Monday, February 21, 2011

24 JAM


Assalamualaikum.

Malam ini malam free kalau nak dibandingkan malam malam yang lepas. Tak ada lah free sangat cuma hold kejap kerja untuk berehat semalaman.

Kerja bertimbun langsung tak ada mood nak nak menghadap apatah lagi menyentuh. Letih, penat semua ada. Sampai makan pun kadang kadang tak terjaga, makin kurus lah nampaknya dah lah duduk tingkat 4. Macam mana?

Aku mencari sedikit masa untuk diri sendiri tetapi aku hanya ada 24jam sahaja untuk sehari. Setiap hari kelas mencecah sampai ke petang. Malam pula buat assignment sampai ke pagi, esok lusa dan seterusnya begitulah peredaran hidup aku.

Teman hidup yang special punyeee memang jauh lagi nak fikir. Rasa rasa nak suruh mama aku je yang tolong carikan. Habis belajar terus kawin. Syok tak? Tetapi aku ada lagi 2 tahun nak habiskan pengajian aku. Sabar sabar jangan gatal sangat, hi hi hi.

Pernah terdetik rasa macam nak couple tapi takut nanti tak boleh nak fokus belajar. Yelah asyik nak date je g penang ke langkawi ke bukit merah ke? Hancussss. Tak pasal pasal aku kena repeat banyak subjek. Mungkin Tuhan tak bukakan pintu hati lagi, tunggu lah ada jodoh adalah tuh :)

Sibuknyaaa aku sampai handphone pun langsung tak pegang, pergi kelas pun terkadang tak terbawa, lupa. Siapa nak hantar mesej dekat aku? Nasib baiklah ada MD dan FB tercinta boleh juga hilangkan boring.

Single dah hampir setahun lebih, pengganti pulak batang hidung pun tak nampak, bukan setakat batang hidung bayang bayang hint pun tak nampak. Bagaimana?

Lagi sebulan nak cuti. Tak sabarnya nak pergi enjoy Bukit Merah Lake Town Resort. Jom jom :D

Pelajaran lah segala galanya, cinta nanti dulu. Siapalah kita jika tiada ilmu dan kecantikan luaran adalah muslihat duniawi samata mata. Renung renungkan dan selamat beramal :)


10.03 pm


Friday, February 18, 2011

JRV

Selamat sejahtera.

Ini ada sedikit gambar yang diupload utuk tatapan para pembaca Monolog Dalaman :)



Ini adalah vase untu Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual. Boleh dipakai setiap hari dengan tshirt dan seluar. Jangan lupa basuh dah.

Ini pula kemeja rasmi yang dipakai setiap hari isnin. Aku suka sebab dia berwarna kuning, auww :p Apa pasal lah aku boleh snapped gambar macam ni? Kata budak seni, kreatif lah apa lah kan? Background kat belakang tuh yang tak boleh blah, ishh. Sem depan beli DSLR ye nadya, hi hi hi.


4.25 pm



Animation Art

Salam untuk semua.

Sekarang jam menunjukkan pukul 3.40 am. Dah lewat kan? Tapi takpe nak online jugak, nak post entry baru jugak, dan dah berjaya pun :)

Esok pagi pagi lagi ada kelas tapi tengok lah sekarang pun belum tido lagi. Sebenarnya petang dah tido, jadi tang malam aik susah pulak mata nak pejam. Budak bilik boleh je layan movie lagi lah aku tak ada mood nak tido. Tido pun kena ada mood jugak ke? Ok aku baru tahu, he he he.

Semalam entah kenapa gelisah semacam, tak boleh nak tido. Mengantuk, dah pejam mata tapi kenapa otak masih lagi berfikir? Tak seronok betul kalau macam tuh, merugikan masa tido je kan? Pusing sini pusing sana, boleh pulak aku post entry dalam kotak fikiran aku siap dengan publish lagi segala , HA HA HA. Korang faham tak? Abaikan lah, hi hi.

Aku dah mula suka bidang yang aku ambik untuk diploma aku ni. Dan aku rasa aku cukup serius nak teruskan walaupun terkadang aku macam dah give up sebab tak pandai melukis manual. Seni animasi, lukis kartun je pun apa susah? Banyak lah kau. Ingat senang ke nak lukis?

Kalau yang guna komputer macam editing photoshop, flash, adobe illustration boleh je nak layan tapi kalau dah masuk part melukis manual sampai 24 frame agak tekanan jugak lah ceritanya. Yang pandai melukis takpe lah tapi yang jenis macam aku ni? Last last upah orang lah, hi hi hi.

Konon kononnya ingat sampai form 5 je aku ambik seni. Cukup lah dari darjah 1 lagi sampai form 5. Langsung aku tak ambik port pasal seni melukis ni. Sebab cita cita aku dulu melangit nak jadi lawyer, sekarang tinggal abu je :( Rezeki kita mana tahu, kot kot ijazah nanti boleh sambung law ke? Tapi rasa nak sambung mascom. Macam mana? Kalau dah minat entermainment, entertainment jugak lah kau pilih nadya oii. Memang aku ditakdirkan untuk aktif dalam biadang seni, balakt boleh diasahkan? Apa lagi, belajarlah betul betul :)

3;59 am