Monday, January 11, 2010

Rasa diri hebat, ingat ia sementara

Di pekatan malam aku mencari sudut yang selesa untuk berbicara didalam hati dan diluahkan disini. Aku orang yang pernah menikmati kebahagiaan, pernah merasai susah payah untuk mendapatkan sesuatu, pernah jugak merasai peritnya hidup bila diperlekehkan dan ditinggalkan. Bila dah rasa diri dah sempurna, orang lain dipandang remeh walhal kita tidak tahu siapa mereka yang lebih hebat daripada kita. Terasa diri terasing jauh dari orang yang hebat, mungkin terlalu merendahkan diri dan tidak mahu bersaing dengan sesiapa. Aku selalu meninginkan sesuatu yang jauh lebih baik dari orang lain, tapi sayang hanya bercakap kosong dan tidak berupaya mendapatkannya. Orang dibelakang, sisi kanan, sisi kiri dan depan selalu menghulurkan tangan memberi semangat dan menyambut aku bila terjatuh. Terharu bukan kepalang. Bila bercakap saja soal hati dan perasaan, tidak seorang pun mampu mengawalnya bahkan ramai yang hilang kewarasan. Memberi kebebasan, memberi pilihan untuk orang tersayang amat sukar walaupun itu kehendaknya dan aku akur demi kebahagiaannya. Berat hati, rindu, sedih, marah, terkilan datang bertamu dihati tanpa diundang walaupun sekali. Biarlah, kata orang, setiap manusia tidak boleh lari dari merasai perasaan itu dan perasaan sakit itu indah kerana ia akan membawa kita mingingati yang maha Esa. Wahai wanita tutttt, tidak usah lah berlumba-lumba dengan saya untuk meraih hatinya, dan tidak usahlah menunjukkan diri awak hebat untuk menandingi saya. Kalau benar dia menyayangi awak, percaya lah pada kata2nya, pandang kehadapan dan tolong bantu dia lupakan masa lampaunya. Saya tidak akan sesekali meruntuhkan hubungan kalian kerana saya tahu Tuhan akan memberi kebahagiaan dari sedut lain kepada saya. Selamat Berbahgia (:


12.59 a.m

Friday, January 8, 2010

selamat datang tahun baru 2010

lebih kurang 1 minggu sudah menyambut tahun baru. berderau darah naik sebab tahun nih dah masuk 18 tahun walaupun tarikh lahir belum tiba lagi. result spm pon dah semakin hampir, jantung berdebar kencang bila ramai yang tanya result spm bila keluar. tiada jawapan untuk soalan itu, sebab aku pon tak pasti & tak tahu, maaf. semua orang sudah ready untuk menanyakan soalan "eh, spm kan? dapat berapa A?" ahh, rasa nak lari jea, off hp, duk dalam bilik senyap2 biar orang tak dapat tanya soalan tuh! tapi sampai bila kan? hari tuh, penat lelah cari markah untuk kokurikulum sebab nak isi borang online UPU, kemasuk fasa 1 untuk budak2 IPTA. last minute buat semua tuh, tolong kawan sikit2. nasib baik ada kakak aku yang dah berpengalaman, untuk jgk jd anak bongsu kan? HAHAHA. lepas tuh 2 hari tarikh due dia nak tutup untuk beli nombor pin untuk diisikan fasa 2, tergesa gesa aku pergi bank, alhamdulillah sempat akhirnya. sekarang aku duduk rumah, online makan n pergi jalan2. it's enjoy right? HAHAHA.

10.08 p.m