Friday, August 26, 2011

Puasa dan Raya.

Hello.

Berbaju lengan pendek berwarna kuning berbungkuskan selimut dan jari-jari menaip.

Jenguk ke tingkap yang berlindung disebalik langsir. Hujan sejuk disini tanpa henti. Sejuk hingga ke tulang hitam. Menangiskah hujan kerana bulan ramadhan akan berlalu?

Raya semakin hampir. Cukup hebat sambutannya. Ramai pula yang pulang ke kampung. Dan aku pula masih menunggu hari esok.

Berkumandang lagu-lagu raya di telinga.

Meraut muka beberapa kali dan tidak dapat mengenali perasaan apakah yang sedang hadir. Cuba tersenyum tetapi aku dapat rasa itu hanya pura-pura.

Dan cerita A.Samad Said masih memberi aku semangat. Maksudnya aku tahu ia mendalam :)

Selamat ulangtahun ke-3 Monolog Dalaman, 19 August 2008-19 August 2011.


10.40 pm

Monday, August 22, 2011

22 AUGUST 2011

Harini ada pengalaman baru. Jadi crew untuk event akak & abang senior :)

Seperti biasa tema masih lagi memegang warna kuning. Cik kuning pisang berjalan katanya engkau kepada aku, kan kawan-kawan?

Sedondon dengan Encik Faris, mamat jambu tuh tuh. Dia comel suka buat muka comel, HAHA.

Tak lupa mata melilau cari budak generasi A.Samad Said. Rasanya aku tak jumpa dia. Sedih tapi tak sampai menangis pun.

Lagu raya berkumandang dan aku teringat dekat bonda aku. Maklum lah raya dah nak dekat. Rindu bonda :')

Lagi 5 hari, sabar.





*dan sebenarnya aku tak rasa pun nak pulang raya. Oh Perlis :)


11.49 pm

Wednesday, August 17, 2011

Daim, cokelat daim tuh. Hihihi.

Asslamualaikum.

Aku mungkin mamai untuk malam ini, Blog aku dah banyak berhabuk, sekarang aku dah jumpa penyapu sekali dengan penyodok :O

Dah lama berminat, tetapi baru malam ini aku dapat baca. Bukan membaca untuk kuiz agama hari khamis ini heh.

Panjang nak cerita tetapi jari jemari yang malas nak taip. Kau rajin nak taip dan aku tolong cakap?

Aku dapat tangkap 1 blog malam ini untuk dibaca, ok sangat cool. Kau tahu? Dan aku tak rasa nk share link dia dekat sini. Nanti ada pula yang sentap.

Aku perlu belajar bahasa sastera dengan dia dengan lebih mendalam, rasanya.

Dan dan baru beberapa saat seketika aku klik butang follower dekat blog dia. Lain kali tak payah susah nak cari dia dekat merata-rata lagi :P

Alahai budak jabatan aku je pun.

3.07 am