Thursday, January 20, 2011

HORMAT MENGHORMATI

Assalamualaikum.

Maaf entry aku yang dekat bawah itu hanya lah suka suka semata-mata tiada yang kena mengena orang yang masih hidup mahupun yang telah tiada, ok? :)

Jom mula point sebenar yang ingin disampaikan. Malam-malam banyak sangat yang nak di type, kalau boleh dalam sehari tuh 4 entry pun boleh jadi, HAHA. Kemaruk ke apa kau ni nadya? Apa-apa jelah, sukahati korang-korang lah nak cakap apa, kan? Merapu lagi, cukup lah HAHA.

Ehem, aku, bagi aku lah bukan orang lain, penerimaan aku terhadap budak semesta 1 tahun 2011. Memandangkan aku dah semesta 2 jadi aku lah senior kepada junior aku, kan? Ceh bangga :D. Wa cakap direct lah sama lu budak semesta 1 amat-amat lah annoying. Sebab? Semestinya lah nak tahu kan. Kalau kita buat apa-apa status mesti ada sebab kan? Apa yang berlaku pun ada sebab kan?

Btw, aku dalam kelas agak lah bising. Tak kesah lah ada sesiapa yang membenci, itu urusan dia dengan Allah. Aku hanya berdoa yang terbaik untuk diri aku. Tetapi kita ada pendapat masing masing sama lah pendapat aku terhadap budak semesta 1. Aku paling pantang orang kurang ajar dengan para pendidik, tak kesah lah cikgu ke pensyarah ke apa ke. Bukan kah kita perlu hormat mereka?

Aku TER-usha seorang budak semesta 1, bapak kurang ajar gila. Macam otai sangat. Bang biasa biasa dah lah. Tak payah over sangat. Budak kelas kau sendiri pun meluat dengan kau apatah lagi pensyarah yang ajar kau, kan? Bawak-bawak lah perangai elok sikit ye.

Aku bukan lah bagus sangat, tapi rasa hormat terhadap orang yang lebih tua tak hilang lagi setakat ni :)

1 lagi haa, budak semesta 1 boleh cakap aku sombong? Tak kenal maka tak cinta. "awak awak sekalian kita tak sombong tau, kita cuma tak kenal awak macam mana nak tegur?" Kata aku kepada budak semesta 1.

12.32 a.m


Wednesday, January 19, 2011

MALAM MALAM :)

Selamat tengah malam buat semua sahabat handai.

Malam-malam sunyi macam ni baru ada feel nak type blog. Idea mencurah-curah sampai tak sempat nak tadah, HAHA. Masa tak ada laptop sendiri banyak je nak type cerita potpetpotpet, tapi tak kesampaian. Baru sekarang ada peluang cerita pun dah banyak terbelangkai jauh disudut hati.

Dekat sini aku ada sekeping gambar yang nak di upload. Ada orang tolong edit, sent MMS dekat aku. Tibe tibe excited dengan gambar tuh. Tak sangka ada lagi orang yang menyimpannya, siap edit lagi, HAHA. Btw, terima kasih ye :)






BERDIAM LEBIH BAIK DARIPADA BISING.

Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Untuk kesekian kalinya blog ini ditaip lagi dalam tahun 2011. Tahun baruuu tuuuu :D

Pada petang yang redup, tidak ditemani sesiapa melainkan kipas yang berpusing 360 darjah. Tengok sebelah katil budak roomate dah tidur. Mungkin letih balik dari kelas, aku pun letih jugak kot, mungkin juga sebab dia tak sihat jadi aku bukak laptop online dan buat assisgnment sikit-sikit, dah siap boleh lah rilek santai ghaib ke alam lain erti kata yang mungkin senang difahami adalah tidur, HAHA.

Macam biasa hari ini hari rabu kelas pagi pun dah start pukul 10, wow korang tahu tak itu adalah satu kesedapan untuk bangun lambat? HAHA. Yelah lah kan hari-hari asyik kelas pukul 8 jea, mana best. Tidur dah lah lambat lepas tuh kena bangun awal. Siapakah yang menyuruh kau tidur lambat nadia? Padan muka kau! Hello, aku tidur lambat bukan sebab online menghadap laptop 24 jam, bukan juga bergayut tengah malam beli super saver RM3 1jam ok. Aku buat assignment lah sambil-sambil sembang dengan roomate then tengok movie maybe, hihihi. Kata nak dapat 4 flat, usaha tangga kejayaan lah, kan? HAHA.

Ok dah dah. Sebenarnya aku nak tanya, betulkah berdiam diri lebih baik dari bercakap? Ada yang cakap "haaa, betul lah, x pyh show off sangat, grrr!" Ada pula yang cakap "wei, kita kena bercakap supaya orang tahu kehebatan kita tang mana" Dan aku percaya ada tempat yang perlu kita bersuara dan tidak perlu bersuara, iye dak? Petang tadi, aku pergi kelas, lecturer tanya budak-budak "ada sesiapa dekat sini pandai create blog?" WOWO, dengan pantas dan efisyen nye, ramai yang mengangkat tangan "saya, saya, saya. Err, naik mual aku. Perlu ke?

MOTIF: entah mungkin nak tunjuk pro atau? HAHA. Member aku sibuk2 suruh aku angkat tangan, aku biarkan jea. Setakat blog jea pn, sesiapa pun boleh create blog. Mudah macam makan kacang jea. Tak payah lah nak tunjuk-tunjuk pandai ok. Mungkin juga diaorang nak tunjukkan bakat, kan? Asal aku pulak yang emo? Haihh. Depends lah kan, siapakah aku nak mengajar orang :P

Aku pun dah tak larat nak type panjang2 dekat blog nih. Biasa biasa dah lah :D

Sekian.

P/S: Tq dad give a new laptop to me. I apprecite it! :)

4.00 p.m