Wednesday, August 31, 2011

DAN JANTUNG AKU.

Ok malam ini line cantik nak taip-taip.

Hari ini raya boleh tahan.


Kau tahu sebabnya?


Duit oh duit, masyuk dia agak-agak dh boleh beli hp sebijik :P

Ini pula baru pulang dari kampung halaman, jauh nun di terengganu. Ah, penat sungguh. Ye sungguh-sungguh penat -__-"

Sebentar tadi aku online FB. Ok stand for Facebook.

Sentap! errr.


Jiwa berkecamuk.


Hati aku sendiri.


Rasa bersalah dan kasihan silih berganti. Mungkin ini kerja syaitan, ciss.


Ah mustahil aku nak berlinang airmata, LAGI.


Wanita ituuuuuu........Dan lelaki ituuuuu.......


Aku minta maaf. Aku sanggup. Sanggup lepaskan kau. Tapi kau?

Aku picit-picit kepala yang tak berapa nak sakit. Cuba untuk berfikir.

Panggilan hp pula tidak diangkat. Mana kau pergi?

Jom kita bincang baik-baik.


Sayunya hati aku.. Aku dah tak boleh berfikir untuk malam ini.

Esok janji semua ini akan selesai.


1.56 pm

Monday, August 29, 2011

AIDILFITRI 2011

Harini puasa yang terakhir. Esok cik Raya nak jumpa.

Malam terakhir berbuka puasa. Malam ini bersama keluarga. Berbuka bersama-sama. Harini pula ngam-ngam birthday mama.

1 rumah dah haruk-pikuk dengan kakak, abang dan anak-anak saudara. Malam ini jangan lupa bermain bunga api dan mercun untuk memeriahkan lagi suasana hari raya.


Esok solat hari raya. Sekali dengan takbir yang dilaungkan. Kejayaan disambut setelah Ramadhan membawa diri. Sepi.


Kau rasa?


Awal sangat ke aku post entri ini? Takut pula nanti tak sempat.

Makanan mewah-mewah tak sabar aku nak jamah esok. Cik lemang, cik ketupat, cik rendang, awak memang buat saya tak keruan.

Mak ayah saya minta ampun untuk dosa tahun ini.

Tak lupa juga untuk sahabat-handai dan kaum kerabat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI LAHIR MAMA :)


4.24 pm

Sunday, August 28, 2011

ISI TERAKHIR.

Pernah kau rasa kehilangan Ramadhan 1 kerinduan?

Malam ini malam terakhir terawih. Dan aku telah sempurnakannya.

1 syawal bakal tiba tetapi bahangnya seperti tidak terasa. Aku mengetap bibir, berkerut dahi mencari jawapan yang tidak tahu puncanya.

Mana perginya cerita A.Samad Said? Ya Tuhan dimana semangatku? Hilang....Hilang dimamah kegelapan malam yang sejuk.

Terlalu puitis untuk difahami dan Kau telah memberi 1 jawapan yang tepat.

Kau tahu dunia ini dah tua?

Kau tahu tahu dunia ini bukan milik kau.

Bangkit dan harungi untuk ke zaman akhirat.

Tak mampu membuat diri sendiri tersenyum sekurang-kurangnya membuat orang lain tersenyum kerana kita.


12.00 pm

Friday, August 26, 2011

Puasa dan Raya.

Hello.

Berbaju lengan pendek berwarna kuning berbungkuskan selimut dan jari-jari menaip.

Jenguk ke tingkap yang berlindung disebalik langsir. Hujan sejuk disini tanpa henti. Sejuk hingga ke tulang hitam. Menangiskah hujan kerana bulan ramadhan akan berlalu?

Raya semakin hampir. Cukup hebat sambutannya. Ramai pula yang pulang ke kampung. Dan aku pula masih menunggu hari esok.

Berkumandang lagu-lagu raya di telinga.

Meraut muka beberapa kali dan tidak dapat mengenali perasaan apakah yang sedang hadir. Cuba tersenyum tetapi aku dapat rasa itu hanya pura-pura.

Dan cerita A.Samad Said masih memberi aku semangat. Maksudnya aku tahu ia mendalam :)

Selamat ulangtahun ke-3 Monolog Dalaman, 19 August 2008-19 August 2011.


10.40 pm

Monday, August 22, 2011

22 AUGUST 2011

Harini ada pengalaman baru. Jadi crew untuk event akak & abang senior :)

Seperti biasa tema masih lagi memegang warna kuning. Cik kuning pisang berjalan katanya engkau kepada aku, kan kawan-kawan?

Sedondon dengan Encik Faris, mamat jambu tuh tuh. Dia comel suka buat muka comel, HAHA.

Tak lupa mata melilau cari budak generasi A.Samad Said. Rasanya aku tak jumpa dia. Sedih tapi tak sampai menangis pun.

Lagu raya berkumandang dan aku teringat dekat bonda aku. Maklum lah raya dah nak dekat. Rindu bonda :')

Lagi 5 hari, sabar.





*dan sebenarnya aku tak rasa pun nak pulang raya. Oh Perlis :)


11.49 pm

Wednesday, August 17, 2011

Daim, cokelat daim tuh. Hihihi.

Asslamualaikum.

Aku mungkin mamai untuk malam ini, Blog aku dah banyak berhabuk, sekarang aku dah jumpa penyapu sekali dengan penyodok :O

Dah lama berminat, tetapi baru malam ini aku dapat baca. Bukan membaca untuk kuiz agama hari khamis ini heh.

Panjang nak cerita tetapi jari jemari yang malas nak taip. Kau rajin nak taip dan aku tolong cakap?

Aku dapat tangkap 1 blog malam ini untuk dibaca, ok sangat cool. Kau tahu? Dan aku tak rasa nk share link dia dekat sini. Nanti ada pula yang sentap.

Aku perlu belajar bahasa sastera dengan dia dengan lebih mendalam, rasanya.

Dan dan baru beberapa saat seketika aku klik butang follower dekat blog dia. Lain kali tak payah susah nak cari dia dekat merata-rata lagi :P

Alahai budak jabatan aku je pun.

3.07 am