Monday, January 31, 2011

CUTI

Hye asslamualaikum dan selamat malam.

Terima kasih kepada pembaca yang setia sanggup menunggu entry yang terbaru yang tak seberapa daripada saya. Toche toche :)

Part 1; Sekarang aku sedang menikmati cuti dalam kedukaan. Bangun tidur je terus terbayang bayang macam mana kalau aku tak siap kerja yang diberikan oleh pensyarah aku? Seram sejuk bunyinya kan? Tetapi masih lagi dapat berselimut bertemankan bantal wangi dengan amannya lebih lebih lagi tempat aku sekarang musim hujan, syiokk.

Part 2; Aku tak sabar nak bercuti panjang bulan April 2 bulan lagi dari sekarang. Indahnya hidup kalau hanya boleh bergoyang kaki kan kawan kawan, hi hi hi. Sebelum sampainya bulan tersebut, kena lah bertungkus lumus sikit buat kerja. Pebarang cincai cincai der? Keh keh keh.

Part 3; Jangan tanya aku pasal cinta cintun ni. Dah bersara dah pun. Hidup aku ok je walaupun tak ada yang istimewa. Penat lah fikir pasal benda yang annoying macam ni. Kan? Dulu nak sangat kebebasan, sekarang aku dah dapat jadi kena lah bergembira. Nanti nak kawin baru cari. Style?

Part 4; ? Nak tahu? Tunggu entry seterusnya. Bawa bawa bersabar ye :D

P/S: Lepaking paling best dekat bangku luar rumah, ditemani angin dan hujan :) Aku kagum dengan ciptaan Maha Kuasa.

12.11 a.m

Wednesday, January 26, 2011

KEBAJIKAN :)

Selamat petang.

Pembuka cerita, buat kali kedua untuk hari ini aku berblogging. Aku suka tekan tekan keyboard, he he he. Banyak sangat cerita yang nak ditulis tetapi tak tahu nak olah macam mana, hmm. Walaubagaimanapun aku cuba, ok? :)

Seperti biasa hari rabu memang part yang paling malas adalah time kena pergi kokurikulum. Petang petang i mengantuk lah u. Tapi masih tak berani nak ponteng, kata nak dapt 4 flat kan? Kena lah bersusah payah dulu, korbankan masa tido sekejap untuk mendapat kejayaan yang besar, kan kan? He he he. Pandainya nadya~

Aktiviti untuk kelab aku tadi adalah....jeng jeng jeng buat kebajikan untuk tadika anak anak yatim. Contoh aktivitinya kiteorang mengecat dinding berwarna warni, lap lap cermin, sapu lantai, dan yang paling syok lukis cartoon dekat dinding luar. Standart lah tadika kan kena lah meriah, barulah budak budak nak datang kelas kan? Cantik siot babe! Tapi bukan aku lah yang lukis, harap je budak animasi tapi haram tak pandai melukis :(

Part yang paling best, mata aku tiba tiba terpandang seorang budak lelaki ni. Budak iT tapi pandai melukis :) Dah jatuh cinta dekat pelukis ke nadya oiii? Eh eh, mana ada. Tengok tengok jelah, hi hi hi. Muka suci je, tak banyak cakap. Sejuk hati melihatnya, ececehhh :DD

Ok dah, semua itu adalah gurauan semata mata ye adik adik, akak akak sekalian. Btw, agak seronok sekali dan 1 pengalaman yang baru untuk aku. Tak pernah pun dulu dulu, tapi sekarang pernah :)

P/S: Tertarik dengan permintaan kawan aku untuk mengetahui selanjutnya tentang posted aku yang lepas :) Nanti nanti lah ye.

7.31 p.m

LEARN ABOUT SOMETHING.

Assalamualaikum dan selamat subuh.

Kira kira dah 2,3,4 hari tak meng-online-kan diri dan berblogging. Bukan tak sayang blog bukan tak ada cerita yang menarik cuma sibuk memanjang sampai roomate pun aku terpaksa tinggalkan dia sorang sorang. Dah cuba curi masa sedikit tapi tak sempat jugak, banyak benda yang nak kena buat dan fikir :(

Hari ini aku bangun awal lagi :) Bukan semata mata nak type blog ok tapi di sebabkan ada taklimat untuk family day yang dianjurkan oleh Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual selepas cuti tahun baru cina ini. Alang alang dah bangun awal, pakai baju semua siap on lappy menghadap blog :)

Minggu ini Tuhan saja tahu betapa penatnya aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang pensyarah bagi. Tak ada masa nak sembang, semua serius & fokus. Tido pun tak cukup, asyik mengantuk dalam kelas. Macam mana nak selesaikan masalah ini? Urghh.

Anda anda banyangkan lah 10 asgmnt dalam masa yang sama nak kena hantar sekali gus? Do you see how much kesibukan aku kan? Hp pulak buat pasal tak ada beteri, orang hantar msg call pun tak boleh, suka hati kau lah hp aku dah tak larat nak layan kau. Banyak mana sekali pun tugasan, merungut banyak lah sekali pun aku tetap buat. Aku agak tertarik dengan ayat yang pensyarah aku cakap, "Nak berjaya 1 perkara yang kita kena lakukan jangan merungut dan mengeluh, apa yang kita hadapi haruslah berdepan dengan hati terbuka." Terima kasih kerana memberi 1 nasihat yang baik :)

Aku tak kesah kerja banyak mana pun, walaupun agak tertekan tetapi setakat ini aku mampu menghadapinya dengan baik. Kat mana lagi nak dapat pengalaman macam tuh kalau bukan dekat Universiti kan? Terkejar sana sini, naik turun tangga nak dapatkan pandangan lecturer dan kawan kawan. Kat sekolah pun tak macam tuh kan? Hantar tugasan on time, buat kena sampai lecturer puas hati kalau tak kena reject. Buat dan buat lah kau nampaknay, HAHA. Kalu kat sekolah nak buat cincai cincai pun tak kesah, kan?

So now alhamdulillah semua dah selesai, cuma ada lah yang saki baki tambahan untuk cuti raya cina ni. Ok kawan kawan, aku bersurai dulu :) caucincau.

P/S: to rowzy, kecik, eja, ayu, qiba terima kasih untuk segala-galanya :)

6.43 a.m

Saturday, January 22, 2011

HANYA SAYA BOLEH MENOLONG DIRI SAYA SENDIRI

Assalamualiakum dan selamat pagi.

Malam ini aku gagahkan mata membuat assignment yang tertunggak banyak sangat sampai aku dah tak boleh nak fikir. Jumlah tolah campur bahagi darab semua yang belum submit ada lagi baki 10. Agak agak lah sikit ke banyak ke standard? Urghh.

Ini pecah rekod dalam hidup aku, aku buat tugasan banyak itu dan aku PERLU siapkannya demi pointer aku. Masa sekolah dulu dulu pun aku tak pernah nak buat kerja sekolah yang tak seberapa nak banyak tuh apatah lagi buat kerja sampai tak tido malam? Tak lama boleh jadi gila agaknya, kan?

Nadya nadya cuba lah berusaha, semua orang pun bersusah payah juga, bukan kau sorang so tak payah nak merungut ok. Yelah, bukan merungut pun cuma aku tak sanggup kalau hari hari macam ni. Rasa nak balik rumah rehat, makan, keluar dengan member member dan yang paling penting aku nak tido tido tido. Boleh tak macam tuh kawan kawan?

Sambil sambil tak larat pun aku dah siap 2 assignment untuk malam ni. 2 je ok, 2 je bukan semua. Selagi tak siap, selagi itu lah jiwa tak boleh nak tenang sebab ada lagi baki 8 assignment. Sila sila lah rajin kan jari jemari kau nadya, demi masa depan kau jugak bukannya sesiapa. Bagi aku sedikit masa nak fokuskan apa yang perlu aku siapkan.

Ya Allah, aku tak kuat untuk berhadapan dengan apa yang aku hadapi sekarang. Jiwa aku tak kental seperti hamba Mu yang lain. Aku perlu kan semangat yang utuh didalam diri ini. Bantulah hamba Mu yang perlukan pertolongan Mu :)

3.02 a.m

Friday, January 21, 2011

JATUH CINTA LAGI DAN LAGI.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam yang tiada gangguan daripada sesiapa amat amat aku nanti nantikan. Ingat senang ke nak dapat suasana sunyi? Kat sini susah kot. Biasalah hidup bermasyarakat masing masing ada perangai bukan kat rumah nak sukahati kan? Takpe nadya lagi seminggu kau nak balik rumah, gasak lah HAHA.

Roomate aku selalu tido awal, nak sembang pun tak boleh, bosan lah macam ni hari hari. Dia kaki tido macam aku jugak, sesuai lah kan jadi se-roomate? HAHA. Ye pun tak kan tinggal aku sorang sorang. Aku nak tido macam dia jugak tapi tak boleh. Malam masih dara lagi. Biarlah, dia cakap esok ada kuiz, nak tido dulu lepas tuh nak bangun pukul 2 pagi, bangun ke tak, tak tahu lah.

Kembali kepada title atas tuh, JATUH CINTA LAGI DAN LAGI wah tak boleh blah kan? Korang tengok je tajuk mesti syak aku dah jatuh cinta dekat mana mana mamat kan? Oh no, itu tidak benar dan salah sama sekali. Sabar sabar, jangan buat andaian bukan bukan lagi. Belum sempat bagitau pun, ishh!

Jatuh cinta tak semestinya terhadap teruna mahupun dara. Mungkin jatuh cinta dengan benda yang kita tak suka lama lama dah jadi like habis, HAHA. Contohnya macam aku, dulu tak minat melukis, konon lah kan ingat form 5 lah last aku ambik seni, nah ambik kau nadya siap sampai ke menara gading kau ambik seni. Memang rezeki aku dekat sini kot? Yelah nak kata pandai math, suka kira kira memang tak lah ceritanya, nak kata suka bisnes? Ada kira kira jugak kan? So tolak tepi jugak. Then yang last sekali melukis lah jawapan dia, boleh lah masuk sikit kan? HAHA.

Walaupun masih tak pandai pandai nak melukis sekurang kurangnya minat tuh ada tambah tambah dengan adanya usaha makin lah menjadi kan? Tak ada perkataan lain selain USAHA TANGGA KEJAYAAN. Berusaha lah nadya, semoga kau mendapat rahmat belajar dengan izin Allah :)

Aku ada sedikit sedutan kesenian aku, nanti akan di upload ye. Tak seberapa tapi mungkin sekadar nak berkongsi dan sukahati lah blog aku nak type & nak upload apa pun. Tetapi masih lagi memiliki etika sebagai blogger yang matang dan terpelajar, ececehh :D

12.35 a.m


Thursday, January 20, 2011

SELAMAT PAGI MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini hari khamis, ada lagi 1 hari untuk bercuti hujung minggu :) Macam aku mengira hari kan? Ye memang aku mengira hari pun. Menunggu hari cuti untuk tido seenaknya. Aku ni hantu tido, tak payah cakap lah bab bab tido semua aku konker, tak kira tempat mahupun masa, HAHA.

Hari ni aku bangun awal, boring tak tahu nak buat apa dekat bilik ni. Roomate dah tak ada, pergi kelas tinggal aku sorang sorang :( Bangun kemain lagi awal, mandi-mandi, gosok gigi, cuci muka, sabun badan, shampoo semua cukup lengkap lah. Wanginye awak nadya :) Ah biasa lah baru nak tahu? HAHA.

Sudah siap semuanya, masuk bilik beserta angin bertiup sempoi-sempoi, wah sejuknya macam tinggal diluar negara, STYLE tak? Well. Macam biasa lagi, 1 thing yang aku sambar mestilah handphone kan, aku tak mengharap pun ada org hantar text tapi dah org nak hantar baca jelah kan? NEW MESSAGE FROM SOMAD: KELAS AGAMA TIADA. Ok tekankan dekat situ TIADA. Bengang tapi aku boleh control lagi, ececehh. Kalau aku tahu aku bangun lambat sikit pun tak apa. Berselimut peluk bantal wangi, syiok syiok.

Tak kesah lah, tak menyesal pun bangun awal. Apa guna ada blog tapi tak menaip kan? So ada masa free apa lagi, type type dan type. Kasi rosak sama keyboard, HAHA. Keyboard korang lah aku tak, nauzubillah :)

Selamat belajar.

8.28 a.m

HORMAT MENGHORMATI

Assalamualaikum.

Maaf entry aku yang dekat bawah itu hanya lah suka suka semata-mata tiada yang kena mengena orang yang masih hidup mahupun yang telah tiada, ok? :)

Jom mula point sebenar yang ingin disampaikan. Malam-malam banyak sangat yang nak di type, kalau boleh dalam sehari tuh 4 entry pun boleh jadi, HAHA. Kemaruk ke apa kau ni nadya? Apa-apa jelah, sukahati korang-korang lah nak cakap apa, kan? Merapu lagi, cukup lah HAHA.

Ehem, aku, bagi aku lah bukan orang lain, penerimaan aku terhadap budak semesta 1 tahun 2011. Memandangkan aku dah semesta 2 jadi aku lah senior kepada junior aku, kan? Ceh bangga :D. Wa cakap direct lah sama lu budak semesta 1 amat-amat lah annoying. Sebab? Semestinya lah nak tahu kan. Kalau kita buat apa-apa status mesti ada sebab kan? Apa yang berlaku pun ada sebab kan?

Btw, aku dalam kelas agak lah bising. Tak kesah lah ada sesiapa yang membenci, itu urusan dia dengan Allah. Aku hanya berdoa yang terbaik untuk diri aku. Tetapi kita ada pendapat masing masing sama lah pendapat aku terhadap budak semesta 1. Aku paling pantang orang kurang ajar dengan para pendidik, tak kesah lah cikgu ke pensyarah ke apa ke. Bukan kah kita perlu hormat mereka?

Aku TER-usha seorang budak semesta 1, bapak kurang ajar gila. Macam otai sangat. Bang biasa biasa dah lah. Tak payah over sangat. Budak kelas kau sendiri pun meluat dengan kau apatah lagi pensyarah yang ajar kau, kan? Bawak-bawak lah perangai elok sikit ye.

Aku bukan lah bagus sangat, tapi rasa hormat terhadap orang yang lebih tua tak hilang lagi setakat ni :)

1 lagi haa, budak semesta 1 boleh cakap aku sombong? Tak kenal maka tak cinta. "awak awak sekalian kita tak sombong tau, kita cuma tak kenal awak macam mana nak tegur?" Kata aku kepada budak semesta 1.

12.32 a.m


Wednesday, January 19, 2011

MALAM MALAM :)

Selamat tengah malam buat semua sahabat handai.

Malam-malam sunyi macam ni baru ada feel nak type blog. Idea mencurah-curah sampai tak sempat nak tadah, HAHA. Masa tak ada laptop sendiri banyak je nak type cerita potpetpotpet, tapi tak kesampaian. Baru sekarang ada peluang cerita pun dah banyak terbelangkai jauh disudut hati.

Dekat sini aku ada sekeping gambar yang nak di upload. Ada orang tolong edit, sent MMS dekat aku. Tibe tibe excited dengan gambar tuh. Tak sangka ada lagi orang yang menyimpannya, siap edit lagi, HAHA. Btw, terima kasih ye :)






BERDIAM LEBIH BAIK DARIPADA BISING.

Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Untuk kesekian kalinya blog ini ditaip lagi dalam tahun 2011. Tahun baruuu tuuuu :D

Pada petang yang redup, tidak ditemani sesiapa melainkan kipas yang berpusing 360 darjah. Tengok sebelah katil budak roomate dah tidur. Mungkin letih balik dari kelas, aku pun letih jugak kot, mungkin juga sebab dia tak sihat jadi aku bukak laptop online dan buat assisgnment sikit-sikit, dah siap boleh lah rilek santai ghaib ke alam lain erti kata yang mungkin senang difahami adalah tidur, HAHA.

Macam biasa hari ini hari rabu kelas pagi pun dah start pukul 10, wow korang tahu tak itu adalah satu kesedapan untuk bangun lambat? HAHA. Yelah lah kan hari-hari asyik kelas pukul 8 jea, mana best. Tidur dah lah lambat lepas tuh kena bangun awal. Siapakah yang menyuruh kau tidur lambat nadia? Padan muka kau! Hello, aku tidur lambat bukan sebab online menghadap laptop 24 jam, bukan juga bergayut tengah malam beli super saver RM3 1jam ok. Aku buat assignment lah sambil-sambil sembang dengan roomate then tengok movie maybe, hihihi. Kata nak dapat 4 flat, usaha tangga kejayaan lah, kan? HAHA.

Ok dah dah. Sebenarnya aku nak tanya, betulkah berdiam diri lebih baik dari bercakap? Ada yang cakap "haaa, betul lah, x pyh show off sangat, grrr!" Ada pula yang cakap "wei, kita kena bercakap supaya orang tahu kehebatan kita tang mana" Dan aku percaya ada tempat yang perlu kita bersuara dan tidak perlu bersuara, iye dak? Petang tadi, aku pergi kelas, lecturer tanya budak-budak "ada sesiapa dekat sini pandai create blog?" WOWO, dengan pantas dan efisyen nye, ramai yang mengangkat tangan "saya, saya, saya. Err, naik mual aku. Perlu ke?

MOTIF: entah mungkin nak tunjuk pro atau? HAHA. Member aku sibuk2 suruh aku angkat tangan, aku biarkan jea. Setakat blog jea pn, sesiapa pun boleh create blog. Mudah macam makan kacang jea. Tak payah lah nak tunjuk-tunjuk pandai ok. Mungkin juga diaorang nak tunjukkan bakat, kan? Asal aku pulak yang emo? Haihh. Depends lah kan, siapakah aku nak mengajar orang :P

Aku pun dah tak larat nak type panjang2 dekat blog nih. Biasa biasa dah lah :D

Sekian.

P/S: Tq dad give a new laptop to me. I apprecite it! :)

4.00 p.m