Monday, January 11, 2010

Rasa diri hebat, ingat ia sementara

Di pekatan malam aku mencari sudut yang selesa untuk berbicara didalam hati dan diluahkan disini. Aku orang yang pernah menikmati kebahagiaan, pernah merasai susah payah untuk mendapatkan sesuatu, pernah jugak merasai peritnya hidup bila diperlekehkan dan ditinggalkan. Bila dah rasa diri dah sempurna, orang lain dipandang remeh walhal kita tidak tahu siapa mereka yang lebih hebat daripada kita. Terasa diri terasing jauh dari orang yang hebat, mungkin terlalu merendahkan diri dan tidak mahu bersaing dengan sesiapa. Aku selalu meninginkan sesuatu yang jauh lebih baik dari orang lain, tapi sayang hanya bercakap kosong dan tidak berupaya mendapatkannya. Orang dibelakang, sisi kanan, sisi kiri dan depan selalu menghulurkan tangan memberi semangat dan menyambut aku bila terjatuh. Terharu bukan kepalang. Bila bercakap saja soal hati dan perasaan, tidak seorang pun mampu mengawalnya bahkan ramai yang hilang kewarasan. Memberi kebebasan, memberi pilihan untuk orang tersayang amat sukar walaupun itu kehendaknya dan aku akur demi kebahagiaannya. Berat hati, rindu, sedih, marah, terkilan datang bertamu dihati tanpa diundang walaupun sekali. Biarlah, kata orang, setiap manusia tidak boleh lari dari merasai perasaan itu dan perasaan sakit itu indah kerana ia akan membawa kita mingingati yang maha Esa. Wahai wanita tutttt, tidak usah lah berlumba-lumba dengan saya untuk meraih hatinya, dan tidak usahlah menunjukkan diri awak hebat untuk menandingi saya. Kalau benar dia menyayangi awak, percaya lah pada kata2nya, pandang kehadapan dan tolong bantu dia lupakan masa lampaunya. Saya tidak akan sesekali meruntuhkan hubungan kalian kerana saya tahu Tuhan akan memberi kebahagiaan dari sedut lain kepada saya. Selamat Berbahgia (:


12.59 a.m

Friday, January 8, 2010

selamat datang tahun baru 2010

lebih kurang 1 minggu sudah menyambut tahun baru. berderau darah naik sebab tahun nih dah masuk 18 tahun walaupun tarikh lahir belum tiba lagi. result spm pon dah semakin hampir, jantung berdebar kencang bila ramai yang tanya result spm bila keluar. tiada jawapan untuk soalan itu, sebab aku pon tak pasti & tak tahu, maaf. semua orang sudah ready untuk menanyakan soalan "eh, spm kan? dapat berapa A?" ahh, rasa nak lari jea, off hp, duk dalam bilik senyap2 biar orang tak dapat tanya soalan tuh! tapi sampai bila kan? hari tuh, penat lelah cari markah untuk kokurikulum sebab nak isi borang online UPU, kemasuk fasa 1 untuk budak2 IPTA. last minute buat semua tuh, tolong kawan sikit2. nasib baik ada kakak aku yang dah berpengalaman, untuk jgk jd anak bongsu kan? HAHAHA. lepas tuh 2 hari tarikh due dia nak tutup untuk beli nombor pin untuk diisikan fasa 2, tergesa gesa aku pergi bank, alhamdulillah sempat akhirnya. sekarang aku duduk rumah, online makan n pergi jalan2. it's enjoy right? HAHAHA.

10.08 p.m

Wednesday, December 30, 2009

Januari Until Disember Dua Ribu Sembilan

assalamualaikum wahai pembaca sekalian alam (:
kita dah sampai ke penghujung 2009, setiap tahun semakin meningkat umur, kemantangan berfikir, dan mungkin sudah mempunyai cita-cita yang melangit, dan kadang2 sukar untuk kita gapai. bermula sahaja tahun baru, azam kita mula bertukar, dan azam lama mula diabaikan. tahun ini mungkin aku tidak berazam apa2 sebab azam sebelum ini pun belum direalisasikan. 2009, aku banyak habiskan sisa hidup aku dengan sesuatu yang mungkin tak berguna langsung walaupun spm akan menjemput aku. dan sekarang aku dah lepaskan segalanya yang aku ada, siapa sangka akan jadi macam nih.



awal tahun, ada budak baru masuk.
HAHAHA, benci Tuhan jea tahu, kawan2 pun tahu jgk ;P


lepas tuh dah mula suka kot.
btl lah org kata jgn benci2 sgt nty org tuh yg kita suka, HAHA.


27JAN2009: dah mula texting dengan dia. aku yang mula dulu *malu.
excited jugakk ;D
tiap2 hari tggu text drpd dia ;P


kenal2 dalam sebulan, 30MAC2009: dia mintak couple ;D
aku terima jea, macam orang mengantuk disorongkan bantal *entah btl ke tak peribahsa aku.


lama2, dah start buat hal. tapi takpe, aku terima jea *mcm org bodoh, huh!
sentiasa dapat malu, sbb kawan2 byk cakap dia ada org lain.
cantik dari aku kata deorang, tak kesah pun. aku bangga apa yang aku ada.


nakkkkkkkkkkkkk sgt dia berubah jadi orang yang lebih baik.
tapii apa kan daya, kalau aku jea yg bersungguh tapi dia tak, sia2 saja.


sekarang dah ada orang lain pulak dah, tggl aku bodoh2 jea, erghhh!
tak kesah lah.
aku lepaskan dia dengan hati terbuka.
SELAMAT BERBAHAGIA!


bahagiaaaaa! tak lupa jgk dekat kawan2 aku gve me ur spprt!
banyakk tolong dalam semua hal.


budak2 kls yang gila bangang, HAHA. you ROCK!
nate, bodo, gilo, bengong, i miss that words! HAHA.
sekarang dah besar, cakap sopan2 yea ;P


cikgu2 yang dah naik gila, mengamuk tiap2 hari sbb tak bdk2 x siap kerja sekolah.
maaf dipintaaa cikguuuu!
mahu seronokkkkkk saja waktu tuh wlpn spm bakal menjelang.


tempat2 lepakinggggg, nati mesti ada yang mewarisi tempat itu.
jangan dirosakkan.
rindu nk tawaf sekolah time cikgu takde, HAHA.

cikgu disiplin, aku merindui muuuuuu.
dengar suara, larii berkebutttt.
yg pakai tudung singkat, baju ketat apa semua, sentiasa beringat.
aku takkk ok, ;DDD
tapi pernah jgk masuk bilik disiplin, HAHA.


selalu berebut dekat kantin, sampai makcik tuh naik angin, HAHA.
sampai oarang tuh cakap "aku mari skoloh semata2 nak make nasi kantin jah" lucu gile, HAHA.
lepas tuh beli keropok dan makan dalam kelas.


gembira sungguh waktu disekolah. semua ada.
kawan pun ramai.
rinduuuuuuuu~



9.25 p.m