Friday, March 9, 2012

#2 PINTU HATI DIBUKA OLEH-NYA

Assalamualaikum.


Dulu, ye. Aku kejarkan hal dunia. Fesyen dunia, semua tentang dunia. Dan sekarang aku sedar aku tahu ia tidak bertahan lama. Aku pulang ke pangkal jalan untuk mencari keredhaanNya. Aku bersyukur masih tidak terlalu lewat untuk itu semua.

Aku masih lagi berada pada peringat perubahan pertama, dan aku yakin masih terlalu awal untuk berubah 100%. Dugaan untuk mencintai Allah adalah amat sukar. Berhadapan dengan nafsu syaitan dan segala tipu helah mereka. Tetapi dengan hati ikhlas untuk berubah insyaAllah semua pasti akan selamat.

Aku dilahirkan Islam, bertudung dan dalam keluarga yang beriman namun aku tahu aku kufur dengan Allah. Aku meninggalkan solat, aku meninggalkan Al-Quran, aku derhaka, aku mengumpat, aku mempunyai perasaan dengki, dan banyak lagi. Hati aku kufur.

Dan sekarang aku tinggalkan dunia untuk melihat ke akhirat. Aku tinggalkan perasaan cinta terhadap manusia untuk cinta Illahi. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sesungguhnya ia datang dari Allah, dan ia pergi jua kerana Allah.

Aku takut hati ini berbalik kembali kepada asal. Kerana iman ku tidak seteguh dinding untuk berdiri tegak. Namun hanya dengan doa mampu memberi aku semangat untuk terus berkekalan begini. Untuk syurga idaman.

Aku doakan hal yang sama untuk keluarga ku, rakan-rakan ku dan sanak saudara ku. Semoga Allah memimpin kita ke arah yang benar senantiasa, insya Allah.


8.21 pm 

Tuesday, March 6, 2012

PINTU HATI DIBUKA OLEH-NYA.


Assalamualikum.

Setiap manusia pasti akan berubah antara lambat atau cepat. So now i did it.

Nak berubah bukan mudah, untuk tinggalkan segala keburukan sekaligus akan menjadikan diri korang sebagai strangers. Ahh pedulikan cakap-cakap orang yang tidak tahu erti sebuah perubahan korang ke arah yang lebih baik.

Aku sangat mengerti para remaja yang masih mahu kebebasan. You know REMAJA macam mana? Mahu mencuba sesuatu yang baru dan masih mencari indentitinya. Sama seperti aku. But now i was found it.

Dan ada rakan-rakan aku yang mengatakan aku ni "copycats" and no have own attitude. Yes i am. Bacause we're young, we're teenagers right? Ingin sesuatu yang baru dalam hidup. Ingat mencuba segalanya.

But now i'm changed. I was found my own indentity. And God willing it will be sustained. Itu doa ku.

Banyak halangan untuk berubah. Orang sekeliling. And alhamdulillah my family always be my side. Ramai yang cakap "oh you're look like a "mother" not a teenager" sebab aku berpakaian labuh, longgar dan sebagainya. So who's care? LOL. Ye dulu dunia yang aku kejar, tapi kita sebenarnya sudah dekat dengan hari kematian yang entah bila datang menjemput.

I just wanna be a good muslim, insyaAllah. Banyak sumber-sumber yang memberikan aku inspirasi kepada aku. And aku amat berterima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dengan seorang perempuan hamba Mu yang telah membuka pintu hatiku untuk menjadi wanita yang lebih baik. Biarlah dia menjadi idola ku. Dan juga Mr.K yang banyak memberi panduan dalam hidup. Cukuplah hanya menjadi "silent readers" beliau sahaja.

Aku tidak tahu mengapa aku bisa mengalirkan airmata ketika melihat perempuan ni yang menjadi idola ku. Mungkin hanya Tuhan saja yang tahu. Disini aku tidak bisa meluahkan dengan kata-kata, yang pasti bila Allah telah kurniakannya hidayah maka ia akan rasa kelainannya, insyaAllah. 

Bukan aku tidak baik. Cuma aku mahu menjadi lebih baik. Semoga ramai orang menyokong ku dari belakang.

Dan aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali aku selama perkenalan kita. Hanya Tuhan yang mampu membalas semuanya. InsyaAllah jannah untuk dimiliki oleh insan yang beriman.


2.31 pm 

Tuesday, February 21, 2012

KAHWIN MUDA, IBU MUDA.

Assalamualaikum

Hai cik solehah dan encik soleh :)

Dalam dunia kemajuan sekarang ramai yang mengambil keputusan untuk kahwin muda. Aku tak tahu macam mana malam ini aku rasa nak buat entri pasal kahwin muda. Aku tetibe mendapat satu ilham setelah selesai solat maghrib. Kebetulan sebelum itu aku baru aje lepas tangan dari menjaga seorang anak buah aku. Ye aku memang ada sifat keibuan.

 Menjadi seorang isteri dan ibu diusia muda memang agak mencabar. Yelah korang muda lagi berdarah manis. masih lagi berjiwa remaja, kan?

Tapi sebenarnya kahwin muda ini bagus, jauh dari maksiat jauh dari pengaruh syaitan yang lahanat. Tapi seperti janji syaitan, dia tetap akan menghasut anak Nabi Adam sampai kiamat. So, he did. Maksudnya?


Ye kahwin awal banyak faedahnya bila korang sudah bersedia tentang pancaroba rumahtangga. Tapi ada beberapa masalah yang mungkin korang hadapi bila kahwin awal. Tak semua tapi ini kebiasaan.

Korang masih belajar? 

Ye masih lagi belajar dan pelajar. Mohon jaga tingkah laku, kerana di universiti terlalu banyak dugaan. Dari situ kita baru mengenali budaya hidup, mengenali orang baru dalam hidup. Orang muda ni aku tahu sangat lah bukannya kuat iman sangat nak tolak cinta kan? See...Itu adalah salah satu dugaan paling besar.

Sebab aku ada seorang kawan, baya aku je. Disebabkan dia dah kahwin dan punya anak 2 orang yang comel maka dengan serta-merta sang suami mengeluarkan 1 tindakan iaitu, mohon berhenti belajar. Fuuu, apa ke hal sampai nak berheni belajar? Ada lagi 2 semester nak dapat diploma. Itu tindakan yang agak hmmm hmmmm stupid thing, LOL. In fact, itu mungkin jalan terbaik untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi gadis-gadis COHMEL.

 Cinta paksa & pilihan keluarga? 

Ini part yang best ni. Korang ni pengaruh drama melayu apa? Itu lah tengok lagi drama melayu tuh, HEH. Ok, bila masuk part paksa memaksa ni siapa yang nak? Nobody, right? Then persoalannya? Mahukah korang menderhaka ibu-bapa korang? You should't be like that. Tak baik tahuu? Dosa tak bau syurga.

Disebabkan kahwin muda dengan paksaan boleh menimbulkan rasa janggal diantara pasangan. Dan dari situ akan ada pelbagai masalah. Kalau sang suami adalah imam muda rasanya nak kawal sang isteri tak begitu susah, rasanya. Tai kalau sang suami yang muda masih mentah, OMG i can't imagine what the hell this marriage.

Aku prefer korang tengok drama dekat TV3 tuh. Apa dah? Vanilla Coklat kan? Cerita tu by the way ada part-part bodoh sikit tapi try fahami the moral of the story. I think it awesome kepada sesiapa yang nak kahwin awal.

Siapa yang taknak kahwin kan? Lebih-lebih lagi kahwin muda dan dapat suami yang imam muda dan bijak, kan? Itu ciri-ciri sang suami idaman aku. EHEHE.

By the way, damn awesome when you're get married early and have kids yang chomel, how sweet. So korang cepat-cepatlah kahwin. Then malam jumaat yang korang tak sabar tunggu kan? Aku tahu. Don't get me wrong.

Semoga aku dipertemukan jodoh dengan orang yang beriman untuk memiliki Jannah mu Ya Allah, insyaAllah.

10.47 pm 

Friday, January 27, 2012

SHOPPING TIME

Assalamualaikum.

Ini aku nak share untuk korang yang gila online shopping.

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! 

&



Korang tahu tak OMG IT'S US & HAFDYAA HIJAB ni apa? Ini adalah tempat korang untuk membeli-belah di alam maya. Korang jangan risau shop ini selamat dan boleh dipercayai. Barang deorang amat berpatutan. Nak aku preview barang-barang dia yang awesome? JUST CHECK IT OUT!  

This is OMG IT'S US items. Who's a women? Pick up yor hands. It's your time! Let's shopping.



Nak tengok lagi jelas klik gambar tersebut.









Eh eh ada lagi.

This is HAFDYAA HIJAB items. Sesuai untuk wanita muslim. 

  








Wohooo! It's awesome right? Visit and buy this items.

Just click OMG IT'S US or HAFDYAA HIJAB

Happy shopping my readers.

9.04 pm 

CRUSH CRUSH CRUSH

Assalamualaikum.


Tuhan tolong lembutkan hati diaaaa...........


Sebenarnya i don't know why lagu adira + hafiz selalu ternging2 di minda ni.


Walaupun mood kali ini tidak lah sesedih mana pun. Tapi yang aku tahu, aku rasa good feeling bila aku on blog. Why uh?


Btw, dengan rasa segan dan tebal muka aku cerita jugak dekat sini. Aku baru saja beberapa minit texting my EX crush. OMG! Nadia ada crush? I don't know it before? Bila lagi? Heyy everybody, tak semua cerita peribadi i kena bagitauu, haha. Then crush i tuh dah lama dah sejak sekolah dulu-dulu.


That's why korang ada nampak aku ni have a boyfriend before? Of course not, right? Sebab? Sebab aku baik, tak main cinta masa dekat politeknik. Oh so sweet nadia. 


 Korang ada crush atau tidak?


 Aku berani cakap all of you mesti pernah ada crush tak kurang dari 1 orang, kan? Haha. Don't be shy shy. Mengaku jelah kan? Everybody have too darling.




 Do you still waiting for him?


Ok, kalau crush korang tuh dah ada awek lain, for what korang nak tunggu dia? Move on, belambak lelaki dekat luar sana yang handsome, imam muda lagi. Tapi kalau crush korang tuh baik, it's up to you nak tunggu ke tidak. Kalau aku, aku tunggu.


How to forget about your crush?


Macam biasa, korang sibukkan saja diri korang dengan pelbagai aktiviti. Aku rasa budak study lagi senang nak lupakan crush sebab deorang sibuk dengan assignment, kawan-kawan deorang and paling best boleh pergi merata tempat without permission your parents and use the ptptn money right? Haha. Ok i talk too much.


Crush ni bukan sesiapa pun dalam hidup korang. Just a penyibuk yang menghancurkan hidup korang and paling tepat a bullshit. So forget them and move on. I know it's not easy, but you have too. Semoga korang berjaya ok.


But i still missing him, ALWAYS. Do you?


Last mesej aku dekat crush 1 hour ago: Ada 1 cita-cita saya iaitu berkahwin dengan awak dan have kids, a baby boy. Can i? And i waiting for you until you can accept who i am.


Adakah aku bodoh menghantar mesej tersebut? Oh shut up! I know what you'll wanna say to me Y_Y I'm so regretted! 




5.55 pm

Wednesday, January 25, 2012

WANG DAN BOUCER

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Banyak plan terbantut sehari dua ni. Why uh? Hmmm.

Masa raya cina haritu aku ada dapat cuti 2 hari. Isnin dan Selasa. Bagi aku dah syukur sangat dah tuh dapat cuti. Boleh berehat walaupun aku rasa annoying gila bila aku off ada orang ganggu. Urusan kerja nanti masuk office baru lah boleh nak buat design kan?

Baru berangan nak enjoy tapi terpaksa lah ikut my mum balik kampung. Do you know? Balik kampung it's so damn bored. Oh man bukan ada sesiapa pun dekat sana. My cousin pun tak ada. So? Memang boring GILA.

Kalau lah boucer yang PM bagi untuk budak-budak IPTA sudah sampai ke tangan aku pasti! Ye pasti aku akan serbu kedai-kedai buku. Orang tanya aku, kalau dapat boucer rm200 tuh nak beli apa? Korang? Sudah tentu pilihan pertama dalam kepala korang adalah NOVEL. Am i right my honey bunny? See? Aku ni bijak sebenarnya.

Itu korang lah kan. Tapi aku tak. Dan jawapan aku adalah .......... Aku nak beli kamus BESTA. Mahal ke tak eh? Aku rasa paling murah pun ada dalam rm300. Mahal gak tuuuuuu.

Malang betul lah semester aku ni tengah praktikal. Nak tunggu pihak IPTA pos pos pulak. Susah!

Banyaknya sebenarnya barang yang aku nak beli time cuti haritu. Nak beli mouse aku yang hampir rosak tuh, beg galas laptop lagi, pendrive lagi. Oh my plan please be nice to me on this Friday baby Y_Y

Tapi sekali lagi malang, semua barang aku tuh kena guna duit dan bukan boucer. Itu memang tak kool ye.

8.28 pm

Monday, January 23, 2012

LOL.

Assalamualaikum.

Apa khabar girls and boys sekalian?

Nak tanya korang 1 perkara.


Korang tahu tak aku sekarang sedang buat apa? Biar aku yang jawap sendiri. Aku sedang menjalani praktikal di ...... Haaaa, sudah tentu korang tak tahu kn? Sebab? Sebab bila masa pulak aku bagitahu korang tak kira didalam blog, FB or Twitter. Right honey?


Yes, aku memang sedang berhadapan dengan semester 4. Semester untuk ber-praktikal. Ohh umpama aku benar-benar sedang bekerja dibawah naungan orang lain. It's totally bullshit? Yeah, you're right. Korang tahu kenapa aku bilang sebegitu rupa? Sebab aku memang TAK ADA cuti. Gila susah nak dapat cuti Y_Y

Tapi tapi tapi........Ada tapi. Bila fikir-fikir balik tak baik pulak tiada rasa kesyukuran langsung kan? Dan sebernaya maksud aku adalah.....

Akhirnya aku dapat jugak cuti. Tak lama tapi boleh tahan jugak 2 hari untuk Chinese New Year ni. Aku bukan ada agenda lain kalau dapat cuti. Siapa yang kenal aku dekat sini? Betul-betul kenal? Awak? Yeahh, baguslah awak ni betul-betul kenal saya. Aku memang nak habiskan masa untuk tidurrr je.

Korang tahu tak? Tidur memang penting untuk tumbuhsaran otak-otak kita. That's why orang melayu ramai yang bijak-bijak. See??

Dan aku sangat lah sibuk walaupun aku rasa 24hours aku lepak depan laptop baru ni. Opss adakah aku terlepas berkata-kata tentang laptop baru aku ni? Hihi.

Or korang mesti berfikir yang praktikal ni best? Oh shit shit shit. LAGI, korang mesti fikir kalau praktikal boleh praktikal dekat negeri korang, rumah dekat, makan mak korang masak, RIGHT? It's not like what you think. HELL! Tapi kalau korang rasa best, best lah. Mungkin tempat korang best dan tempat aku tak T_T


Aku berharap semoga masa cepat-cepat bergerak untuk aku menamatkan praktikal aku ni. Oh Tuhan aku tak sanggup lagiiii.

Mungkin aku dah rindu budak-budak poli aku.

12.46 pm

Sunday, January 22, 2012

PENAMBAH REZEKI

assalamualaikum.

Hai gadis hai abang-abang tough :D

Kalau korang nak tahu memang ini ada entri pertama untuk tahun 2012 ni. Bukan dah tak sudi nak buat entri baru, cerita-cerita baru cuma ada yang tak dapat diulas dan rasanya perlu diambil masa. Ah sudah korang bukan nak tahu benda-benda remeh temeh ni, hihi.

Haa tengok tengok tajuk diatas. Oh korang mesti tengah mencari duit kan? Atau korang tengah terdesak duit? Rezeki ada dimana-mana cuma perlu dicari dan sedikit berusaha.

Ingat ada ke duit jatuh dari langit macam mimpi korang yang tak sampai ke bintang tuh? Opsss.

Sini aku nak share-share sikit cara penambahan rezeki untuk korang.

Walaupun tak seberapa tapi rasanya kalau korang yang baru 18 tahun nak kawin umur 37 tahun rasanya dah cukup untuk buat duit hantaran, haha. Try this!

Adakah anda tahu kewujudan NUFFNANG? Aku dah lama tahu cuma baru jugak buat benda ni. Eh eh jangan korang fikir aku macam2 like terdesak, banyak hutang, dan kawin or apa2 aja. Ini cuma penambahan pendapatan saja.

Aku tadelah kedekut sangat nak share-share ni, hihi.


Ini caranya:

Korang search dekat web yang tertera ni:


http://www.nuffnang.com.my/

*Nak large kan gambar sila click satu per satu ye :)


Then, korang ada nampak tak print screen dekat atas ni? Nampak? Ye bagus kawan-kawan. Bila korang dah masuk laman web nuffnang korang akan jumpa screen depan dia macam dekat atas ni.




Nampak lagi tak yang aku bulat warna merah tuh? Korang perlu SIGN UP dulu ye.



Ada lagi yang aku bulat warna merah tuh. Itu korang kena klik, WAJIB! If korang adalah seorang blogger, just click "blogger". If korang adalah advertiser, just click "advertiser". Get it kawan-kawan?



Ini adalah registeration yangperlu korang buat. *Jangan buat nama, alamat, numb handphone olok2 pulak. Perlu maklumat yang benar dan tepat sahaja.





Nampak lagi sekali merah yang aku bulat tuh? Itu korang perlu tanda "right" semua terma. Dan jangan lupa Please enter the word shown in the image.
Then baru lah click button sign me up!





And then korang perlu click icon buku+pensel tuh iaitu blog manager. Click aja dulu.





Lepas korang clik je blog manager tuh dia akan keluar screen macam yang diatas. PERHATIAN: Bulat merah aku yang cute tuh korang kena ambil take note ye.
BLOG NAMA: Korang letak nama blog korang dekat situ.
BLOG URL: Korang letak url blog korang ye.
LANGUAGE: Korang boleh pilih bahasa yang korang suka. Kalau dah tak pandai english asyik google je, baiklah pick up bahasa melayu.
ADD NEW BLOG: Lepas korang dah isi semua korang perlu tekan button tersebut ok.


*Opss aku lupa nak bulat merah yang satu lagi tu iaitu:

After adding your blog, go to http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads to get your blog codes!

Korang perlu tekan warna hijau lepas korang tekan ADD NEW BLOG tuh.





Ini satu lagi korang perlu click iaitu ADD ads. Click dulu ye.







Tadaaaaa. Ini adalah langkah yang terakhir. Suka tak? Hehe. Korang perlu copy benda dekat atas ni then paste dekat edit design blog bahgian sidebar. Fahm tak kawan kawan? Tak faham pun korang fahamkanlah ye.


Yang terakhir, lepas korang dah buat step-step diatas korang perlulah verify dulu email and password korang baru lah boleh sign in. DAPAT? Ok good :)

Sesudah itu RM1 menjadi milik andaaa. Semoga berjaya dan dimurahkan rezeki semua.

Alang-alang buat blog, buat duit sekali.

2.42 PM

Friday, September 2, 2011

LIHAT, DENGAR DAN RASAKAN.

Tuhan jadikan kau cukup sempurna.

Tuhan jadikan kau cukup sifatnya.

Kau dapat apa yang orang lain tak yang dapat.

Bertuahnya engkau. Sedikit senyum aku berikan :)

Tapi aku?

Gundah-gulana kau tinggalkan untuk aku. Tiada siapa pun tahu. Dan aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan rindu.


Mengeluh -__-"


Terima kasih untuk semuanya.


Politeknik menunggu aku Isnin 5 August. *Mendenguss!


8.59 pm

Wednesday, August 31, 2011

DAN JANTUNG AKU.

Ok malam ini line cantik nak taip-taip.

Hari ini raya boleh tahan.


Kau tahu sebabnya?


Duit oh duit, masyuk dia agak-agak dh boleh beli hp sebijik :P

Ini pula baru pulang dari kampung halaman, jauh nun di terengganu. Ah, penat sungguh. Ye sungguh-sungguh penat -__-"

Sebentar tadi aku online FB. Ok stand for Facebook.

Sentap! errr.


Jiwa berkecamuk.


Hati aku sendiri.


Rasa bersalah dan kasihan silih berganti. Mungkin ini kerja syaitan, ciss.


Ah mustahil aku nak berlinang airmata, LAGI.


Wanita ituuuuuu........Dan lelaki ituuuuu.......


Aku minta maaf. Aku sanggup. Sanggup lepaskan kau. Tapi kau?

Aku picit-picit kepala yang tak berapa nak sakit. Cuba untuk berfikir.

Panggilan hp pula tidak diangkat. Mana kau pergi?

Jom kita bincang baik-baik.


Sayunya hati aku.. Aku dah tak boleh berfikir untuk malam ini.

Esok janji semua ini akan selesai.


1.56 pm

Monday, August 29, 2011

AIDILFITRI 2011

Harini puasa yang terakhir. Esok cik Raya nak jumpa.

Malam terakhir berbuka puasa. Malam ini bersama keluarga. Berbuka bersama-sama. Harini pula ngam-ngam birthday mama.

1 rumah dah haruk-pikuk dengan kakak, abang dan anak-anak saudara. Malam ini jangan lupa bermain bunga api dan mercun untuk memeriahkan lagi suasana hari raya.


Esok solat hari raya. Sekali dengan takbir yang dilaungkan. Kejayaan disambut setelah Ramadhan membawa diri. Sepi.


Kau rasa?


Awal sangat ke aku post entri ini? Takut pula nanti tak sempat.

Makanan mewah-mewah tak sabar aku nak jamah esok. Cik lemang, cik ketupat, cik rendang, awak memang buat saya tak keruan.

Mak ayah saya minta ampun untuk dosa tahun ini.

Tak lupa juga untuk sahabat-handai dan kaum kerabat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI LAHIR MAMA :)


4.24 pm

Sunday, August 28, 2011

ISI TERAKHIR.

Pernah kau rasa kehilangan Ramadhan 1 kerinduan?

Malam ini malam terakhir terawih. Dan aku telah sempurnakannya.

1 syawal bakal tiba tetapi bahangnya seperti tidak terasa. Aku mengetap bibir, berkerut dahi mencari jawapan yang tidak tahu puncanya.

Mana perginya cerita A.Samad Said? Ya Tuhan dimana semangatku? Hilang....Hilang dimamah kegelapan malam yang sejuk.

Terlalu puitis untuk difahami dan Kau telah memberi 1 jawapan yang tepat.

Kau tahu dunia ini dah tua?

Kau tahu tahu dunia ini bukan milik kau.

Bangkit dan harungi untuk ke zaman akhirat.

Tak mampu membuat diri sendiri tersenyum sekurang-kurangnya membuat orang lain tersenyum kerana kita.


12.00 pm

Friday, August 26, 2011

Puasa dan Raya.

Hello.

Berbaju lengan pendek berwarna kuning berbungkuskan selimut dan jari-jari menaip.

Jenguk ke tingkap yang berlindung disebalik langsir. Hujan sejuk disini tanpa henti. Sejuk hingga ke tulang hitam. Menangiskah hujan kerana bulan ramadhan akan berlalu?

Raya semakin hampir. Cukup hebat sambutannya. Ramai pula yang pulang ke kampung. Dan aku pula masih menunggu hari esok.

Berkumandang lagu-lagu raya di telinga.

Meraut muka beberapa kali dan tidak dapat mengenali perasaan apakah yang sedang hadir. Cuba tersenyum tetapi aku dapat rasa itu hanya pura-pura.

Dan cerita A.Samad Said masih memberi aku semangat. Maksudnya aku tahu ia mendalam :)

Selamat ulangtahun ke-3 Monolog Dalaman, 19 August 2008-19 August 2011.


10.40 pm

Monday, August 22, 2011

22 AUGUST 2011

Harini ada pengalaman baru. Jadi crew untuk event akak & abang senior :)

Seperti biasa tema masih lagi memegang warna kuning. Cik kuning pisang berjalan katanya engkau kepada aku, kan kawan-kawan?

Sedondon dengan Encik Faris, mamat jambu tuh tuh. Dia comel suka buat muka comel, HAHA.

Tak lupa mata melilau cari budak generasi A.Samad Said. Rasanya aku tak jumpa dia. Sedih tapi tak sampai menangis pun.

Lagu raya berkumandang dan aku teringat dekat bonda aku. Maklum lah raya dah nak dekat. Rindu bonda :')

Lagi 5 hari, sabar.





*dan sebenarnya aku tak rasa pun nak pulang raya. Oh Perlis :)


11.49 pm

Wednesday, August 17, 2011

Daim, cokelat daim tuh. Hihihi.

Asslamualaikum.

Aku mungkin mamai untuk malam ini, Blog aku dah banyak berhabuk, sekarang aku dah jumpa penyapu sekali dengan penyodok :O

Dah lama berminat, tetapi baru malam ini aku dapat baca. Bukan membaca untuk kuiz agama hari khamis ini heh.

Panjang nak cerita tetapi jari jemari yang malas nak taip. Kau rajin nak taip dan aku tolong cakap?

Aku dapat tangkap 1 blog malam ini untuk dibaca, ok sangat cool. Kau tahu? Dan aku tak rasa nk share link dia dekat sini. Nanti ada pula yang sentap.

Aku perlu belajar bahasa sastera dengan dia dengan lebih mendalam, rasanya.

Dan dan baru beberapa saat seketika aku klik butang follower dekat blog dia. Lain kali tak payah susah nak cari dia dekat merata-rata lagi :P

Alahai budak jabatan aku je pun.

3.07 am

Thursday, June 9, 2011

KARANGKRAF

Assalamualaikum :')

Hari ini kerja seperti biasa pukul 9pagi-4.30ptg. Tak lama tak guna sekejap :) Penat pun tak juga, tapi mungkin bosan sikit kerja sorang-sorang :) Cuti semesta 3bulan tak tahu nak buat apa baik cari duit, boleh shopping. Boleh beli kasut, baju & handbag =..=" *bahgianya dapat guna duit sendiri :')

Pagi tadi mimpi apa mydad datang dekat tempat aku bekerja, tinggalkan suratkhabar. Mungkin nak hilangkan bosan aku. Ada juga bahan yang nak baca, boleh tahan mengantuk :D Tapi akhirnya terlelap jugak, hihi.

Belek dari pipi ke pipi.

Dan aku terbaca 1 pertandingan menulis cerpen. Tak ada lah berminat sangat, tapi rasa hati mahu mencuba :) Pemenang bertuah mendapat 1ribu ringgit. Bukan duit yang aku kejarkan tapi ada bahagian yang menarik minat aku :) *Cerpen si pemenang akan diterbitkan dalam mana-mana majalah keluaran karangkraf.

Aku bukan ada bakat menulis cerpen mahupun novel. Tapi mungkin aku mahu mencuba :) Tarikh tutup penyertaan 31Julai. Banyak masa lagi boleh perkembangkan idea. Peluang depan mata, hanya aku yang mampu membuat pilihan :')

I'Allah rezeki ada dimana-mana <3

6.26pm


Monday, May 30, 2011

HARI ISNIN

Salam :')

Aku mengkin terharu mendapat sokongan daripada kawan-kawan supaya aku teruskan berblogging. Aku bukan tiada masa, cume kerajinan itu yang kurang.

30 Mac 2011 cukup 2 tahun aku meninggalkan semua kenangan aku. Dan sekarang aku dapat merasai kebahagiaan yang aku cari. Bukan sahaja didunia malah juga diakhirat :')

Terima kasih kepada Tuhan, keluarga, kawan-kawan & encik saiful bahri. Kerana kamu semua lah saya masih utuh bertahan <3

Ini sahaja saya mampu untuk menaip, jumpa lagi :')


5.46pm


Tuesday, April 12, 2011

COMING UP NEXT :)

Asslamualaikum.

Dolu dolu time busy ada jugak masa yang dicuri buat entry baru. Sekarang dah balik rumah tak ada pulak buat entry baru, pelik pelik. Padhal sekarang lagi banyak masa free daripada dolu.

Korang tak faham. Balik rumah time for family & friends lah pulak. Tapi masih lagi sayang dekat Monolog Dalaman ni. Cume hold kejap je, bagi aku enjoy puas puas dulu. Lagipun sekarang tak ada mood nak menaip lagi tapi jangan risau cerita banyak sangat nak diluahkan :) *sekarang kan fokus tido je, hihihi.

Ok lah cauuu dulu. Ada masa ada lah entry baruuuu.

Goodbye, have a great holidays & study for final exam yaww :-*

1.43 pm

Friday, April 8, 2011

FINAL PROJECT SEMESTA 2

Ini ada lah cebisan final project yang aku buat sampai tak tidur malam. Yang sibuk memanjang sampaikan celik mata menghadap benda ni je.

Nampak simple, senang. Tapi banyak steps. Eleh buat benda ni pun tension jugak ke? Kiteorang yang ada kira-kira, baca buku 300 helai pipi x kecoh-kecoh pun.

Terlalu banyak melukis, terlalu banyak idea yang perlu diperah, terlalu banyak kreativiti yang perlu digunakan.

Ok depends lah nak cakap apa, korang tak buat korang tak tahu. Kesempurnaan & kekemasan itu penting :)




Ini final untuk Digital illustration. *Cover depan untuk packging dan poskad sekali.

Ini bahagian belakang poskad.

Ini packaging yang sudah siap. Pandai-pandai lah fikir macam mana nak gabungnya :)


Ini final project untuk Digital Imaging. Ini ialah bahagian belakang untuk bisness card.


Ini pula bahagian depan untuk bisness card. * Hah, bergabung dengan yang atas.

Ini pula sampul surat depan.


Ini pula kepala surat/letterhead.


Ini memo. Siap dengan signature lagi. Gabungan aku dengan rowzy :)


Ini final project untuk storyboard. Ini karekter dalam storyboard yang kami lukis, warna. Sangat mengambil masa. Gambar ni je yang aku boleh upload. Banyak sangat scene-scene dia, aku x sempat nak snap lagi. soon soon ye?

Sebenarnya ada 2 lagi final project yang aku tak upload. Subject typograpy & principles of animation. Yang typograpy aku lupa nak snap haritu then yang principles of animation final project dia adalah di dalam video. Tak dapat nak upload.

Diberi masa sebulan untuk siapkan 5 final project, tak termasuk dengan asgmnt apa semua tuh. Do you know how rushing i am? Ok takpe benda dah settle, pretty cool yaww, he he he.

Thanks to Rowzy, Zuraida, Fiska Yenita, Razman, Faris & Somad :)

11.44 am

HOMESWEETHOME

Ok akhirnya sampai juga aku di rumah, homesweethome.

Jap aku nak teriak HEY DUNIA AKU DAH PULANG KE RUMAH!!! Dah nama pun monolog dalaman, aku teriak pun bukan dengar pun, baca sudahhh. Teriak dalam hati :)

5 bulan brader gua tak balik rumah. Pergi kelas, balik buat asgmnt/tidur, makan pulak nasik lauk ayam kuah pedas setiap hari. Muka aku dah macam ayam dah kot.

Cuti 3 bulan, asgmnt dah tak payah nak fikir. Sekarang fokus qada' tidur ja. Cemburu tak? Keh keh keh.

Itu untungnya kalau tak ada final exam. Pebarang baca-baca buku ini? Masa zaman sekolah dolu-dolu boleh lah. Sejarah sampai bab 12 then panjang dia x payah duk habaq lah.

Cukup lah dengan hanya melukis, ada pemikiran kreatif, imaginasi tinggi dalam bidang aku. Senang? Ok cuba try test nak tengok.

Ok sudah lah.

Member-member lama sape kenal aku, jom lepak minum, jalan-jalan same-same. Free ni babe free ni. Kang sibuk kata sombong pulekk :P

Kawan-kawan DDS2A & DDS2B, jaga diri hiasi peribadi. Jumpa lagi di semesta depan, i'Allah :')

Semesta 2 tamat disini. Byebye Perlis, selamat datang Kota Bharu :)

8.30 am