Sunday, August 28, 2011

ISI TERAKHIR.

Pernah kau rasa kehilangan Ramadhan 1 kerinduan?

Malam ini malam terakhir terawih. Dan aku telah sempurnakannya.

1 syawal bakal tiba tetapi bahangnya seperti tidak terasa. Aku mengetap bibir, berkerut dahi mencari jawapan yang tidak tahu puncanya.

Mana perginya cerita A.Samad Said? Ya Tuhan dimana semangatku? Hilang....Hilang dimamah kegelapan malam yang sejuk.

Terlalu puitis untuk difahami dan Kau telah memberi 1 jawapan yang tepat.

Kau tahu dunia ini dah tua?

Kau tahu tahu dunia ini bukan milik kau.

Bangkit dan harungi untuk ke zaman akhirat.

Tak mampu membuat diri sendiri tersenyum sekurang-kurangnya membuat orang lain tersenyum kerana kita.


12.00 pm

Friday, August 26, 2011

Puasa dan Raya.

Hello.

Berbaju lengan pendek berwarna kuning berbungkuskan selimut dan jari-jari menaip.

Jenguk ke tingkap yang berlindung disebalik langsir. Hujan sejuk disini tanpa henti. Sejuk hingga ke tulang hitam. Menangiskah hujan kerana bulan ramadhan akan berlalu?

Raya semakin hampir. Cukup hebat sambutannya. Ramai pula yang pulang ke kampung. Dan aku pula masih menunggu hari esok.

Berkumandang lagu-lagu raya di telinga.

Meraut muka beberapa kali dan tidak dapat mengenali perasaan apakah yang sedang hadir. Cuba tersenyum tetapi aku dapat rasa itu hanya pura-pura.

Dan cerita A.Samad Said masih memberi aku semangat. Maksudnya aku tahu ia mendalam :)

Selamat ulangtahun ke-3 Monolog Dalaman, 19 August 2008-19 August 2011.


10.40 pm

Monday, August 22, 2011

22 AUGUST 2011

Harini ada pengalaman baru. Jadi crew untuk event akak & abang senior :)

Seperti biasa tema masih lagi memegang warna kuning. Cik kuning pisang berjalan katanya engkau kepada aku, kan kawan-kawan?

Sedondon dengan Encik Faris, mamat jambu tuh tuh. Dia comel suka buat muka comel, HAHA.

Tak lupa mata melilau cari budak generasi A.Samad Said. Rasanya aku tak jumpa dia. Sedih tapi tak sampai menangis pun.

Lagu raya berkumandang dan aku teringat dekat bonda aku. Maklum lah raya dah nak dekat. Rindu bonda :')

Lagi 5 hari, sabar.





*dan sebenarnya aku tak rasa pun nak pulang raya. Oh Perlis :)


11.49 pm