Monday, February 21, 2011

24 JAM


Assalamualaikum.

Malam ini malam free kalau nak dibandingkan malam malam yang lepas. Tak ada lah free sangat cuma hold kejap kerja untuk berehat semalaman.

Kerja bertimbun langsung tak ada mood nak nak menghadap apatah lagi menyentuh. Letih, penat semua ada. Sampai makan pun kadang kadang tak terjaga, makin kurus lah nampaknya dah lah duduk tingkat 4. Macam mana?

Aku mencari sedikit masa untuk diri sendiri tetapi aku hanya ada 24jam sahaja untuk sehari. Setiap hari kelas mencecah sampai ke petang. Malam pula buat assignment sampai ke pagi, esok lusa dan seterusnya begitulah peredaran hidup aku.

Teman hidup yang special punyeee memang jauh lagi nak fikir. Rasa rasa nak suruh mama aku je yang tolong carikan. Habis belajar terus kawin. Syok tak? Tetapi aku ada lagi 2 tahun nak habiskan pengajian aku. Sabar sabar jangan gatal sangat, hi hi hi.

Pernah terdetik rasa macam nak couple tapi takut nanti tak boleh nak fokus belajar. Yelah asyik nak date je g penang ke langkawi ke bukit merah ke? Hancussss. Tak pasal pasal aku kena repeat banyak subjek. Mungkin Tuhan tak bukakan pintu hati lagi, tunggu lah ada jodoh adalah tuh :)

Sibuknyaaa aku sampai handphone pun langsung tak pegang, pergi kelas pun terkadang tak terbawa, lupa. Siapa nak hantar mesej dekat aku? Nasib baiklah ada MD dan FB tercinta boleh juga hilangkan boring.

Single dah hampir setahun lebih, pengganti pulak batang hidung pun tak nampak, bukan setakat batang hidung bayang bayang hint pun tak nampak. Bagaimana?

Lagi sebulan nak cuti. Tak sabarnya nak pergi enjoy Bukit Merah Lake Town Resort. Jom jom :D

Pelajaran lah segala galanya, cinta nanti dulu. Siapalah kita jika tiada ilmu dan kecantikan luaran adalah muslihat duniawi samata mata. Renung renungkan dan selamat beramal :)


10.03 pm


Friday, February 18, 2011

JRV

Selamat sejahtera.

Ini ada sedikit gambar yang diupload utuk tatapan para pembaca Monolog Dalaman :)



Ini adalah vase untu Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual. Boleh dipakai setiap hari dengan tshirt dan seluar. Jangan lupa basuh dah.

Ini pula kemeja rasmi yang dipakai setiap hari isnin. Aku suka sebab dia berwarna kuning, auww :p Apa pasal lah aku boleh snapped gambar macam ni? Kata budak seni, kreatif lah apa lah kan? Background kat belakang tuh yang tak boleh blah, ishh. Sem depan beli DSLR ye nadya, hi hi hi.


4.25 pm



Animation Art

Salam untuk semua.

Sekarang jam menunjukkan pukul 3.40 am. Dah lewat kan? Tapi takpe nak online jugak, nak post entry baru jugak, dan dah berjaya pun :)

Esok pagi pagi lagi ada kelas tapi tengok lah sekarang pun belum tido lagi. Sebenarnya petang dah tido, jadi tang malam aik susah pulak mata nak pejam. Budak bilik boleh je layan movie lagi lah aku tak ada mood nak tido. Tido pun kena ada mood jugak ke? Ok aku baru tahu, he he he.

Semalam entah kenapa gelisah semacam, tak boleh nak tido. Mengantuk, dah pejam mata tapi kenapa otak masih lagi berfikir? Tak seronok betul kalau macam tuh, merugikan masa tido je kan? Pusing sini pusing sana, boleh pulak aku post entry dalam kotak fikiran aku siap dengan publish lagi segala , HA HA HA. Korang faham tak? Abaikan lah, hi hi.

Aku dah mula suka bidang yang aku ambik untuk diploma aku ni. Dan aku rasa aku cukup serius nak teruskan walaupun terkadang aku macam dah give up sebab tak pandai melukis manual. Seni animasi, lukis kartun je pun apa susah? Banyak lah kau. Ingat senang ke nak lukis?

Kalau yang guna komputer macam editing photoshop, flash, adobe illustration boleh je nak layan tapi kalau dah masuk part melukis manual sampai 24 frame agak tekanan jugak lah ceritanya. Yang pandai melukis takpe lah tapi yang jenis macam aku ni? Last last upah orang lah, hi hi hi.

Konon kononnya ingat sampai form 5 je aku ambik seni. Cukup lah dari darjah 1 lagi sampai form 5. Langsung aku tak ambik port pasal seni melukis ni. Sebab cita cita aku dulu melangit nak jadi lawyer, sekarang tinggal abu je :( Rezeki kita mana tahu, kot kot ijazah nanti boleh sambung law ke? Tapi rasa nak sambung mascom. Macam mana? Kalau dah minat entermainment, entertainment jugak lah kau pilih nadya oii. Memang aku ditakdirkan untuk aktif dalam biadang seni, balakt boleh diasahkan? Apa lagi, belajarlah betul betul :)

3;59 am

Wednesday, February 16, 2011

Gallery Assignment

Ini adalah character turn around untuk storyboard.
Karekter untuk storyboard. Lukis, scan, then colour dekat photoshop. Ceh ceh, dah terer guna photoshop ye nadya?

Retrooooo. Suka tak? Hihi.

Buat poster music editing untuk assignment ke-6. Tak sabar nak tunggu final project, *huh.
Tarikh, tempat, masa adalah rekaan semata mata. Jangan serbu pulak ye, hehe.

Ini pula poster yang telah di edit.

Ini pula assignment typografi. Subject fav ye :D

Yang ini 2x5 lah. *Typografi. Simple, be kemas :)

Yang ini pun sama. Tapi kena reject kot. Buat yang baru, apa susah. Aku suka buat banyak banyak kali, HAHA.

Artwork ini tak sehebat professional tetapi ia adalah hasil sendiri. Nama pun dah belajar, sikit sikit lama lama pandai lah kan? Cuba dan terus mencuba ye tak?


Ada banyak lagi hasil artwork, cuma ada yang dah dihantar, tak sempat nak snap gambar, ada juga dalam proses nak buat. Tunggu ye nanti ada banyak banyak upload sekali gus, baru jimat. Aik guna duit ke? Tak lah tapi guna kudrat je sikit, hi hi hi.

2.34 pm

Tuesday, February 15, 2011

CINTA RASUL VS CINTA .COM.MY

Salam maulidur rasul bagi semua umat Islam di seluruh dunia :)

Pada malam yang agak sejuk ditemani selesma, semangkuk meggie dan air mineral aku melabuhkan tirai diatas katil dan berblogging,

Baru saja pulang dari mendengar ceramah untuk maulidur rasul, rasa lapar malam malam macam nih cari meggie untuk alas perut. Dah janji tak nak makan meggie suda, tapi termakan juga. Ok benda itu standard ye.

Berbalik pada tajuk kita.

Bergaya tak tajuk atas tuh? Hi hi hi. Hari ini adalah hari bersejarah bagi semua umat Islam seluruh dunia. Hari yang nanti nantikan oleh semua umat Islam lebih lebih lagi dinegara arab. Mereka amatlah teruja menyambut hari agama seperti hari kewafatan Rasullallah pada hari ini. Bagaimana pula kita? Fikir fikirkanlah wahai manusia ciptaanNya.

Seperti yang anda anda tahu, hari ini jugalah hari yang dinanti nantikan oleh orang kristian untuk menyambut Valentine's Day. Menyambutnya adalah haram disisi agama, terpesong akidah ertinya kita jauh daripada Allah, dan syaitan telah menguasai segala-galanya.

Bercinta kalau tiada komitmen untuk menamatkan kepada hubungan halal, jauhi lah hubungan tersebut.

Sekirannya anda menyukai sesorang itu, maka simpanlah perasaan anda itu jauh di lubuk hati. Mengadulah kepada-Nya melalui solat tahajjud mahupun solat 5 waktu. Bicaralah dengan pencipta anda. Menangislah andai anda berkemampuan.

Allah itu Maha Mengetahui. Dia mengetahui mana yang terbaik untuk umatnya. Bersama-samalah kita berdoa untuk kebahgiaan hidup :)

*Berselawat.

1.30 am

Saturday, February 12, 2011

EVENT 2011


Selamat tengahmalam.

Tengah malam macam ini biasa lah belum tido lagi sebab tengah siapkan tugasan yang nak hantar dengan segera. Terpaksa lah tahan mata, celik besar besar supaya tak mengantuk, yeahh. Lagipun tido awal awal tak remaja, hi hi hi. Tapi kalau dah tak tahan sangat jangan dipaksa ye adik adik, tak bagus untuk otak :)

Jom kita mulakan entry yang betul betul punya.

Esok adalah hujung minggu. Kononnya nak tido lah kan tang pagi tuh, tetapi hasrat tuh terpaksa dilupakan dan aku memang di takdirkan untuk sentiasa bangun pagi.

*Mengeluh.

Kadang kadang aku mengomel sendiri dalam hati, maki pun ada sikit sikit tapi boleh dikawal lagi, tak teruk sangat cerita dia kan? HA HA HA.

Esok pagi pagi lagi dah ada family day yang dianjurkan oleh jabatan JRV yang disertai oleh pensyarah pensyarah. Mungkin lagi gempak daripada semesta lepas, hi hi hi tak sabarr :)

Part paling syok dapat baju t-shirt untuk family day punya. Korang ada? Tak ada kan? HA HA HA. Nanti kalau sempat dan ada masa segala aktiviti yang dijalankan akan diuploadkan dekat Monolog Dalaman ok kawan kawan?

Banyak kali janji nak upload gambar tapi tak sempat lagi. Banyak dekat draf cuma tak publish.








Wednesday, February 9, 2011

AFTER MIDTERM.

Selamat petang :)

Hari ini hari rabu :) Kamu perasan tak kalau hari rabu je aku taip entry baru? Eh eh, hari ini aku baru perasan lah, hi hi hi. Tapi kenapa? Dah hari rabu je nampak macam free, sanggup gagahkan mata daripada tido walaupun dah melabuhkan badan ke katil, sayang dekat Monolog Dalaman punya pasal takpe lah kan.

Minggu ini minggu pertama selepas bercuti selama seminggu. Walaupun title je "bercuti" bagi pelajar art jangan harap lah nak senang lenang macam pelajar lain, sila faham ye. Memandangkan tugasan terlalu banyak semua plan aku semasa cuti tergendala, sampai hati lecturer :( Aku mintak maaf sebab tak sempat nak keluar bersiar siar disana sini bersama korang dikala mendapat cuti.

Aku dah banyak kali kena perli dengan kawan kawan "jom lah kuar, pebarang duk rumah, ingat kau sorang ada assignment, lek lah HA HA HA" Ye bukan aku je ada assignment tapi mungkin korang tak sebanyak aku. Dan aku sangat letih untuk itu. Faham kan?

Akhir sekali aku nak ucapkan syukur kepada Illahi kerana limpah kurnianya aku dan kawan kawan dapat menyiapkan kerja berkumpulan hanya 1 malam sahaja. Bertungkus lumus tak tido malam dan hasilnya agak memuaskan. Tak ada lah pro dan hebat sangat macam orang lain tapi mungkin 1 permulaan untuk terus maju dan memberi semangat yang kental untuk mencuba dan terus mencuba. Dah nama pun belajar, jadi kita ambil step by step demi memajukan revolusi komik malaya, kan? :D

Aku cuba upload video assignment puppet aku untuk kamu semua tapi tak berjaya, tunggu ye :)

7.02 p.m


Tuesday, February 1, 2011

#SAMBUNGAN

Jom jom kita sambung part 4 :)

Part 4; Setelah berfikir masak masak sampai dah nak hangus dah aku dah buat 1 pelan hidup untuk cuti semesta yang akan mendatang tak lama lagi. Rasa rasa kan macam nak masuk kelas melukis dan kelas pinano. Ok salah eja piano ye adik adik :) Kelas melukis tuh mungkin akan terlaksana tapi kelas piano tuh tak tahu lagi. Kalau rajin tak ada masalah, yang masalahnya bolehkah aku abaikan masa tido aku yang panjang itu? Tak habis habis dengan tido kau tuh nadya. Nak sangat masuk kubur lah, rest in piece!

Part 5; Mesti anda anda pelik kan aku ada masa nak menaip blog walaupun kerja bertimbun timbun kan? Kononnya busy sana busy sini kalah Tan Sri, hi hi hi. Bukan apa kawan kawan, otak perlukan rehat kan? Jadi malam malam tak kan nak jogging, kayuh basikal, pergi padang lepak lepak? Memang tak lah kan? Tak salah untuk aku berada di depan skrin lappy berserta iringan lagu bunkface soldier. Makin minat lagu tuh, btw aku ingat greenday yang menyanyi. Bangga dengan artis malaysia :)



9.33 p.m