Tuesday, February 21, 2012

KAHWIN MUDA, IBU MUDA.

Assalamualaikum

Hai cik solehah dan encik soleh :)

Dalam dunia kemajuan sekarang ramai yang mengambil keputusan untuk kahwin muda. Aku tak tahu macam mana malam ini aku rasa nak buat entri pasal kahwin muda. Aku tetibe mendapat satu ilham setelah selesai solat maghrib. Kebetulan sebelum itu aku baru aje lepas tangan dari menjaga seorang anak buah aku. Ye aku memang ada sifat keibuan.

 Menjadi seorang isteri dan ibu diusia muda memang agak mencabar. Yelah korang muda lagi berdarah manis. masih lagi berjiwa remaja, kan?

Tapi sebenarnya kahwin muda ini bagus, jauh dari maksiat jauh dari pengaruh syaitan yang lahanat. Tapi seperti janji syaitan, dia tetap akan menghasut anak Nabi Adam sampai kiamat. So, he did. Maksudnya?


Ye kahwin awal banyak faedahnya bila korang sudah bersedia tentang pancaroba rumahtangga. Tapi ada beberapa masalah yang mungkin korang hadapi bila kahwin awal. Tak semua tapi ini kebiasaan.

Korang masih belajar? 

Ye masih lagi belajar dan pelajar. Mohon jaga tingkah laku, kerana di universiti terlalu banyak dugaan. Dari situ kita baru mengenali budaya hidup, mengenali orang baru dalam hidup. Orang muda ni aku tahu sangat lah bukannya kuat iman sangat nak tolak cinta kan? See...Itu adalah salah satu dugaan paling besar.

Sebab aku ada seorang kawan, baya aku je. Disebabkan dia dah kahwin dan punya anak 2 orang yang comel maka dengan serta-merta sang suami mengeluarkan 1 tindakan iaitu, mohon berhenti belajar. Fuuu, apa ke hal sampai nak berheni belajar? Ada lagi 2 semester nak dapat diploma. Itu tindakan yang agak hmmm hmmmm stupid thing, LOL. In fact, itu mungkin jalan terbaik untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi gadis-gadis COHMEL.

 Cinta paksa & pilihan keluarga? 

Ini part yang best ni. Korang ni pengaruh drama melayu apa? Itu lah tengok lagi drama melayu tuh, HEH. Ok, bila masuk part paksa memaksa ni siapa yang nak? Nobody, right? Then persoalannya? Mahukah korang menderhaka ibu-bapa korang? You should't be like that. Tak baik tahuu? Dosa tak bau syurga.

Disebabkan kahwin muda dengan paksaan boleh menimbulkan rasa janggal diantara pasangan. Dan dari situ akan ada pelbagai masalah. Kalau sang suami adalah imam muda rasanya nak kawal sang isteri tak begitu susah, rasanya. Tai kalau sang suami yang muda masih mentah, OMG i can't imagine what the hell this marriage.

Aku prefer korang tengok drama dekat TV3 tuh. Apa dah? Vanilla Coklat kan? Cerita tu by the way ada part-part bodoh sikit tapi try fahami the moral of the story. I think it awesome kepada sesiapa yang nak kahwin awal.

Siapa yang taknak kahwin kan? Lebih-lebih lagi kahwin muda dan dapat suami yang imam muda dan bijak, kan? Itu ciri-ciri sang suami idaman aku. EHEHE.

By the way, damn awesome when you're get married early and have kids yang chomel, how sweet. So korang cepat-cepatlah kahwin. Then malam jumaat yang korang tak sabar tunggu kan? Aku tahu. Don't get me wrong.

Semoga aku dipertemukan jodoh dengan orang yang beriman untuk memiliki Jannah mu Ya Allah, insyaAllah.

10.47 pm