Tuesday, March 29, 2011

Yang berjaya jangan gembira sangat, yang kurang berjaya usaha lagi bagi lagi hebat

Hari ini dah masuk 6 hari tak post entry baru. Mungkin sekarang free (--')

Dah 2 malam aku tak tidur. Bukan tak tidur langsung cuma 1 jam setengah sahaja yang mampu lelapkan mata untuk hilangkan penat. Makin sampai ke penghujung makin semak samun otak ini.

Sedia maklum minggu ini minggu akhir untuk menamatkan semesta dua. Minggu depan dah boleh kirim brader-brader kelas belikan tiket pulang kerumah.

Sekarang ada satu lagi baki untuk projek akhir yang akan dibentangkan esok. Semoga sukses semuanya.

Agak kecewa dengan hasil karya yang baru sahaja pagi tadi dibentangkan dihadapan pensyarah. Macam biasa kena hentam kaww kaww rasa macam nak maki apa ke jadah lah hasil kerja macam ni. Tapi takpe belajar dari kesilapan. Berdoa pada Tuhan itu yang penting.

Apa pun tahniah kepada DDS2A & DDS2B kerana telah menyempurnakan kewajipan kerja kita untuk semesta 2 ini.

Dan jutaan terima kasih kepada penasihat Encik Mohd Syakir & Puan Norzaida :)


Wednesday, March 23, 2011

AKU, ENGKAU DAN DIA

Asslamualaikum.

Pada petang yang agak mendung tambah dengan hujan rintik-rintik air bergelora, kelas pun tak ada dan aku menghadap Monolog Dalaman ini sambil layan westlife.

Entry kali ini pasal boyfriend kau bukan boyfriend aku, cantik? Hi hi hi.

Dulu zaman sekolah aku ada terjebak dengan cinta monyet. Standard lah tuh kan? Kebanyakkan semua orang pernah merasainya termasuklah aku, aku akuinya :)

Tapi sekarang, cinta monyet dah lama aku tinggalkan walaupun begitu dia masih utuh dalam ingatan aku :') Dan aku tahu ia tidak mungkin boleh kembali lagi. Cukuplah sekadar kenangan di zaman persekolahan

Sejak 20 Disember 2009 hingga lah sekarang 23 Mac 2011 aku masih lagi memegang status single. Bukan jual mahal, bukan tak suka lelaki, bukan pula memilih cuma mungkin hati ini tak dapat nak terima sesiapa. Aura cinta monyet dulu-dulu masih kuat lagi kot? Keh keh keh.

Walaupun sejarah lama cuba aku buang jauh-jauh, apakah daya aku untuk lakukan itu semua. Luka dalam belum terubat tak kan lah nak tambah-tambahkan lagi ye tak? Jadi aku kena cool.

19 Mac 2011 jam 6.57 ptg, aku dapat 1 panggilan telefon daripada seorang perempuan. Cakap aku, kau. Agak berkurang ajar. Tapi takpe aku dengar je :)

Katanya aku kacauu boyfriend dia. Katanya lagi aku layan boyfriend dia. Haram J aku kena maki beberapa minit. Pada hakikatnya aku tak bersalah dan tak lah kemaruk sangat dengan boyfriend dia tuh walaupun jauh disudut hati aku, aku masih lagi menyayangi lelaki itu. Akan tetapi aku masih lagi punya perasaan, belas kasihan dan bertimbang rasa. Aku pernah disakiti dan mana mungkin aku menyakitkan lagi hati seorang perempuan yang mencintai teman lelakinya. Dan aku bukanlah pemusnah!

Aku cuma fikir, budak-budak dengan cinta monyet apalah sangat. Nanti belajar jauh-jauh, belajar tinggi-tinggi banyak jenis orang lagi yang dia akan jumpa. Terlalu banyak pilihan yang bagus-bagus.

Aku tak kesah orang nak cakap apa. Bagi aku, cukup lah keluarga, kawan-kawan rapat tahu aku bagaimana. Aku bukan sesiapa nak hentikan fikiran manusia lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing :)

Jujur dalam hati aku cakap, ye aku masih merindui lelaki itu, masih lagi menyayangi dan aku masih lagi menunggunya. Aku hanya mendoakan kebahgiaannya dengan sesiapa saja pilihan hidupnya. Aku tahu harapan untuk bersama dengannya hanyalah mimpi semata-mata.

Kalau aku diberi peluang. Aku mahu melelapkan mata untuk seketika dan menemuinya di alam mimpi dan menjalani hidup dengannya :')

Kurniakanlah insan yang baik untuk diri ini. Sesunguhnya Kau Maha menyayangi hamba-hambanya.

4.55 pm

Friday, March 18, 2011

BUKA MINDA, BUKA HATI DAN KENALI LAH DUNIA.

Assalamualaikum.

Aku terfikir beberapa kali untuk post entry kali ini. Dan aku rasa aku patut betulkan persepsi orang lain terhadap bidang entertainment. Aku tahu aku tak boleh hentikan mulut orang untuk bercakap mahupun berfikir. Tapi sekurang-kurangnya dapat membuat mereka faham sudah cukup.

Terasa hati? Macam rendah sangat martabat diri? Itu tolak jauh-jauh. Ramai yang tanya aku, "woi kau study kat mana je skrg? Kos apa yang kau ambik?" Dan aku jawap, aku study dekat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis je, aku ambik kos animation art." Jawap lagi si kawan aku ni, "Ohh, jauhnya kau disebelah utara. Huh animation art? Kos yang macam mana tuh?" Aku jawap lagi, "Jauh-jauh lah best, pebarang dekat-dekat? Hahaha. Animation Art adalah kos animasi. Alaa yang buat animasi contoh macam upin & ipin tuh. Banyak melukis babe, ishh!!" Kali ini jawapan si kawan aku buat aku sedikit bengang tapi takpe aku sabar. "Apalah kau ambik kos mengarut, ntah pape. Tak pernah dengar pun. Ape je peluang pekerjaan kau."

Sekian dialog antara aku dan seorang cik member aku ni.

****************

Bila ada beberapa kawan aku yang berkata demikian, aku rasa macam ha'ah lah kos aku ni apa je yang boleh aku buat kalau dah graduate? Rasa menyesal pulak ambik kos ni, hmm." Tetapi sekarang baru aku faham :)

Ok kita ikut fakta ye? Siapa antara orang paling kaya di dunia? Tak tahu sila search google. Aku nak tanya lagi, orang yang kaya di dunia apa kerjaya dia? Bukan ke seorang yang terjebak dalam bidang entertainment? Paling dekat kita tengok je Yusof Haslam, kaya kan? Kerja dia apa? Orang entertainment jugak kan?

Ok, korang mesti nak cakap doktor lah paling hebat, pensyarah, cikgu, majestrit, peguam dan seangkatan dengannya kan? Tapi dalam fikiran korang semestinya entertainment paling low sekali kan?

Korang terfikir tak bidang entertainment bukanlah bidang yang senang tapi cabangnya adalah terlalu luas. Contoh doktor, kerjanya hanya dihospital, jumpa pesakit bermacam ragam bermacam penyakit, tapi pernahkah korang terfikir, kalau orang takut jarum, darah boleh ke jadi doktor? Mungkin menjadi pilihan yang terakhir, kan? Cikgu @ pensyarah, ada yang minat sebagai pendidik, tetapi ada yang rasa ishh tanak aku jadi cikgu, bukan best pun mengajar budak2, tension ada ah. Budak2 sekarang nakal!! Tak pasal2 jantung aku nanti."

Kita beralih pula kepada penguam. Ada yang berimpian nak jadi peguam, ada yang kata "Kalau sejarah kau form5 tak strong jangan mimpi lah. Lagi pun english-english aku mana terror pun."

Sekarang, siapa yang tak minat fotografi? Semua minat kan? Siap ada DSLR lagi tuh. Itu pun bukan ke bidang entertainment ke? Korang je yang tak perasan. Fesyen, creative design, animation, film, photography, fine art, writing, itu semua bersangkut-paut dalam bidang entertainment.

Senang cerita lah kan, korang pakai baju kalau tak ada pereka fesyen, boleh ke korang pakai baju sekarang? Siapa yang minat tengok televisyen? Kalau tak ada animator, director boleh ke adik-adik korang tengok cerita kartun? Tengok filem melayu?

Kalau kita rajin ambil lah bidang apa pun kita boleh pergi jauh. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina. Jangan pula bertentangan dengan agama lebih-lebih lagi Islam. Itu yang penting.

Jadi moral dekat sini kita tak boleh nak menghakimi sesuatu hanya melihat luaran sebelum menyelidik secara terperincil.

5.25 pm


Wednesday, March 16, 2011

COMBINE YOUR ATTITUDE & MY ATTITUDE, HIKHIK.

Assalamualaikum.

Entry kali ini bukan pasal sedih-sedih. Aku rasa sekarang jiwa aku dah stabil sedikit. Nasihat-nasihat ampa amat berguna, terima kasih ya cek ;)

Hari ini aku free. Sepatutnya ada kokurikulum macam sekolah dulu-dulu kan? Hihihi. Tapi dibatalkan pulak, agak-agak dah 3 minggu kot, seronok. Ok dah.

Jom baca entry ini;

Dulu, kini dan selamanya.

1) Nama penuh aku ada 15 huruf, NADIATUL FATIHAH bukan sekali dengan nama bapak lagi, MOHAMAD ADNAN. Cuba kira, hihi.

2) Umur sekarang 19 tapi bulan November tak sampai lagi.

3) Anak bongsu daripada 5 adik beradik.

4) Makan makanan pedas-pedas jarang keluar airmata. Dah terlalu biasa kot.

5) Mahasiswi PTSS jauh dibelah utara.

6) Sekarang dah jadi senior, hihi.

7) Bakal jadi animator walaupun tak pandai sangat melukis.

8) Lebih ramai kawan lelaki daripada perempuan.

9) Status single dah 1 tahun lebih.

10) Paling fcuk orang panggil nama belakang, grr.

11 ) Nampak saja cool tapi jiwa ada taman.
12) Bertudung tapi lebih suka tudung biasa daripada shawl.

13) Fanatik band Indon so7 dari standard 2 lagi :)
14) Sekarang banyak layan lagu Westlife, macam kena dengan jiwa.

15) Sebelum tidur mesti chek handphone, pastikan inbox kosong. Tak tahu kenapa :P

16) Warna kegemaran lebih kepada kuning & oren. Kalau campur jadi warna apa ye?

17) Lebih suka direct call daripada bermesej.

18) Berjalan selalu pandang bawah, tak yakin sangat lah nak pandang orang, segan :P

19) Sayang dekat mak daripada ayah. Biarpun ayah yang selalu kasi duit belanja.

20) Kalau suka dekat mana-mana lelaki mesti lelaki tuh boyfriend orang. Tidak mencuba untuk merampas. Ushar lelaki lain pulak lah kan? Hihihi.

21) Tak senang duduk kalau duit banyak, tak sah kalau tak membeli belah. Perempuan perempuan, keh keh keh.

22) Suka pendam perasaan sorang-sorang, kalau pecah tak tahu lah jadi macam mana.

23) Kadang2 rasa macam penasihat motivasi. Kawan ada masalah aku cuba tolong.

24) Aku paling bertuah dapat kawan yang suka simpan rahsia. Tak lah takut sangat kalau jadikan dia tempat mengumpat atau luahan perasaan :D

25) Last sekali, MONOLOG DALAMAN lahir sejak 2008 lagi. Sekarang dah berumur 3 tahun 7 bulan.


MORAL; Perangai setiap manusia adalah berbeza-beza. Terimalah kekurangan dan kelebihan seseorang. Kita bukan malaikat untuk jadi sempurna. Cukuplah dengan kehadiran kita dapat menyenangkan orang sekeliling :)

5.05 pm

I CLOSE MY EYES & I PRAY TO GOD.

Salam.

Semalam ada seorang rakan aku, entah lah orang yang keberapa yang menanyakan aku soalan yang sama " Nadia ok? Sihat? Sure?" Kadang-kadang rasa macam normal je, tapi kadang-kadang rasa macam aku ni ada masalah dimata mereka atau hanya sekadar ambil berat dan bertanya khabar?

Aku pun tak tahu apa kena dengan aku. Sekarang perasaan tak menentu banyak sangat berfikir benda yang bukan-bukan contohnya pasal entry aku yang semalam. Touching semacam, huh.

Kini baru aku tahu, semakin besar semakin banyak yang perlu di titikberatkan. Tak macam sekolah dulu-dulu buat kerja pun suruh orang, gosok baju pun mak yang tolong gosokkan, ye tak?

Aku teringat lagi masa birthday aku yang ke-17. Aku bangun dari tidur, mandi-mandi macam biasalah kan, lepas tuh bukak almari untuk ambil baju sekali ada 1 note kecil, ringkas tapi agak tersentuh hati "SELAMAT HARI LAHIR KE-17, SEMOGA DALAM KEIMANAN." Yang diberi oleh mak aku. Walaupun tiada signature tapi tulisannya amat aku kenali. Aku menghargainya :')

Hari ini, aku masuk kelas agama jam 10.00 pagi. Aku belajar pasal Menguruskan Jenazah. Korang tahu tak apa yang terlintas dalam fikiran aku? Sejak akhir-akhir ni aku selalu fikirkan mak aku, aku tak boleh bayangkan kalau dia ***** dulu sebelum aku, nauzubillah!

Dalam diam-diam aku cuba tahan airmata daripada keluar, aku takut ada yang terperasan. Aku cuba sembunyikannya. Aku buang jauh2 perasaan ini, aku tak mahu fikir lagi. Tolong aku YA ALLAH!

Tamat kelas dalam pukul 12.00 tghri aku balik ke bilik rakan sekelas aku, beli nasi bungkus untuk makan dibilik. Aku capai handphone aku di dalam poket. Aku hantar 1 keping mesej kepada kakak aku yang baru bersalin "kakak, aku terfikir macam mana kalau mama tiada. Aku takut lah. Lagipun tadi aku baru je belajar pasal menguruskan jenazah, tiba2 aku terbayangkan mama :'(" Mesej dibalas, "Kau berdoalah semoga dia panjang umur." Aku biarkan mesej itu, aku menikmati makanan yang baru saja aku beli tadi.

************************************************


Sekali lagi aku sebak untuk post entry ini.

1.14 am

Monday, March 14, 2011

11 MAC 2011

Salam :)

Pada malam 11 MAC 2011 adalah sambutan hari lahir seorang rakan sekelas aku, eja namanya. Aku, rozy, qiba, siti, kecik dan ayu buat kejutan sediakan kek walaupun tak sebesar mana pun, tapi satu penghargaan buat eja yang kini dah cukup 19 tahun :)

Gembira tak terkata pada malam tuh, ketawa tak ingat dunia lebih lebih aku yang mmg kaki gelak, yang iaitu fakta dan aku akuinya.

Sesudah itu, rasa macam letih kerja pun aku tangguh kononnya nak buat esok lah kan? "Rozy, jom kita tidur jom. Aku rasa macam dah mengantuk esok kita sambung kije ye? Kata aku kepada Rozy."

Kata orang kalau gelak kuat, nanti akan menangis. Mungkin bagi aku yang dah hidup 19 tahun tak pernah rasa macam tuh. Maksud aku, aku suka gelak macam langsuir tetapi tak pernah pulak rasa sedih atau menangis selepas itu. Hmm, pelik?

Tidak untuk malam 11 MAC 2011, aku cuba pejam mata rapat-rapat tetapi otak aku masih lagi berfikir sesuatu. Tiba-tiba aku terfikir pasal mak aku, tapi kenapa sekarang? Aku nak tidur lerr.

Ok baiklah aku melayan fikiran aku kejap.

***********************************



Aku teringat dekat mak aku. Aku terfikir macam mana kalau mak aku dah tak ada sebelum sempat aku menjadi dewasa? Macam mana aku nak teruskan hidup aku, teruskan pengajian aku? Rasa menggelabah semacam, Tuhan tolong aku.

Aku teringat lagi masa aku sekolah dulu, mak aku kejutkan aku sembahyang subuh, sediakan air panas yang direbus untuk mandi, rumah aku tak ada yang shawer yang air panas sejuk. Mak aku sediakan makan pagi, tapi jarang aku sentuh makanan tuh. Mak aku paksa minum madu, tapi aku degil. Pagi2 dah kena dengar tazkirah. Mak aku selalu suruh aku tengok tibi. Alaaa, ceramah ustaz yang pagi2 tuh :)

Kadang2 aku lambat bangun mak aku gosokkan baju, kadang2 mak aku yang basuhkan kasut, kapurkan kasut. Time aku rajin aku bangun sebelum subuh aku buat homework aku kejutkan mak aku, mak aku ajarkan.

Malam2 walaupun aku tidur tapi aku separuh sedar dan aku tahu mak aku tengah potongkan kuku aku :')

Pergi sekolah mak aku yang hantarkan, balik sekolah pun mak aku yang datang ambik. Kalau aku ada kelas tambahan mak aku tak lupa bekalkan aku air milo ais dengan makanan ringan sekali.

Setiap kali masuk azan mak aku tak letih menyuruh suruh aku sembahyang, aku je yang malas.

Aku tahu mak aku cuba bagi yang terbaik dan cuba menjadikan aku anak yang baik untuk masa depan.

Aku tak tahu tanpa dia aku boleh teruskan hidup atau tak. Siapa nak suruh2 aku sembahyang? Siapa yang nak berleterkan untuk aku? Siapa?

*Aku menangis. Aku mohon Allah panjangkan umur Hanisah Haji Ahmad :')

Thursday, March 10, 2011

TAMBAH AHLI KELURGA

Salam :)

Haritu 10 Mac ada niat nak post kan entry baruu, akan tetapi tengah free tetiba pulak terpaksa hold dulu sebab ada kerja lagi penting nak kena buat, aku simpan dekat draf.

Alhamdulillah 1 perkataan keluar dari mulut aku :)


Aku dikurniakan seorang lagi anak menakan (sedara) dari kakak aku yang ketiga daripada 5 orang adik beradik. Boy pulak tuh, ngeee. Tapi sayang, aku tiada ditempat kejadian. Aku tak sabar nak peluk cium baby tuh bulan April ni.

Aku dapat 1 MMS tapi aku belum bluetooth lagi dekat laptop. Nanti kalau aku betul2 free i'Allah akn di upload gambarnyee :D

Semoga sihat2 selalu dan comel2 sampai ke besar ye.

Ada lagi 2 minggu nak balik bercuti semesta. Tetapi aku ada lagi 5 final project dan 2 assignment yang belum dibuat. Sempat tak agak2?

1.07 am

SINCE 1999 UNTIL 2011

Assalamualaikum :)

Lama tak layan, rasa kemaruk balik tiba2 tak tahu kenapa.

Ok kita layan dulu ye.









Ini semua lagu dalam album baru 2011

Aku tak kesah lah orang nak cakap apa, "ekelleh layan band lama pebarang?" "Wei kau layan indon band? Local lah syok!"

So7 satu2nya band indon yang aku fanatik gila. Ok lah mungkin sebab vokalisnya yang hensem. Bukan itu je, cuba dengar lirik lagu2nya dengan mendalam perghh!

Bye.


9.23 a.m

Tuesday, March 8, 2011

BILA SEORANG PEREMPUAN MENGALIRKAN AIRMATA

Assalamualaikum :)

Ok malam ni aku rasa aku nak rehat. Rehat daripada semua kerja-kerja yang membebankan kepala otak aku selama ni.

Aku balik ke bilik seperti biasa setelah 1 minggu lebih aku bertapak dekat bilik classmate aku. Bukan tak ingat nak balik mahupun tak mahu balik. Aku tahu aku tinggalkan roomate aku sorang2, aku tahu ketakutan yang dia alami tetapi alangkah tenangnya aku bila orang faham keadaan ditempat aku, rasa2 macam nak menitik airmata. Sabar nadya.




*************




Baiklah aku teruskan lagi.













Agak terkilan, macam aku dipersalahkan. Tiada niat untuk tinggalkan dia sorang2, aku tahu dia cuba faham aku cuma mungkin kalau terlalu lama macam tak ingat nak balik, mahu tak marah? Aku sangat memahami.


Banyak hati yang aku nak kena jaga. Terlalu banyak kerja yang perlu aku bereskan dalam masa yang singkat. Aku cuba jadi orang yang terbaik dapat menguruskan segalanya dengan teratur tetapi aku letih.


Dari tingkat 4 jalan jalan lebih kurang 7minit naik pulak tingkat 3, boleh dikatakan setiap hari. Bukan hanya membawa diri malah ada barang yang perlu dibawa bersama. Tapi alhamdulillah Tuhan memberikan aku kudrat yang sangat kuat.


Aku agak terasa sampai semua kawan2 dia tahu aku jarang balik bilik, tinggalkan dia sorang2, tapi itu bukan kehendak aku. Aku perlukan seseorang yang memahani. Aku perlu lakukan kerja aku demi kejayaan aku. Ikut hati mahu je duk dalam bilik, online, makan tidur pastu berjalan ke kelas.



Baru aku tahu betapa susahnya hidup. Susahnya untuk meraih kejayaan. Mungkin dugaan, aku terima dengan senyuman. Aku lupa padamu Ya Allah :(


Ini adalah hikmahnya hati aku belum terbuka untuk insan yang bernama lelaki. Tuhan selamatkan aku daripada beban2 lain. Cukuplah beban yang aku tanggungi ini.


Sedihnya hati ini, terasanya hati ini aku pendam dalam-dalam. Aku tak tunjuk bukan bermaksud aku ok, Tuhan tempat aku mengadu :') Bukan mudah bagi aku menitikkan airmata, kerana bagi aku airmata itu sangat berharga. Mereka yang rapat mungkin lebih mengetahui.


Kalu orang terdekat pun tak dapat nak fahami aku, apatah lagi orang yang jauh dengan aku.


10.22 pm

Monday, March 7, 2011

KEJAYAAN BUKAN DATANG BERGOLEK-GOLEK

Selamat tengahmalam :)

Maaf sebab dah lama tak post entry baru. Bukan malas atau sama waktu dengannya cuma aku sekarang ada lagi 3 minggu nak siapkan assignment dan final project aku sebelum cuti semesta 1 April ni. Aku punye kos tak ada exam, rasa selamat dan bertuah sekali. Tapi tak lah sesenang yang di bayangkan sebab punye lah bertimbun timbun kerja sampai terkejar kejar sana sini.

Ini pun dikira macam free lah ni sempat buat entry baru untuk harini. Pagi esok kelas pukul 2 ptg, hi hi hi.

Sampai sini saja untuk kali ini. Niat dihati mmg nk type panjang lebar tapi masa itu sangat cemburu dengan aku, terpaksalah gerak dulu. Ada masa update lagi ye :)

Doakan kejayaan aku untuk semesta 2 ni. Harap kerja siap dengan sempurna, amin :)

2.43am

Wednesday, March 2, 2011

# PART 2 GALLERY ASSIGNMENT

Ini adalah part dua ye :)





Ini design poster untuk Digital Imaging. Guna photoshop :)



Ini pun untuk Digital Imaging. Guna photoshop juga :)





Ini logo yang di design menggunakan Adobe Illustration.

Sekarang kemaruk layan How To Train Your Dragon. Dah nak masuk 8 kali kot :)

1.52 am