Hye para pembaca sekalian :D
Malam nih macam rajin pulak nak menaip, idea tade lah banyak sangat nak hurai, tapi boleh lah sikit sikit, KAHKAH. Tido tak lena, guling sana guling sini, rambut kusai masai, muka macam seposen, bosan sungguh. akhir kata, gosok2 mata ngadap benda nih enjoyyyy! Aku menjelajah habis benda2 yang ada dalam internet nih, bapakkk aku bosan. Click punya click TERsinggah kat page minah nih, perghh macam mengata aku jea, KAHKAH aku terasa wehh! Betul lah pepatah bagitau, siapa yang makan kacang dialah yang kentut busuk, betul ke tidak aku nih? lantaklah. Yelah aku tahu aku kacau boipren orang, tapi bukan aku yang kacau dulu, dia yang text aku & call aku apa tuh semua, aku just melayan jea. Berdosakah aku? Tuhlah, ambik yang orang dulu siapa suruh, gedik lah lu! Aku kawan jea ngan boipren ko yang kachaks tuh, errr, bukan ada pape pun. Bajet bagus, perasan jea lebih. Tapi kan aku takut jugak kena seranggg hendap nanti, KAHKAH. Dah dah, tanak pikir pasal kau, buat nyemak kepala hutak aku jea. Then aku dah tutup page kau, taknak tgk dah, sakit hati!
HARI KEKASIH; Berdosa tahu kalau korang sambut benda tuh, aku cakap cmnie sbb aku tade boifren, aku dengki tahu? KAHKAHKAH. Sukahati korang lah nak sambut ke tak, grrr.
12.30 a.m
Tidak pernah surut resah ini setiap kali mengenang dikau. Kerana sebuah kisah ini berhujung nestapa. Kisah kau hadir menyentuh kehidupanku. Meninggalkan bekam dihati paling aneh pernah aku rasakan.
Selama mana pun aku menunggu, empat purnama sudah berlalu, beginilah seadanya. Namun aku kekal bahagia kerana mencintaimu lebih daripada aku mencintai diri ku sendiri. Setulusnya aku sayang kau!
Bagaimana aku bisa tegarkan diri masih peduli mengenainya biar menitis airmata kala kau tidak endah dan aku masih setia ketika kau mulai mencintai insan lain dan aku gagah tersenyum melihat kau berdua sambil mendoakan kebahgiaanmu.
Sepanjang empat purnama ini berkali-kali kau jatuh cinta. Berkali-kali kau menemukan cinta dan kehilangannya. Namun tiada satu pun kau beri untuk aku. Engkau enggan membuka jalannya kerana perasaan cinta untukku tiada dalam hatimu.
Bagaimana aku mampu bertahan? Kerana itulah aku! Biar mereka mahu aku berhenti mencintaimu dan melepaskan mu saja, aku tidak mampu membuang ingatan ini. Kalaupun aku tidak layak menunggumu, aku masih mahu menyimpan perasaan ini.
Memang jatuh cinta itu aneh. Sesungguhnya ada masa-masa sukar untuk kita lepaskan sesuatu yang indah. Kau adalah kejadian paling indah berlaku dalam hidupku. Sehingga tidak ingin lagi aku melepaskan mu.
Memang ada sebuah pertemuan. Memang adanya terukir kenangan itu. Tetapi mengapa aku masih jauh ketinggalan dibelakang? Aku tiba pada garis mula tiada berpenghujung kerana telah aku katakan, aku sayang kau!
11.45 a.m
Heyy readers! Wow, lama gila tak post entry baruu. Sekarang sibuk memanjangg. Online fb & ms cuma nak balas komen jea. Dulu awal tahun sibuk nak qada' tidur setelah lebih kurang 11 tahun bangun awal terkejar-kejar pergi sekolah, HAHA. Sekarang kena bangun awal balik sebab dah mula berkerja, jadi bisnesswoman, hebat siyh :DD Bangun awal pagi tapi malam2 aku selalu jea tidur lewat, entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, jiwangg kot then tertidur macam tuh jea, bangun pagi esok kemain liat lagi, then mula sengeh2 teringat apa yang aku jiwangkan semalam, HAHAHA. *bengong!
Awal tahun haritu aku dah mula minat kat televisyen, dulu haram aku nk tgk, best ke tgk tv? HAHA. Aku tgk pun sbb ada cerita best dekat 8tv, pukul 8.30 until 9.30 tapi malam kelmarin dah last episode. melopong jea kalau tgk cerita tuh, best sialll! aktress kachak2 & comel2 jea, sometimes i wish i was her, HAHA. *mengarut ;P
Ok dah dah. Malas aku nk taip panjang2.