Tuesday, April 12, 2011

COMING UP NEXT :)

Asslamualaikum.

Dolu dolu time busy ada jugak masa yang dicuri buat entry baru. Sekarang dah balik rumah tak ada pulak buat entry baru, pelik pelik. Padhal sekarang lagi banyak masa free daripada dolu.

Korang tak faham. Balik rumah time for family & friends lah pulak. Tapi masih lagi sayang dekat Monolog Dalaman ni. Cume hold kejap je, bagi aku enjoy puas puas dulu. Lagipun sekarang tak ada mood nak menaip lagi tapi jangan risau cerita banyak sangat nak diluahkan :) *sekarang kan fokus tido je, hihihi.

Ok lah cauuu dulu. Ada masa ada lah entry baruuuu.

Goodbye, have a great holidays & study for final exam yaww :-*

1.43 pm

Friday, April 8, 2011

FINAL PROJECT SEMESTA 2

Ini ada lah cebisan final project yang aku buat sampai tak tidur malam. Yang sibuk memanjang sampaikan celik mata menghadap benda ni je.

Nampak simple, senang. Tapi banyak steps. Eleh buat benda ni pun tension jugak ke? Kiteorang yang ada kira-kira, baca buku 300 helai pipi x kecoh-kecoh pun.

Terlalu banyak melukis, terlalu banyak idea yang perlu diperah, terlalu banyak kreativiti yang perlu digunakan.

Ok depends lah nak cakap apa, korang tak buat korang tak tahu. Kesempurnaan & kekemasan itu penting :)




Ini final untuk Digital illustration. *Cover depan untuk packging dan poskad sekali.

Ini bahagian belakang poskad.

Ini packaging yang sudah siap. Pandai-pandai lah fikir macam mana nak gabungnya :)


Ini final project untuk Digital Imaging. Ini ialah bahagian belakang untuk bisness card.


Ini pula bahagian depan untuk bisness card. * Hah, bergabung dengan yang atas.

Ini pula sampul surat depan.


Ini pula kepala surat/letterhead.


Ini memo. Siap dengan signature lagi. Gabungan aku dengan rowzy :)


Ini final project untuk storyboard. Ini karekter dalam storyboard yang kami lukis, warna. Sangat mengambil masa. Gambar ni je yang aku boleh upload. Banyak sangat scene-scene dia, aku x sempat nak snap lagi. soon soon ye?

Sebenarnya ada 2 lagi final project yang aku tak upload. Subject typograpy & principles of animation. Yang typograpy aku lupa nak snap haritu then yang principles of animation final project dia adalah di dalam video. Tak dapat nak upload.

Diberi masa sebulan untuk siapkan 5 final project, tak termasuk dengan asgmnt apa semua tuh. Do you know how rushing i am? Ok takpe benda dah settle, pretty cool yaww, he he he.

Thanks to Rowzy, Zuraida, Fiska Yenita, Razman, Faris & Somad :)

11.44 am

HOMESWEETHOME

Ok akhirnya sampai juga aku di rumah, homesweethome.

Jap aku nak teriak HEY DUNIA AKU DAH PULANG KE RUMAH!!! Dah nama pun monolog dalaman, aku teriak pun bukan dengar pun, baca sudahhh. Teriak dalam hati :)

5 bulan brader gua tak balik rumah. Pergi kelas, balik buat asgmnt/tidur, makan pulak nasik lauk ayam kuah pedas setiap hari. Muka aku dah macam ayam dah kot.

Cuti 3 bulan, asgmnt dah tak payah nak fikir. Sekarang fokus qada' tidur ja. Cemburu tak? Keh keh keh.

Itu untungnya kalau tak ada final exam. Pebarang baca-baca buku ini? Masa zaman sekolah dolu-dolu boleh lah. Sejarah sampai bab 12 then panjang dia x payah duk habaq lah.

Cukup lah dengan hanya melukis, ada pemikiran kreatif, imaginasi tinggi dalam bidang aku. Senang? Ok cuba try test nak tengok.

Ok sudah lah.

Member-member lama sape kenal aku, jom lepak minum, jalan-jalan same-same. Free ni babe free ni. Kang sibuk kata sombong pulekk :P

Kawan-kawan DDS2A & DDS2B, jaga diri hiasi peribadi. Jumpa lagi di semesta depan, i'Allah :')

Semesta 2 tamat disini. Byebye Perlis, selamat datang Kota Bharu :)

8.30 am


Wednesday, April 6, 2011

Test haters

Mulut dah menguap, mata dah berair. Tak tahu lah petanda mengantuk atau apa. Tapi masih lagi mahu post entry baru :)

Paramore pulak tengah memekik dekat telinga aku. Kepala huyung-hayang, nyanyi kuat-kuat sebab telinga dah pekak, orang sebelah dah tegur, masuk hantu kot. Tak kesah, ini peluang lepas geram, keh keh.

Esok ada ujian akhir untuk subjek agama. Nota langsung aku tak sentuh lagi, apatah lagi membaca. Lupa letak mana, sebab menggelabah ayam packing baju nak balik homesweethome.

Tapi tak mengapa, kejap lagi aku cari ye. Kalau tak membaca esok konfem-konfem aku sibuk nak copy paste orang punya, ishh! Perangai tak ubah-ubah sejak tahun 1 lagi.

Tadi benda tak dirancang terjadi.

**********************

Kononnya nak buat 1 assgmnt tertangguh, hari tuh lupa nak buat sebab kelam kabut settle kan kerja yang penting. Lusa dah nak balik tak tahu sempat ke tak. Tapi biasanya sempat lah.

Aku & Rowzy aku buat keputusan untuk menonton teater budak filem yang buat. Tajuk dia aku lupa, macam complicated sangat nak sebut. Tapi takpa, moral yang nak disampaikan tuh buat aku tertarik untuk stay sampai 2 jam :)

2 jam, agak lama lebih lebih lagi aku yang berdiri macam kayu. Ya Tuhan, lenguh dia x payah duk cerita lah cek oii. Tapi aku tahan sebab Rowzy punya pasal. BFF lah katakan :')

By the way, good job DDV3 2011.

Esok peperangan atas kertas bermula!

*Aku harus belajar tersenyum sebelum membunuh rasa takut ku.

12.41 am

Tuesday, April 5, 2011

BERIMAGINASI

Selamat tengah malam.

Esok ada test osha & kelas agama. Itu jelah saki baki yang tinggal sebelum aku byebye kan negeri Perlis Indra Kayangan ini :')

Maghrib tadi, aku keluar dari bilik nak ambil wuduk. Kira-kira 7.40 pm gitu lebih kurang. Keluar bilik pandang kanan aku tiba-tiba melihat langit. Matahari terbenam, oren. Aku tenang :')

Banyak benda dalam dunia ini aku belum gengam. Bukan tamak, tapi hanya mahukan hidup aku lengkap dengan flow agama sekali.

Dalam hidup perlulah ada perancangan. Tak menjadi kenyataan tak mengapa, Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Dulu-dulu punya cerita nak lelaki kaya, handsome, gentle, baik, memahami. Nak ada anak paling sikit 2 orang je, sepasang baby boy & baby girl "kononnya" Nak belajar sampai ke menara gading, biar orang pandang tinggi, nak jaga mak ayah. Ala-ala macam drama filem lah pulak. Perfect gituuu.

Sekarang punya cerita? Keh keh keh.

Kaya tuh tak perlu sangat, standard-standard dunia sekarang lah kan? Handsome pun tak perlu, nanti orang kebas orang yang x handsome pun kena kebas jugak. Itu lain cerita, tettt. Yang paling penting pandai melukis, bijak, baik, gentle. Kuat agama itu asas lah. Tak ada semua tuh, mungkin dah boleh ucapkan selamat jalan romeo!

Kalau boleh hari lahir aku nanti, aku nak orang sediakan kek. Time aku nak tiup lilin tuh burung-burung di awan berkicauan. Seolah-olah meraikan, Boleh?

Nanti ada masa lapang, satu impian aku, nak melihat matahari terbenam di atas bukit :')

1.35 am

Sunday, April 3, 2011

ONE STEP

Asslamualaikum.

Hari ini mungkin hari yang penat aku sebab bergelak ketawa sampai orang tuh terbelahakk, ha ha ha. Serius macam tak bertamadun.

Sekarang kan aku dah macam free sikit, tunggu nak balik je. Aku dan 6 orang kawan sekelas apa lagi jalan-jalan habiskan duit. Alaa perempuan babe, gila tak shopping? Perghhh.

Pergi karok, tengok wayang, dan hampir-hampir deorang nak main boling, alhamdulillah tak jadi. Aku memang tak suka main boling pun, keh keh keh.

Macam biasa aku tibai 3 lagu. 2 lagu sheila on 7, itu haruslah kan? 1 lagi lagu westlife. Ok what? Ok dah.

Wayang pulak tiba2 aku berkobar-kobar nak tengok cerita seram, Scream of the ghost. Kononnya lah kan nak menjerit dalam panggung tuh. Alih-alih aku boleh terlena. Rugi RM10 aku, huh. Seriously, macam haram J. Selama aku hidup, itu adalah cerita paling bangang yang aku pernah tengok. Cerita seram ke cerita lucu? Nak tahu macam mana? Haaaa sila lah labur duit anda dulu. Baru boleh tahuuuu.

Sebenarnya itu bukan point sebenar yang aku nak taip.

Aku menetap di Perlis mungkin dah nak masuk 1 tahun. Belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Ia negeri kedua aku selepas Kelantan.

Dekat Perlis ini serius tak ada pun benda menarik. Aku terdengar seorang budak junior cakap
"Aku tak tahu lah macam mana aku boleh tercampak dekat sini. Bukan ada apa pun. Tension gila."
Aku bermonolog, mungkin budak ni budak KL lah kot kan?

So korang pun boleh bayang kan betapa....entah lah. Tapi yang syoknya, Perlis dekat dengan Kedah, Penang, Bukit Merah, Tambun agak best lah jugak, ye dak? Cuti hujung minggu, duit masyuk sikit terus boleh jelajah, hi hi hi.

Dalam berbahasa utara pulak, aku mungkin dah dapat anugerah kot. Setakat R yang ditukar menjadi Q tuh senang macam kacang je bro, kah kah kah.

Banyak yang aku belajar dekat negeri orang. Bergaul dengan semua orang yang berlainan negeri, slank bahasa utara, selatan, timur semua ada lah. Mau tak jadi rojak aku ni.

Jauh perjalanan, luas permandangan :)

Aku bahagia disini, wahai kenangan berlalu lah engkau seperti angin.

10.48 pm



Tuhan duga sekejap, kebahagiaan yang kau dapat, kan?

Salam.

Pembukaan dengan nada yang baik dengan senyuman meleret sampai ke telinga.

Harini aku gembira kerana semua beban yang aku tanggung selama 5 bulan semua sudah selesai secara baik. Ingat senang nak jadi senang?

Setelah bertungkus-lumus, tak tidur malam, mata sampai sembab macam kungfu panda akhirnya aku berjaya. Berjaya siapkan semua assignment, final project yang hampir-hampir membuat aku nak menginap di tanjung rambutan.

Sticky notes yang menyemakkan lagi aku punya otak kalau on je laptop telah hilang jauhh ke dalam dustbin, aku bangga :)

Aku hanya tunggu cik cuti 6hb April untuk pulang ke home sweet home. Aku dah tak larat nak tinggal dekat sini lama-lama. Tiba masa aku nak bercuti, jalan sini sana, fuhhh.

Semesta depan aku dah naik semesta 3. Sekejap saja masa berlalu :)

Viscom dan presentation storyboard bagi aku satu pengalaman baru. Buat kerja sampai lewat malam di jabatan JRV. Creadit to Muhammad Faris Amin, Muhammad Razman, Abdul Somad, Rozaini Kamal & Zuraida Abdul Kadir :) TQ guys.

1.49 am