaha.

May God Bless You :)

Tulus Ikhlas; nadyaaa~


11.29 a.m

Friday, November 26, 2010

Semesta 1 Berakhir.

Assalamualaikum :)

Bermulanya hidup baru, suasana baru dalam hidup aku sejak 21 Jun 2010. Budak baru, semesta baru. Macam mula-mula masuk sekolah dulu. Muka sorang2 macam cuak, malu semua ada lah, haha. Lebih-lebih lagi jauh nun di perantauan. Kali pertama berjauhan dengan keluarga, rasa rindu tapi terkadang best jugak boleh berdikari, duit pun masyukkk! Hahaha.Tempat orang, cara pun lain kan? Kena lah pandai2 sesuaikan diri, percakapan bahasa. Betul kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Sekarang aku dah terer cakap utara, cehh. Hahaha. Jangan main2 noh.

Baru aku tahu kelainan berada di menara gading. Jauh berbeza dengan sekolah. Dah besar pandai2 lah jaga diri. jangan jadi culture shock pulak, tamau tamau tamau, ok? Hahaha.

6 bulan setiap 1 semesta. Sekejap saja pejam celik pejam celik aku dah hampir nak masuk semesta 2. Jadi senior best kot, hihi.

Now, i see you semesta 2 on 5 december!

Saturday, November 20, 2010

Roomates :)

Cik ina, atin, merry & nadia. B4 1.5 PTSS :)















Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.


Berdirinya kita dibawah satu bumbung pada Jun 2010 didalam kelas DDS 1A. Dan sekarang kita adalah 1 big family. Kenangan kita di semesta 1 sangat-sangat menakjubkan. I love you guys :)





Somad & Rowzy



Ini tamatnya kelas latihan tarian merdeka :)

Serius bapak muka sorang-sorang, haha. Time nih nak masuk dewan jawap test.
Sempat lagi aku ikat gelang kecik :D

Ok, nampak aku rendah kan, tapi sebenarnya tidak.
Lakonan semata-mata, hahaha.

Ini pula 3 serangkai kata cik izani, haha. Tuh lah datang kelas lewat lagi.

Yeah 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan :D


Tarian pembukaan kemerdekaan 1 Ogos :)

Cik Izani my lecturer :)

Presentation of art&design. Fashion show :)

Majlis berbuka puasa.

Kami lagi, haha. Tak habis2 ambil gambar :D

Orange Day bersama Puan Fidah, haha.

Aku macam biasa sempat tido dalam kelas. kelas bi kot.
Terima kasih yang snapped gambar nih, good job!

Jalan-jalan pergi cafe cari makan, haha.

Arghh, Somad & Rowzy lagi.

Classmates :)

Wah tasik PTSS, haha.

Aku x boleh blah ngan gambar nih, hahaha.

noun & fifiey

Aku tade sbb aku yang ambil gambar nih, baguss.

Ok aku lagi yang snapped gambar nih, arghh.

B U K I T batu, haha.

HEROES

Study :P purse & hp aku pun ada, haha.

JRV'S STAFF

iloveyouguys :D


Thursday, September 30, 2010

Thank You :)

assalamualaikum :)

Raya dah habis 1 bulan :) kini belajar semula, sebilik dengan roomate yang havoc, jalan naik tangga pergi kelas, jumpa lecturer jumpa classmate. Agak keberatan tinggal kan rumah tapi belajar lagi best kot, haha. Aku gembira dengan hidup aku sekarang, makin ok :)

Tapi aku masih ada 1 masalah yang sama. Susah nak cakap, tapi mereka yang berhampiran mungkin tahu apa yang aku alami, terima kasih stay ketika aku perlukan korang.

Aku dah tiada tempat untuk luahkan masalah aku, perasaan aku selain dekat blog aku. Aku tak harapkan dia membaca blog aku tapi kalau lah aku pergi dulu sebelum dia sekurang kurangnya ada 1 kenangan yang dia boleh baca dan simpan, kan? :)

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan dia sampai sekarang, almost 1 year maybe. Walaupun orang kata menjejaki kaki ke menara gading akan menemui sesuatu yang baru. Bagi aku, sama saja. Pergi kelas, balik kelas tetap hati ini tak boleh terima orang lain. Kat sini banyak pilihan tetapi sayang aku tak mampu lupakannya.

Kuat sungguh aura dia kan? Biar sakit hati ini aku tetap menunggu dia walaupun tiada siapa yang menyuruh. Aku tak pernah menyesal pun apa yang aku dah lakukan untuk dia. Walaupun dia tinggalkan aku tanpa perasaan sampai aku jatuhkan airmata untuknya, dia tetap yang terbaik.

Dia ajar aku rasa sakit hati, tahan dengan kerenahnya, rindu dan bahagia disisinya. Terima kasih awak :) Saya rasa tade orang yang mampu fahami saya melainkan awak. Dengar tazkirah saya, cerita saya hari-hari, nasihat saya dan masalah saya. Hebat awak kan?

Kalau lah masa boleh diundurkan pasti aku akan betulkan kesilapan aku dan dia. Sayang aku tak mampu jadi yang terbaik, aku tak mampu bagi apa yang dia inginkan. Aku mengakui aku banyak kekurangan tapi percaya lah satu-satunya kesempurnaan aku adalah dapat memilikinya semula.

Akan ku tunggu tamat belajar 3 tahun dengan nadya yang baru. Tunggu saya tau? :)
Terima kasih atas segala-galanya.

with love,
nadiatul fatihah.



Wednesday, September 15, 2010

Rumah Terbuka 5 Syawal

Assalamualaikum dan selamat petang.

Semalam berkelahi dengan mama aku sebab nak buat open house. Aku nak ajak semua member2 aku yang jauh dan dekat datang rumah aku, kenal rumah dan makan makan. Kata mama aku dia busy, letih nak buat semua tuh. Aku tak kesah, nak jugak buat! Paksa sampai dapat. Fine akhirnya dapat dan aku text semua member aku datang rumah. Puas hati kau nadya! HAHAHAAHAHA.

Walaupun penat hati gembira dan bersyukur semua yang dijemput hadir lebih lebih lagi member lama yang dah lama x jumpa. Yang tak dijemput hadir pun datang jugak, pelik mana deorang tau aku buat open house, hmmm? Tapi tak kesah lah, penat sikit takpe janji boleh jumpa, ye tak?
Korang memang happening habis lah! Tahun depan datang lagi, tau tau? hehehe.

THANKS TO: izat rodi, asyraf & kawan dia nama apa ntah, azrie, aly & the geng, ezzaq, azleen & snj, arbox & matpik, nik & effes, sudin gigi nadzirah irah azam, fahmi zaim hawa, sharil, zara fina akmal, bibi & esah. :)


p/s: tak senang duduk, asgmnt tak siap2 lagi. well done nadya! grrrr.

4:56 p.m

Sunday, September 12, 2010

Salam Lebaran :)

Assalamualaikum wahai pembaca yang dihormati sekalian :)

HUH, tibe2 mengeluh hehe. Lama sungguh tidak menghadap blog taip2 cerita yang aku lalui untuk dikongsi bersama, wahh. Sibuk tuh tade ah sgt, cume study nun jauh disana tade laptop. Nak pinjam roomate punya segan pulak '-_- Punya yang sendiri lagi syiok kan kan? Boleh taip blog hari2, on FB hari2, upload gambar yang terbaru, wahh best best! heee~ Tunggu lah my daddy sponsor. Yelah kat umah ada pc kot, gile bapak nak angkut pc dengan wayar2 yang serabut tuh pergi asrama poli? Haaa, memang gila. Last2 hantar aku kat poli naik lori, haha. Macam nak duduk asrama forever, x mo balik rumah dah. Orang tau buat malu jea :D Ok2 dah.

Intro atas tuh merapu jea. Ehem2, sebenarnya nak ucap selamat hari raya tapi melencong ke barat pulak, hehe, maaf.

Ok 1st, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada keluarga aku yang ada kat umah nih abang aku baru jea naik flight balik KL tadi segala salah silap harap dimaafkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula anak beranak. Tengok nadya sape suruh kau dapat A BM kan dah terkeluar kata2 hikmah, haha.

2nd, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada sahabat handai aku yang berada di Kota Bharu, esp budak2 sek.keb.seri chempaka, s.m.k puteri, s.m.k kota bharu && budak PTSS yang belum berjumpa dihari yang mulia ini. Rinduuu dengan telatah korang :( Nanti raya sama2 makan biskut raya tau tau?

3rd, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada sanak saudara yang jauh nun di kampung. Makcik, pakcik && sepupu ku, korang memang perghhh ah!

4th, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada muslimin dan muslimat di Malaysia dan dan rakan2 FB, cikgu2 && lecturer yang mengenali ku, love muah2, hahaha.

Di hari mulia ini, kalau kalau ada salah silap, aku memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan minum && gurau senda yang menyakitkan hati :)

*nanti akan di upload kan gambar & cerita2 tempat study aku. *Gambar raya, menyusul nanti :)

10.39 p.m

Monday, August 23, 2010

Malangggggg :(

Salam.

Ok ini part yang aku nk edit sikit. Hmm, x Sikit kot rasa macam nak tulis banyak2 panjang2 jea, boleh x cmtu? haha. Ini pembukanya, saya.......opsss guna title aku lah senang kan? selesa pulak tuh. Ok2 start balik, aku hmm, aku budak semesta 1 minat dekat abang senior semesta 3, namanya ehem2 hehe, aku panggil dia abg amin jea. Dia yang suruh panggil dia title abang. So aku panggil jelah. Memandangkan dia lagi tua dari aku, dan dia plak abg senior. No wonder aku panggil dia abang. Serius x geli pun lagi suka adalah, hahaha *gatai :D 1st jumpa dekat library, dia tegur sebab nak bg ceramah pasal borang banci apa ntah aku lupe, hehe. Aku isi jelah, then dalam borang tuh dia suh buh number hp sekali. Dalam hati best jugak kalu dia text aku, hehehe. Dengan bangganye aku yahuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! Bisingg satu bilik, shuhhhh2 marah roomate aku, sorry dear. Nak tau x kenapa aku teriak yahuu? Mana x nye, hehe Abg Amin aku tuh text aku. Hati berbunga2 hidung dah kempas kempis, senyum melerettt ke telinga :)) Banyak malam jugak lah texting2 dgn dia, tp......suatu hari, sobss sobss sebak nih x leh tahan dah :'( aku dapat tau dia dah ada awek.

Kecewa wak, kite dapat tau awak dah ada awek. Saya ingat awak single sbb sy pun single jugak. Patutlah awak tak bagi awak punya FB dekat saya. Awak takut saya tau status awak, kan kan? Tapi saya cari jgk FB awak dengan kepakaran saya (ecececehh) saya jumpa jugak. Tengok2 awak in a relationship with *********. Sedih saya awak :( Tapi x pe x kesah pun. Selamat berbahagia ang senior ku :)

*ini sedih gimik, sebenarnya aku ok :D

12.14 p.m

Wednesday, June 16, 2010

See, Here I Come.

salam sejahtera kawan2 :)

Memandangkan hari untuk ke Arau Perlis semakin dekat, aku berusaha mencari ruang & sedikit masa untuk bertemu mereka2 yang banyak membantu aku dalam banyak hal, terima kasih untuk semua :) Dan dan dan hari ini dia yang tersenarai dalam list aku telah aku kotakan janji aku untuk bertemunya. Agak ah lama dah x jumpa dia. Makin berubah, makin........hmm ntah lah susah nak cakap macam mana. Ok fine, dia ada hidup dia sendiri, dah ada orang yang boleh jaga dia, kenapa aku masih nak sibuk2 eh? Macam menyemak jea kn? Sayang gua dekat lu masih menebal, kenapa susah sangat lu nak faham. Lu x perasan eh gua dekat depan lu nih eh? Even jumpa lu kejap jea td, gua dah rasa macam happy semacam. Riang HAHA, tahuuuu? Terima kasih untuk hadiah bantal LOVE HEART td. Appreacite sangat :) Ngigau gua nanti asyik peluk bantal tuh, HAHA. For the 1st time gua belanja lu, pizza tadi haa best kan? HAHA. Setakat pizza tuh x leh bayar nye lu punya pengorbanan dalam bab2 belanja gua dulu, kn kn? I will missing you there.

I promise u i never forget you! I'll come back, when you call me, no need to say goodbye. Just because everythings changing, doesn't mean it's never been this way before. You're the perfect guy that i was found even. Thanks for the present :) I'm happy.

AQIEM :)

12:20 pm

Sunday, June 13, 2010

:))))

Ini kenangan masa raya tahun lepas 2009. Apsal lah boleh timbul balik nih haa? Anyway thanks yaww! Mengingatkan kembali kenangan dahulu, ecececehh. HAHA. Sebenarnya.....mcm dah nak nangis jea sekarang. RINDU~ sobsss. Dah2, xtau mau touching2, tak ganas langsung, kan? Kata minat ARGENTINA, kena strong lah! Eh2, ada kaitan ke? Tibe2 jea aku nih, hee :) Akhir sekali memang aku rindu ini punya kenangan :) Thanks for the uploaded!

6.44 p.m

Cap Ayam

AKU KENA SAMAN POLIS KELMARIN PETANG DEKAT P.CHEPA.
HARI SABTU KOT. APA BARANG LERR BIKIN AKU KENA SAMAN?

SAMAN SEBAB AKU X LEKAT P DEKAT MOTOR.
PEHH! TERKETAR2 AKU JUMPA POLIS, DAH LAH GARANG!
ORG TANYA BAIK2, CAKAP KASOR PULAK.
AKU JIWA HALUSS LAH BRO!

ABANG AKU PUN POLIS JGK TADE CM ABANG POLIS TUH!
X PASAL DAPAT SURAT PUTIH.

DAH2, NYAMPAH AKU.

Friday, June 11, 2010

Hati Gembira Jiwa Senang :)

hye bloggers :) Semoga sehat-sehat selalu hendaknya.

Aku nih time ada mood rajin pulak posting blog hari-hari, HAHA. Agak ah harini letih gila kot jalan-jalan pusing-pusing pegi shopping skt2 dengan member2. Korang lah booked aku terus jea aku tade alasan nak tolak ajakkan korang, pehh! Apa pun best jgk jumpa dgn korang.

Lupa pulak nak cakap aku g kbmall lah, hehe. Krenggg jgk kaki nih. First masuk Vincci alaa tempat kasut2 tuh. Tengok aje kasut haritu yang tade sale tibe2 jea alamakk! rezeki aku, ada lagi then ada SALE! yeahh! Tekan kan disitu ada SALE! HAHA. Dah2 aku dh beli dah.

Rasa2 macam happy jea outing harini, wahh! senyum melerett ke telinga dh nih. Duit pun banyak habiss kot. Pehh! Rugi jea aku beli skrng. Datang ngn bapak aku kn best, duit selamat, HAHA.


Jumpa adeq nazihah && cousin2 dia pun best! Rock gile, 1 kepala wei, HAHA. Lain kali kita jumpa lagi tahuuuu?

Bermakna harini balik dengan senang hati :)) Biarlah lenguh satu badan tapi agak berbaloi ah.

Sampai rumah, mandi2, smayg. Eh2, seingat aku aku datang bulan kot? HAHA. Pakai baju siap wangi2 terus rebut laptop nih ngn kakak aku, wahh! Aku berjayaaaa~ HAHA. *gelak setan.

Daripada mood baik terusss bengangg aku dibuatnya. Tengok status budak ngok tuh, tetibe jea aku terasa? hmm, macam tuju dekat aku jea? Hello sis apa barang nak sama kan aku ngn ko hah? Agak2 ah weii kawan ngn musuh aku siap ber-yunk2 lagi, pehh! pigg kauuu!

Aku x pernah kot kawan ngn musuh ko, kn? Haihh, bodoh nk mampuss kau nih. Meh sinih ah nk gadoh, grrrr.

capital Z, selalu ngokk jea ko.

10.40 p.m

Thursday, June 10, 2010

Dimana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di Junjung

hai assalamualaikum.

Ehem2, lama gila kot x post cerita dalam blog nih. Yelah, PC rosak kot, ini pun paww yang akak aku punya, KAHKAH. Ini banyak nak bagitau, cerita. Aku kan selalu jea post blog direct jea ceritanya kan? Dalam sehari banyak pulak aku post cerita yang lama2. Memandangkan aku jarang2 online macam itulah nasibnya.

Ini haa, pasal result SPM aku yang keluar haritu, agak lama sudah. Berapa hb eh? Aku lupa dh, tp yang aku ingat bulan 3 kot, kn kn? hee :) Secara sukarela "live" aku cakap result yang sebenar. Tak mau lah tipu2 kan. Strght to the point bak kata org putih, HAHA. SPM 2009 aku dapat catchup 2A jea kot. Huruf laen habisss aku sapu, HAHA. Eh2, tolak failed jea ok. Seriuss!

Before dapat result semua budak SPM akan isi borang sambung belajar kan? Habisss semua aku ambil isi, HAHA. Biasalah tamak haloba, HAHA. Tamak yang cmtu takpe jangan mengarut kearah yang tidak baik, wahhh! HAHA.

Rezeki Tuhan kita terima jea kan? Orang kata belajar mana2 pun sama jea, jnji kena struggle, kn? Tp macam ayat orang frust jea? sedapkan hati sendiri? HAHAHA. Dah2 ada hikmah disebalik apa yang kita dapat.

Aku? Korang mesti tak tau kan aku sambung study kat mana? Meh sini meh nak bagitau, HAHA. Alahamdulillah, aku dapat Politeknik. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis. Lapor diri 21 June nih dah. kira2 ada seminggu jea lagi kot. Jauh gila kan? Jauh dari family. Agak ah aku x pernah kot bercerai dengan family, wahh! Nangis jugak nanti kot, HAHA.

Banyak jugak apointment dengan sahabat handai nak jumpa sebelum pergi. Tak tau lah sempat ke tidak. Barang2 keperluan harian pun belum shopping lagi, hehehe. I'Allah kalu sempat kita jumpa tauuuu?

Heyyy, tade ke orang nak sponser something dekat aku? Like selimut ke? Bantal paling empuk ke? HAHA. Hampeh jea mintak di sponser.

P/S: AGAK2 APA YANG MAMI NAK BAGI DEKAT AKU? *Benda hiburan permintaan aku, haha.

Setakat ini dulu aku post, nanti2 free aku update lagi. byee yaww, wink*

10.20 p.m

Sunday, March 7, 2010

I do my best and i will face it myself.

Bunyi khabar 1mac, 10mac, 11mac, 16mac, banyak betul kan tarikh yang diandaikan sempena result spm yang bakal menjelma nih. Resah gelisah, takut, jantung dah dupdapdupdap, semua budak2 spm 2009 merasainya kn? Nah tanggung lah sorang sorang. Aku pom macam korang jugak lah, bukan korang jea. Kira kira ada dalam 3 hari lagi jea (kot) nak sampai ke tarikh 11 mac 2010 yang jatuh pada hari khamis.

Ishh! Mesti ramai jea yang duk tanya-tanya, "u, dpt brape A eh?" Apa nih? Rasa-rasa dah ready untuk off hp, jarang2 online, buat2 xtau untuk sementara, biar hilang dulu ribut2 pertanyaan result spm, KAHKAH. Ok tak? Tapi kan sampai bila? Yea yea, sekarang baru menyesal. Tuh lah dulu mak suh blajar, aku main2, x dgr ckgu, hmw rasa-rasa jrg siap kot. Tunggu lah aku punya result mesti sama macam cara-cara aku study dulu, kan kan? perghh! Dah x sanggup aku! Berlinang pulak nanti airmata yang dah lama aku simpan untuk menangis nanti ngadap result tuh. Wahai telinga, bersedia lah mendengar kata2 pujian & kutukan daripada mereka mereka :(

Ya Allah berikan lah aku dan rakan-rakan spm 2009 kejayaan yang baik dan cemerlang agar dapat mengembirakan diri sendiri dan keluarga. Tempatkan lah kami ke menara gading, itulah cita-cita kami. Amin!

2.45 p.m

Wednesday, February 24, 2010

No title, pig.

Kelmarin, macam biasalah bangun pagi pagi pergi kerja tumpang kakak. Yelah, nk bawak sendiri lesen takde, lesen P pon belum lulus lagi. So sebagai pemandu berhemat kena ikut undang2 jalan raya, kan kan? HAHAHAHAHA ;P. Sekali lagi zaman bangun pagi2 berulang dan terus berulang. Rasa2 memang dah x boleh lari kot. Dah dah, memang nasib macam tuh dulu kini dan selamanya, ): Kerja punya kerja sampai lah ke petang, ready nak balik, uwahh letihh betul. Duduk atas kerusi ofis terfikir pulak nk pegi mana lepas balik kerja. Teringat pulakk, mak gua tegur "heh, rambut panjang dh tuh, g kerat ajok kakak nuh, pakai tudung nmpk rmbut alek blkng". Aku senyap, dengar jea. Bukan apa sygg nk potong kot ;P

Last-last papa gua datang ofiss, kira2 untung rugi bisness, mintak duit rm10 dengan dia untuk potong rambut. Baik kan gua jujur gila mintak skt2 jea duit tuh, HAHAHAHAHA. Habis jea waktu kerja, bilang sama kakak gua, "wehh, jom ah g kerat rmbut, mama ngepek dh" Dengan baiknya kakak gua pergi hantar dekat kedai gunting rambut yang diterajui oleh orang cina siam, HAHAHA. Dah biasa gunting kat sna, murah pastu bagi gua sebelum nih puas hati lah. Tunggu punya tunggu sampai giliran gua, dia potong krek krek, hah, dh siap. Tgk cermin, perghh! Apa nih? Ini bukan yang gua nak lah! Ishh! Rasa nak berasap jeaa, nasib baik boleh sabar lagi. Nasib baik gua nih bertudung, takde orang nampak sgt, tapi masalahnya aku yang selalu nampak, sakit hati yaww! kalau tak pakai tudung rasa2 nya x keluar rumah sampai rambut jadi panjang balikk. Huh! Tapi takpe lah, terima jea. Sumpah bengang!

mekk, rambut saya hodoh! apa macam? perghh! *mata dh berair )):

9.40 p.m

Wednesday, February 17, 2010

Rasa-rasa ini terbaik.

Kan best berangin macam nih? Tenang (:

NADYA, a girl same like you, she love her self (:


I miss this moment with you Meiqaqina ((:


The Best People i was found, HAHA. i love you cousin.

10.31 p.m

Monday, February 15, 2010

Berkasih Sayang Dengan Kekasih Orang, Kejam Kan?

Terfikir sorang-sorang bila ada orang gaduh sebab berebut teman lelaki, rampas-merampas teman lelaki dan kacau teman lelaki orang lain. Patut ke tidak sampai macam tuh sekali? Macam orang cetek akal kan sebab lelaki kita sama-sama perempuan gaduh. Itu kata aku yang tak pernah rasa bagaimana kalau itu terjadi dekat aku. Tapi kan rasa-rasa aku dah rasa 2kali kot. Perghh, bengang! Tapi macam tak kesah pon biar dalam hati #$@!@, macam babi! Dulu aku jadi mangsa. Ada saja orang yang main api dengan aku. Seronok gamaknya. Kacau aku punya, sape yang tak sakit hati kan? Tapi itu dulu lah, sekarang? Aku rasa aku pulak yang ada di tempat perempuan yang aku sumpah2 sebab kacau yang aku punya. Korang faham tak apa yang aku bagitau? Pendek kata, aku dah ganggu teman lelaki orang )): eh2, takkk! Bukan aku yg ganggu dulu, tapi lelaki tuh! Yelah, orang kata kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, masalahnya memang dah bertepuk dua belah tangan dan sudah berbunyi. Kejamkan? Macam mana kalau teman wanita tahu? Mesti kena serangan hendap kan? HUUUUUU, seramm jea bunyi kan? Kadang2, kalau teringat tidur pon tak lena, tahu? Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebolehnya memang tak nak, tapi he's my first love, the only one i love till the that i die. Rasa-rasa perempuan itu dah untung sebab lelaki tuh masih mahukan dia sebagai teman wanita. Dan aku hanya kekasih gelap yang menyayangi teman lelaki orang )):

QUESTION: Apa korang akn buat kalau ex korang datang cari korang & mahu lagi contact dengan korang, sedangkan dia dah ada teman wanita? Answer me please?

10.26 p.m

Friday, February 12, 2010

LIAR Pergi Neraka Boleh?

Aku fcuk gila-gila kalau orang dah tipu aku!
Sumpah bengang !@#%$#@

*hati dah terkoyak rabak.

4.14 p.m




Bila Bulan Mengambang

Setiap kali malam menjelma, sebelum tidur wajib raba2 earphone dalam keadaan gelap atas katil dan di sumbatkan dekat kedua-dua belah telinga. Search satu satu lagu yang mengidam nak dengar dan menghayatinya dengan penuh tekun. Mengundang pula satu perasaan yang dah lama aku buang jauh2, semakin mencuba untuk membuang, semakin ia datang. Tak ingin mengingati apa yang dah terjadi terhadap kehidupan aku yang lepas, tapi itu semua ketentuan yang Esa. Mungkin tiada siapa yang tahu apa yang aku rasai sekarang. *airmata dah mula mengalir.

YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN PADA DIRIKU UNTUK MENJALANI HIDUP DENGAN LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI TANPA DIA.

Berusaha untuk hilangkan perasaan ini, pejam mata dan tak sabar untuk menunggu melihat hari esok (:

*meiqaqina pls.


12.55 a.m


Tuesday, February 9, 2010

People, i don't want give u my middle finger.

Perempuan, tak sah kalau tak dikaitkan dengan mengata, mengumpat, bangga diri, dan lain2 yang seumpamanya. Yea yea, aku tahu mana ada orang perfect kan? Macam aku jugak, kadang2 aku pun pernah rasa aku nih amat menjengkelkan pada pandangan sesetengah orang. Orang yang benci kita lebih ramai daripada yang suka kita, so jaga diri, percakapan kena control yea dik. Aku pun pernah jugak mengumpat kat orang yang aku tak suka. YA ALLAH! Berdosa besar aku. Malu pulak nak pergi mintak maaf. Dah lah musuh aku, nk pergi mintak maaf? Gila ke apa haa? Alaa, tunggu lah nati dah bersedia, huh! ok ok? Aku nih dah lari tajuk lah, selalu jea macam nih. Banyak pulak cerita yang tak berkait dengan tajuk. Nih nak taip nih, haih! takpe ke aku taip dekat sini? Kangg sentap pulak orang yang terasa. Kena saman pulakk dah, seram betul orang2 sekarang. Tak pasal2 duit melayangg, malu pun dapat, kena maki lagi, wow wow, KAHKAH. Biar, blog gua, sukahati lah, kan kan? Tutup sekejap benda2 seram tuh. Kali nih mmg nk cerita betul2.

Hari tuh, kan kan. Aku rasa ada orang mengumpat aku. aikk, pelik tiba2 aku terasa pulak. Weh, mmg lah terasa terang tang tang aku dengar nama aku. Kot2 pelanduk dua serupa? Tak2 bukan, aku tahu deorang cakap2 pasal aku. Soseh2 aku dengar umpatan deorang, wow kemain lagi yea? Dan dan dan ada satu part yang paling aku shock bengang sampai aku rasa nak bagi buah tangan jea kat deorang. Tapi rasa2 macam bahaya jea aku taip kat sini part yang paling sinis tuh, grrr. Sabar! Mak aku ajar suruh sabar. Nanti ada masa tunggu lah turn kau, aku balas kaw kaw punya. HAHAHA. Aku rasa kau tak baca kot blog aku, tapi kalau kau baca pun ok jugak kot. Boleh jugak aku baca maki makian kau, HUUUUUU. Dah, kau dah dah femes sebab aku dah taip pasal kau dekat sini, puas hati sekarang? KAHKAH. nanti kau!

Ok lah tamat.

11.50 p.m

Monday, February 8, 2010

the BEST day with YOU.

6 FEBRUARI, benda nih aku patut post 6 februari aritu lagi, tapi tak sempat, letih dan aku dah ambik byk masa yang agak lama untuk mengelamun sendirian, KAHKAH. Benda yang tak pernah aku fikir atau idamkan selama nih, akhirnya terjadi jugak. Orang yang aku kenal dalam internet atau lebih official dipanggil myspace datang kelantan jumpa aku? Wow wow, ini dah diluar jangkaan, KAHKAH. Dia salah satu the biggest fans of Sheila On 7, macam aku jugak lah mamat tuh, dia tuh nak jugak tiru aku, HAHA. Dia datang dari KL turun Kelantan jumpa aku, mmg dia asal darah orang luar kelantan. Umur dia dah 19 tahun, aku muda sikit dari dia, HEHE. Kitaorang dah kenal almost 1 year kot, entah lupa plak. tapi kalu tanya dia, dia ingat kot. Dah lama dia macam nak jumpa jea, tapi tak kan aku nak pergi KL, semata2 nk jumpa dia? Gile, perghh! First meet, tersipu2 malu, pijak semut pun tak mati kot. Heyy, aku bukan pergi sorang2 tahu? My sis always stand by my side, KAHKAH. Bodyguard sejati yang tidak berbayar ok. Ntah kenapa rasa macam dah lama kenal, happening jea. Kot2 kitaorang dah kenal masa kelahiran yang lepas. tak tak, memang tak logik. Alaaa, aku kan friendly thats why lah rasa macam dah kenal lama. Tak pasal2 aku jalan2 dengan dia aku kena cakap bahasa kuala lumpur. "Awak, nati belajar bahasa kelantan yea? nati orang cakap i budu pulak, HAHA". Serius, memang aku tak sangka dapat keluar dengan diaa, itu memang TERBAIK lah!

eh2, ada lagi aku nk taip nih, readers! baca sampai habis ok.

Nih haa nk bagitahu, time tuh maghrib, aku jalan2 dengan mamat tuh kat mall, tibe2 plak si AA nih call aku, tak pernah2 call aku time maghrib. Tanya aku duk kat mana dengan siapa. HAHA. Bangg, awek awak dah sound2 i, u masih call2 i? Sukahati lah nak keluar dengan sape2 pun. Blah blah blah! *grrr.

9.00 p.m

Saturday, February 6, 2010

What The Hell!

Hye para pembaca sekalian :D
Malam nih macam rajin pulak nak menaip, idea tade lah banyak sangat nak hurai, tapi boleh lah sikit sikit, KAHKAH. Tido tak lena, guling sana guling sini, rambut kusai masai, muka macam seposen, bosan sungguh. akhir kata, gosok2 mata ngadap benda nih enjoyyyy! Aku menjelajah habis benda2 yang ada dalam internet nih, bapakkk aku bosan. Click punya click TERsinggah kat page minah nih, perghh macam mengata aku jea, KAHKAH aku terasa wehh! Betul lah pepatah bagitau, siapa yang makan kacang dialah yang kentut busuk, betul ke tidak aku nih? lantaklah. Yelah aku tahu aku kacau boipren orang, tapi bukan aku yang kacau dulu, dia yang text aku & call aku apa tuh semua, aku just melayan jea. Berdosakah aku? Tuhlah, ambik yang orang dulu siapa suruh, gedik lah lu! Aku kawan jea ngan boipren ko yang kachaks tuh, errr, bukan ada pape pun. Bajet bagus, perasan jea lebih. Tapi kan aku takut jugak kena seranggg hendap nanti, KAHKAH. Dah dah, tanak pikir pasal kau, buat nyemak kepala hutak aku jea. Then aku dah tutup page kau, taknak tgk dah, sakit hati!

HARI KEKASIH; Berdosa tahu kalau korang sambut benda tuh, aku cakap cmnie sbb aku tade boifren, aku dengki tahu? KAHKAHKAH. Sukahati korang lah nak sambut ke tak, grrr.

12.30 a.m

Wednesday, February 3, 2010

Aku & Cinta

Tidak pernah surut resah ini setiap kali mengenang dikau. Kerana sebuah kisah ini berhujung nestapa. Kisah kau hadir menyentuh kehidupanku. Meninggalkan bekam dihati paling aneh pernah aku rasakan.

Selama mana pun aku menunggu, empat purnama sudah berlalu, beginilah seadanya. Namun aku kekal bahagia kerana mencintaimu lebih daripada aku mencintai diri ku sendiri. Setulusnya aku sayang kau!

Bagaimana aku bisa tegarkan diri masih peduli mengenainya biar menitis airmata kala kau tidak endah dan aku masih setia ketika kau mulai mencintai insan lain dan aku gagah tersenyum melihat kau berdua sambil mendoakan kebahgiaanmu.

Sepanjang empat purnama ini berkali-kali kau jatuh cinta. Berkali-kali kau menemukan cinta dan kehilangannya. Namun tiada satu pun kau beri untuk aku. Engkau enggan membuka jalannya kerana perasaan cinta untukku tiada dalam hatimu.

Bagaimana aku mampu bertahan? Kerana itulah aku! Biar mereka mahu aku berhenti mencintaimu dan melepaskan mu saja, aku tidak mampu membuang ingatan ini. Kalaupun aku tidak layak menunggumu, aku masih mahu menyimpan perasaan ini.

Memang jatuh cinta itu aneh. Sesungguhnya ada masa-masa sukar untuk kita lepaskan sesuatu yang indah. Kau adalah kejadian paling indah berlaku dalam hidupku. Sehingga tidak ingin lagi aku melepaskan mu.

Memang ada sebuah pertemuan. Memang adanya terukir kenangan itu. Tetapi mengapa aku masih jauh ketinggalan dibelakang? Aku tiba pada garis mula tiada berpenghujung kerana telah aku katakan, aku sayang kau!

11.45 a.m

Proud Be Myself

Heyy readers! Wow, lama gila tak post entry baruu. Sekarang sibuk memanjangg. Online fb & ms cuma nak balas komen jea. Dulu awal tahun sibuk nak qada' tidur setelah lebih kurang 11 tahun bangun awal terkejar-kejar pergi sekolah, HAHA. Sekarang kena bangun awal balik sebab dah mula berkerja, jadi bisnesswoman, hebat siyh :DD Bangun awal pagi tapi malam2 aku selalu jea tidur lewat, entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, jiwangg kot then tertidur macam tuh jea, bangun pagi esok kemain liat lagi, then mula sengeh2 teringat apa yang aku jiwangkan semalam, HAHAHA. *bengong!

Awal tahun haritu aku dah mula minat kat televisyen, dulu haram aku nk tgk, best ke tgk tv? HAHA. Aku tgk pun sbb ada cerita best dekat 8tv, pukul 8.30 until 9.30 tapi malam kelmarin dah last episode. melopong jea kalau tgk cerita tuh, best sialll! aktress kachak2 & comel2 jea, sometimes i wish i was her, HAHA. *mengarut ;P

Ok dah dah. Malas aku nk taip panjang2.

Monday, January 11, 2010

Rasa diri hebat, ingat ia sementara

Di pekatan malam aku mencari sudut yang selesa untuk berbicara didalam hati dan diluahkan disini. Aku orang yang pernah menikmati kebahagiaan, pernah merasai susah payah untuk mendapatkan sesuatu, pernah jugak merasai peritnya hidup bila diperlekehkan dan ditinggalkan. Bila dah rasa diri dah sempurna, orang lain dipandang remeh walhal kita tidak tahu siapa mereka yang lebih hebat daripada kita. Terasa diri terasing jauh dari orang yang hebat, mungkin terlalu merendahkan diri dan tidak mahu bersaing dengan sesiapa. Aku selalu meninginkan sesuatu yang jauh lebih baik dari orang lain, tapi sayang hanya bercakap kosong dan tidak berupaya mendapatkannya. Orang dibelakang, sisi kanan, sisi kiri dan depan selalu menghulurkan tangan memberi semangat dan menyambut aku bila terjatuh. Terharu bukan kepalang. Bila bercakap saja soal hati dan perasaan, tidak seorang pun mampu mengawalnya bahkan ramai yang hilang kewarasan. Memberi kebebasan, memberi pilihan untuk orang tersayang amat sukar walaupun itu kehendaknya dan aku akur demi kebahagiaannya. Berat hati, rindu, sedih, marah, terkilan datang bertamu dihati tanpa diundang walaupun sekali. Biarlah, kata orang, setiap manusia tidak boleh lari dari merasai perasaan itu dan perasaan sakit itu indah kerana ia akan membawa kita mingingati yang maha Esa. Wahai wanita tutttt, tidak usah lah berlumba-lumba dengan saya untuk meraih hatinya, dan tidak usahlah menunjukkan diri awak hebat untuk menandingi saya. Kalau benar dia menyayangi awak, percaya lah pada kata2nya, pandang kehadapan dan tolong bantu dia lupakan masa lampaunya. Saya tidak akan sesekali meruntuhkan hubungan kalian kerana saya tahu Tuhan akan memberi kebahagiaan dari sedut lain kepada saya. Selamat Berbahgia (:


12.59 a.m

Friday, January 8, 2010

selamat datang tahun baru 2010

lebih kurang 1 minggu sudah menyambut tahun baru. berderau darah naik sebab tahun nih dah masuk 18 tahun walaupun tarikh lahir belum tiba lagi. result spm pon dah semakin hampir, jantung berdebar kencang bila ramai yang tanya result spm bila keluar. tiada jawapan untuk soalan itu, sebab aku pon tak pasti & tak tahu, maaf. semua orang sudah ready untuk menanyakan soalan "eh, spm kan? dapat berapa A?" ahh, rasa nak lari jea, off hp, duk dalam bilik senyap2 biar orang tak dapat tanya soalan tuh! tapi sampai bila kan? hari tuh, penat lelah cari markah untuk kokurikulum sebab nak isi borang online UPU, kemasuk fasa 1 untuk budak2 IPTA. last minute buat semua tuh, tolong kawan sikit2. nasib baik ada kakak aku yang dah berpengalaman, untuk jgk jd anak bongsu kan? HAHAHA. lepas tuh 2 hari tarikh due dia nak tutup untuk beli nombor pin untuk diisikan fasa 2, tergesa gesa aku pergi bank, alhamdulillah sempat akhirnya. sekarang aku duduk rumah, online makan n pergi jalan2. it's enjoy right? HAHAHA.

10.08 p.m