Friday, March 9, 2012

#2 PINTU HATI DIBUKA OLEH-NYA

Assalamualaikum.


Dulu, ye. Aku kejarkan hal dunia. Fesyen dunia, semua tentang dunia. Dan sekarang aku sedar aku tahu ia tidak bertahan lama. Aku pulang ke pangkal jalan untuk mencari keredhaanNya. Aku bersyukur masih tidak terlalu lewat untuk itu semua.

Aku masih lagi berada pada peringat perubahan pertama, dan aku yakin masih terlalu awal untuk berubah 100%. Dugaan untuk mencintai Allah adalah amat sukar. Berhadapan dengan nafsu syaitan dan segala tipu helah mereka. Tetapi dengan hati ikhlas untuk berubah insyaAllah semua pasti akan selamat.

Aku dilahirkan Islam, bertudung dan dalam keluarga yang beriman namun aku tahu aku kufur dengan Allah. Aku meninggalkan solat, aku meninggalkan Al-Quran, aku derhaka, aku mengumpat, aku mempunyai perasaan dengki, dan banyak lagi. Hati aku kufur.

Dan sekarang aku tinggalkan dunia untuk melihat ke akhirat. Aku tinggalkan perasaan cinta terhadap manusia untuk cinta Illahi. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sesungguhnya ia datang dari Allah, dan ia pergi jua kerana Allah.

Aku takut hati ini berbalik kembali kepada asal. Kerana iman ku tidak seteguh dinding untuk berdiri tegak. Namun hanya dengan doa mampu memberi aku semangat untuk terus berkekalan begini. Untuk syurga idaman.

Aku doakan hal yang sama untuk keluarga ku, rakan-rakan ku dan sanak saudara ku. Semoga Allah memimpin kita ke arah yang benar senantiasa, insya Allah.


8.21 pm 

1 comment:

Unknown said...

untuk kita berubah kpd kebaikan mmg banyak dugaan.. smoga ned kuat semangat dan terus cekal utk mnjadi yg lebih baik wpun bukan yag terbaik..

..iAllah,Allah permudahkan laluan Ned ke jalanNya..