Dah 2 malam aku tak tidur. Bukan tak tidur langsung cuma 1 jam setengah sahaja yang mampu lelapkan mata untuk hilangkan penat. Makin sampai ke penghujung makin semak samun otak ini.
Sedia maklum minggu ini minggu akhir untuk menamatkan semesta dua. Minggu depan dah boleh kirim brader-brader kelas belikan tiket pulang kerumah.
Sekarang ada satu lagi baki untuk projek akhir yang akan dibentangkan esok. Semoga sukses semuanya.
Agak kecewa dengan hasil karya yang baru sahaja pagi tadi dibentangkan dihadapan pensyarah. Macam biasa kena hentam kaww kaww rasa macam nak maki apa ke jadah lah hasil kerja macam ni. Tapi takpe belajar dari kesilapan. Berdoa pada Tuhan itu yang penting.
Apa pun tahniah kepada DDS2A & DDS2B kerana telah menyempurnakan kewajipan kerja kita untuk semesta 2 ini.
Dan jutaan terima kasih kepada penasihat Encik Mohd Syakir & Puan Norzaida :)
No comments:
Post a Comment