Friday, March 9, 2012

#2 PINTU HATI DIBUKA OLEH-NYA

Assalamualaikum.


Dulu, ye. Aku kejarkan hal dunia. Fesyen dunia, semua tentang dunia. Dan sekarang aku sedar aku tahu ia tidak bertahan lama. Aku pulang ke pangkal jalan untuk mencari keredhaanNya. Aku bersyukur masih tidak terlalu lewat untuk itu semua.

Aku masih lagi berada pada peringat perubahan pertama, dan aku yakin masih terlalu awal untuk berubah 100%. Dugaan untuk mencintai Allah adalah amat sukar. Berhadapan dengan nafsu syaitan dan segala tipu helah mereka. Tetapi dengan hati ikhlas untuk berubah insyaAllah semua pasti akan selamat.

Aku dilahirkan Islam, bertudung dan dalam keluarga yang beriman namun aku tahu aku kufur dengan Allah. Aku meninggalkan solat, aku meninggalkan Al-Quran, aku derhaka, aku mengumpat, aku mempunyai perasaan dengki, dan banyak lagi. Hati aku kufur.

Dan sekarang aku tinggalkan dunia untuk melihat ke akhirat. Aku tinggalkan perasaan cinta terhadap manusia untuk cinta Illahi. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sesungguhnya ia datang dari Allah, dan ia pergi jua kerana Allah.

Aku takut hati ini berbalik kembali kepada asal. Kerana iman ku tidak seteguh dinding untuk berdiri tegak. Namun hanya dengan doa mampu memberi aku semangat untuk terus berkekalan begini. Untuk syurga idaman.

Aku doakan hal yang sama untuk keluarga ku, rakan-rakan ku dan sanak saudara ku. Semoga Allah memimpin kita ke arah yang benar senantiasa, insya Allah.


8.21 pm 

Tuesday, March 6, 2012

PINTU HATI DIBUKA OLEH-NYA.


Assalamualikum.

Setiap manusia pasti akan berubah antara lambat atau cepat. So now i did it.

Nak berubah bukan mudah, untuk tinggalkan segala keburukan sekaligus akan menjadikan diri korang sebagai strangers. Ahh pedulikan cakap-cakap orang yang tidak tahu erti sebuah perubahan korang ke arah yang lebih baik.

Aku sangat mengerti para remaja yang masih mahu kebebasan. You know REMAJA macam mana? Mahu mencuba sesuatu yang baru dan masih mencari indentitinya. Sama seperti aku. But now i was found it.

Dan ada rakan-rakan aku yang mengatakan aku ni "copycats" and no have own attitude. Yes i am. Bacause we're young, we're teenagers right? Ingin sesuatu yang baru dalam hidup. Ingat mencuba segalanya.

But now i'm changed. I was found my own indentity. And God willing it will be sustained. Itu doa ku.

Banyak halangan untuk berubah. Orang sekeliling. And alhamdulillah my family always be my side. Ramai yang cakap "oh you're look like a "mother" not a teenager" sebab aku berpakaian labuh, longgar dan sebagainya. So who's care? LOL. Ye dulu dunia yang aku kejar, tapi kita sebenarnya sudah dekat dengan hari kematian yang entah bila datang menjemput.

I just wanna be a good muslim, insyaAllah. Banyak sumber-sumber yang memberikan aku inspirasi kepada aku. And aku amat berterima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dengan seorang perempuan hamba Mu yang telah membuka pintu hatiku untuk menjadi wanita yang lebih baik. Biarlah dia menjadi idola ku. Dan juga Mr.K yang banyak memberi panduan dalam hidup. Cukuplah hanya menjadi "silent readers" beliau sahaja.

Aku tidak tahu mengapa aku bisa mengalirkan airmata ketika melihat perempuan ni yang menjadi idola ku. Mungkin hanya Tuhan saja yang tahu. Disini aku tidak bisa meluahkan dengan kata-kata, yang pasti bila Allah telah kurniakannya hidayah maka ia akan rasa kelainannya, insyaAllah. 

Bukan aku tidak baik. Cuma aku mahu menjadi lebih baik. Semoga ramai orang menyokong ku dari belakang.

Dan aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali aku selama perkenalan kita. Hanya Tuhan yang mampu membalas semuanya. InsyaAllah jannah untuk dimiliki oleh insan yang beriman.


2.31 pm