Wednesday, February 24, 2010

No title, pig.

Kelmarin, macam biasalah bangun pagi pagi pergi kerja tumpang kakak. Yelah, nk bawak sendiri lesen takde, lesen P pon belum lulus lagi. So sebagai pemandu berhemat kena ikut undang2 jalan raya, kan kan? HAHAHAHAHA ;P. Sekali lagi zaman bangun pagi2 berulang dan terus berulang. Rasa2 memang dah x boleh lari kot. Dah dah, memang nasib macam tuh dulu kini dan selamanya, ): Kerja punya kerja sampai lah ke petang, ready nak balik, uwahh letihh betul. Duduk atas kerusi ofis terfikir pulak nk pegi mana lepas balik kerja. Teringat pulakk, mak gua tegur "heh, rambut panjang dh tuh, g kerat ajok kakak nuh, pakai tudung nmpk rmbut alek blkng". Aku senyap, dengar jea. Bukan apa sygg nk potong kot ;P

Last-last papa gua datang ofiss, kira2 untung rugi bisness, mintak duit rm10 dengan dia untuk potong rambut. Baik kan gua jujur gila mintak skt2 jea duit tuh, HAHAHAHAHA. Habis jea waktu kerja, bilang sama kakak gua, "wehh, jom ah g kerat rmbut, mama ngepek dh" Dengan baiknya kakak gua pergi hantar dekat kedai gunting rambut yang diterajui oleh orang cina siam, HAHAHA. Dah biasa gunting kat sna, murah pastu bagi gua sebelum nih puas hati lah. Tunggu punya tunggu sampai giliran gua, dia potong krek krek, hah, dh siap. Tgk cermin, perghh! Apa nih? Ini bukan yang gua nak lah! Ishh! Rasa nak berasap jeaa, nasib baik boleh sabar lagi. Nasib baik gua nih bertudung, takde orang nampak sgt, tapi masalahnya aku yang selalu nampak, sakit hati yaww! kalau tak pakai tudung rasa2 nya x keluar rumah sampai rambut jadi panjang balikk. Huh! Tapi takpe lah, terima jea. Sumpah bengang!

mekk, rambut saya hodoh! apa macam? perghh! *mata dh berair )):

9.40 p.m

Wednesday, February 17, 2010

Rasa-rasa ini terbaik.

Kan best berangin macam nih? Tenang (:

NADYA, a girl same like you, she love her self (:


I miss this moment with you Meiqaqina ((:


The Best People i was found, HAHA. i love you cousin.

10.31 p.m

Monday, February 15, 2010

Berkasih Sayang Dengan Kekasih Orang, Kejam Kan?

Terfikir sorang-sorang bila ada orang gaduh sebab berebut teman lelaki, rampas-merampas teman lelaki dan kacau teman lelaki orang lain. Patut ke tidak sampai macam tuh sekali? Macam orang cetek akal kan sebab lelaki kita sama-sama perempuan gaduh. Itu kata aku yang tak pernah rasa bagaimana kalau itu terjadi dekat aku. Tapi kan rasa-rasa aku dah rasa 2kali kot. Perghh, bengang! Tapi macam tak kesah pon biar dalam hati #$@!@, macam babi! Dulu aku jadi mangsa. Ada saja orang yang main api dengan aku. Seronok gamaknya. Kacau aku punya, sape yang tak sakit hati kan? Tapi itu dulu lah, sekarang? Aku rasa aku pulak yang ada di tempat perempuan yang aku sumpah2 sebab kacau yang aku punya. Korang faham tak apa yang aku bagitau? Pendek kata, aku dah ganggu teman lelaki orang )): eh2, takkk! Bukan aku yg ganggu dulu, tapi lelaki tuh! Yelah, orang kata kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, masalahnya memang dah bertepuk dua belah tangan dan sudah berbunyi. Kejamkan? Macam mana kalau teman wanita tahu? Mesti kena serangan hendap kan? HUUUUUU, seramm jea bunyi kan? Kadang2, kalau teringat tidur pon tak lena, tahu? Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebolehnya memang tak nak, tapi he's my first love, the only one i love till the that i die. Rasa-rasa perempuan itu dah untung sebab lelaki tuh masih mahukan dia sebagai teman wanita. Dan aku hanya kekasih gelap yang menyayangi teman lelaki orang )):

QUESTION: Apa korang akn buat kalau ex korang datang cari korang & mahu lagi contact dengan korang, sedangkan dia dah ada teman wanita? Answer me please?

10.26 p.m

Friday, February 12, 2010

LIAR Pergi Neraka Boleh?

Aku fcuk gila-gila kalau orang dah tipu aku!
Sumpah bengang !@#%$#@

*hati dah terkoyak rabak.

4.14 p.m




Bila Bulan Mengambang

Setiap kali malam menjelma, sebelum tidur wajib raba2 earphone dalam keadaan gelap atas katil dan di sumbatkan dekat kedua-dua belah telinga. Search satu satu lagu yang mengidam nak dengar dan menghayatinya dengan penuh tekun. Mengundang pula satu perasaan yang dah lama aku buang jauh2, semakin mencuba untuk membuang, semakin ia datang. Tak ingin mengingati apa yang dah terjadi terhadap kehidupan aku yang lepas, tapi itu semua ketentuan yang Esa. Mungkin tiada siapa yang tahu apa yang aku rasai sekarang. *airmata dah mula mengalir.

YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN PADA DIRIKU UNTUK MENJALANI HIDUP DENGAN LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI TANPA DIA.

Berusaha untuk hilangkan perasaan ini, pejam mata dan tak sabar untuk menunggu melihat hari esok (:

*meiqaqina pls.


12.55 a.m


Tuesday, February 9, 2010

People, i don't want give u my middle finger.

Perempuan, tak sah kalau tak dikaitkan dengan mengata, mengumpat, bangga diri, dan lain2 yang seumpamanya. Yea yea, aku tahu mana ada orang perfect kan? Macam aku jugak, kadang2 aku pun pernah rasa aku nih amat menjengkelkan pada pandangan sesetengah orang. Orang yang benci kita lebih ramai daripada yang suka kita, so jaga diri, percakapan kena control yea dik. Aku pun pernah jugak mengumpat kat orang yang aku tak suka. YA ALLAH! Berdosa besar aku. Malu pulak nak pergi mintak maaf. Dah lah musuh aku, nk pergi mintak maaf? Gila ke apa haa? Alaa, tunggu lah nati dah bersedia, huh! ok ok? Aku nih dah lari tajuk lah, selalu jea macam nih. Banyak pulak cerita yang tak berkait dengan tajuk. Nih nak taip nih, haih! takpe ke aku taip dekat sini? Kangg sentap pulak orang yang terasa. Kena saman pulakk dah, seram betul orang2 sekarang. Tak pasal2 duit melayangg, malu pun dapat, kena maki lagi, wow wow, KAHKAH. Biar, blog gua, sukahati lah, kan kan? Tutup sekejap benda2 seram tuh. Kali nih mmg nk cerita betul2.

Hari tuh, kan kan. Aku rasa ada orang mengumpat aku. aikk, pelik tiba2 aku terasa pulak. Weh, mmg lah terasa terang tang tang aku dengar nama aku. Kot2 pelanduk dua serupa? Tak2 bukan, aku tahu deorang cakap2 pasal aku. Soseh2 aku dengar umpatan deorang, wow kemain lagi yea? Dan dan dan ada satu part yang paling aku shock bengang sampai aku rasa nak bagi buah tangan jea kat deorang. Tapi rasa2 macam bahaya jea aku taip kat sini part yang paling sinis tuh, grrr. Sabar! Mak aku ajar suruh sabar. Nanti ada masa tunggu lah turn kau, aku balas kaw kaw punya. HAHAHA. Aku rasa kau tak baca kot blog aku, tapi kalau kau baca pun ok jugak kot. Boleh jugak aku baca maki makian kau, HUUUUUU. Dah, kau dah dah femes sebab aku dah taip pasal kau dekat sini, puas hati sekarang? KAHKAH. nanti kau!

Ok lah tamat.

11.50 p.m

Monday, February 8, 2010

the BEST day with YOU.

6 FEBRUARI, benda nih aku patut post 6 februari aritu lagi, tapi tak sempat, letih dan aku dah ambik byk masa yang agak lama untuk mengelamun sendirian, KAHKAH. Benda yang tak pernah aku fikir atau idamkan selama nih, akhirnya terjadi jugak. Orang yang aku kenal dalam internet atau lebih official dipanggil myspace datang kelantan jumpa aku? Wow wow, ini dah diluar jangkaan, KAHKAH. Dia salah satu the biggest fans of Sheila On 7, macam aku jugak lah mamat tuh, dia tuh nak jugak tiru aku, HAHA. Dia datang dari KL turun Kelantan jumpa aku, mmg dia asal darah orang luar kelantan. Umur dia dah 19 tahun, aku muda sikit dari dia, HEHE. Kitaorang dah kenal almost 1 year kot, entah lupa plak. tapi kalu tanya dia, dia ingat kot. Dah lama dia macam nak jumpa jea, tapi tak kan aku nak pergi KL, semata2 nk jumpa dia? Gile, perghh! First meet, tersipu2 malu, pijak semut pun tak mati kot. Heyy, aku bukan pergi sorang2 tahu? My sis always stand by my side, KAHKAH. Bodyguard sejati yang tidak berbayar ok. Ntah kenapa rasa macam dah lama kenal, happening jea. Kot2 kitaorang dah kenal masa kelahiran yang lepas. tak tak, memang tak logik. Alaaa, aku kan friendly thats why lah rasa macam dah kenal lama. Tak pasal2 aku jalan2 dengan dia aku kena cakap bahasa kuala lumpur. "Awak, nati belajar bahasa kelantan yea? nati orang cakap i budu pulak, HAHA". Serius, memang aku tak sangka dapat keluar dengan diaa, itu memang TERBAIK lah!

eh2, ada lagi aku nk taip nih, readers! baca sampai habis ok.

Nih haa nk bagitahu, time tuh maghrib, aku jalan2 dengan mamat tuh kat mall, tibe2 plak si AA nih call aku, tak pernah2 call aku time maghrib. Tanya aku duk kat mana dengan siapa. HAHA. Bangg, awek awak dah sound2 i, u masih call2 i? Sukahati lah nak keluar dengan sape2 pun. Blah blah blah! *grrr.

9.00 p.m

Saturday, February 6, 2010

What The Hell!

Hye para pembaca sekalian :D
Malam nih macam rajin pulak nak menaip, idea tade lah banyak sangat nak hurai, tapi boleh lah sikit sikit, KAHKAH. Tido tak lena, guling sana guling sini, rambut kusai masai, muka macam seposen, bosan sungguh. akhir kata, gosok2 mata ngadap benda nih enjoyyyy! Aku menjelajah habis benda2 yang ada dalam internet nih, bapakkk aku bosan. Click punya click TERsinggah kat page minah nih, perghh macam mengata aku jea, KAHKAH aku terasa wehh! Betul lah pepatah bagitau, siapa yang makan kacang dialah yang kentut busuk, betul ke tidak aku nih? lantaklah. Yelah aku tahu aku kacau boipren orang, tapi bukan aku yang kacau dulu, dia yang text aku & call aku apa tuh semua, aku just melayan jea. Berdosakah aku? Tuhlah, ambik yang orang dulu siapa suruh, gedik lah lu! Aku kawan jea ngan boipren ko yang kachaks tuh, errr, bukan ada pape pun. Bajet bagus, perasan jea lebih. Tapi kan aku takut jugak kena seranggg hendap nanti, KAHKAH. Dah dah, tanak pikir pasal kau, buat nyemak kepala hutak aku jea. Then aku dah tutup page kau, taknak tgk dah, sakit hati!

HARI KEKASIH; Berdosa tahu kalau korang sambut benda tuh, aku cakap cmnie sbb aku tade boifren, aku dengki tahu? KAHKAHKAH. Sukahati korang lah nak sambut ke tak, grrr.

12.30 a.m

Wednesday, February 3, 2010

Aku & Cinta

Tidak pernah surut resah ini setiap kali mengenang dikau. Kerana sebuah kisah ini berhujung nestapa. Kisah kau hadir menyentuh kehidupanku. Meninggalkan bekam dihati paling aneh pernah aku rasakan.

Selama mana pun aku menunggu, empat purnama sudah berlalu, beginilah seadanya. Namun aku kekal bahagia kerana mencintaimu lebih daripada aku mencintai diri ku sendiri. Setulusnya aku sayang kau!

Bagaimana aku bisa tegarkan diri masih peduli mengenainya biar menitis airmata kala kau tidak endah dan aku masih setia ketika kau mulai mencintai insan lain dan aku gagah tersenyum melihat kau berdua sambil mendoakan kebahgiaanmu.

Sepanjang empat purnama ini berkali-kali kau jatuh cinta. Berkali-kali kau menemukan cinta dan kehilangannya. Namun tiada satu pun kau beri untuk aku. Engkau enggan membuka jalannya kerana perasaan cinta untukku tiada dalam hatimu.

Bagaimana aku mampu bertahan? Kerana itulah aku! Biar mereka mahu aku berhenti mencintaimu dan melepaskan mu saja, aku tidak mampu membuang ingatan ini. Kalaupun aku tidak layak menunggumu, aku masih mahu menyimpan perasaan ini.

Memang jatuh cinta itu aneh. Sesungguhnya ada masa-masa sukar untuk kita lepaskan sesuatu yang indah. Kau adalah kejadian paling indah berlaku dalam hidupku. Sehingga tidak ingin lagi aku melepaskan mu.

Memang ada sebuah pertemuan. Memang adanya terukir kenangan itu. Tetapi mengapa aku masih jauh ketinggalan dibelakang? Aku tiba pada garis mula tiada berpenghujung kerana telah aku katakan, aku sayang kau!

11.45 a.m

Proud Be Myself

Heyy readers! Wow, lama gila tak post entry baruu. Sekarang sibuk memanjangg. Online fb & ms cuma nak balas komen jea. Dulu awal tahun sibuk nak qada' tidur setelah lebih kurang 11 tahun bangun awal terkejar-kejar pergi sekolah, HAHA. Sekarang kena bangun awal balik sebab dah mula berkerja, jadi bisnesswoman, hebat siyh :DD Bangun awal pagi tapi malam2 aku selalu jea tidur lewat, entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, jiwangg kot then tertidur macam tuh jea, bangun pagi esok kemain liat lagi, then mula sengeh2 teringat apa yang aku jiwangkan semalam, HAHAHA. *bengong!

Awal tahun haritu aku dah mula minat kat televisyen, dulu haram aku nk tgk, best ke tgk tv? HAHA. Aku tgk pun sbb ada cerita best dekat 8tv, pukul 8.30 until 9.30 tapi malam kelmarin dah last episode. melopong jea kalau tgk cerita tuh, best sialll! aktress kachak2 & comel2 jea, sometimes i wish i was her, HAHA. *mengarut ;P

Ok dah dah. Malas aku nk taip panjang2.