Thursday, September 30, 2010

Thank You :)

assalamualaikum :)

Raya dah habis 1 bulan :) kini belajar semula, sebilik dengan roomate yang havoc, jalan naik tangga pergi kelas, jumpa lecturer jumpa classmate. Agak keberatan tinggal kan rumah tapi belajar lagi best kot, haha. Aku gembira dengan hidup aku sekarang, makin ok :)

Tapi aku masih ada 1 masalah yang sama. Susah nak cakap, tapi mereka yang berhampiran mungkin tahu apa yang aku alami, terima kasih stay ketika aku perlukan korang.

Aku dah tiada tempat untuk luahkan masalah aku, perasaan aku selain dekat blog aku. Aku tak harapkan dia membaca blog aku tapi kalau lah aku pergi dulu sebelum dia sekurang kurangnya ada 1 kenangan yang dia boleh baca dan simpan, kan? :)

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan dia sampai sekarang, almost 1 year maybe. Walaupun orang kata menjejaki kaki ke menara gading akan menemui sesuatu yang baru. Bagi aku, sama saja. Pergi kelas, balik kelas tetap hati ini tak boleh terima orang lain. Kat sini banyak pilihan tetapi sayang aku tak mampu lupakannya.

Kuat sungguh aura dia kan? Biar sakit hati ini aku tetap menunggu dia walaupun tiada siapa yang menyuruh. Aku tak pernah menyesal pun apa yang aku dah lakukan untuk dia. Walaupun dia tinggalkan aku tanpa perasaan sampai aku jatuhkan airmata untuknya, dia tetap yang terbaik.

Dia ajar aku rasa sakit hati, tahan dengan kerenahnya, rindu dan bahagia disisinya. Terima kasih awak :) Saya rasa tade orang yang mampu fahami saya melainkan awak. Dengar tazkirah saya, cerita saya hari-hari, nasihat saya dan masalah saya. Hebat awak kan?

Kalau lah masa boleh diundurkan pasti aku akan betulkan kesilapan aku dan dia. Sayang aku tak mampu jadi yang terbaik, aku tak mampu bagi apa yang dia inginkan. Aku mengakui aku banyak kekurangan tapi percaya lah satu-satunya kesempurnaan aku adalah dapat memilikinya semula.

Akan ku tunggu tamat belajar 3 tahun dengan nadya yang baru. Tunggu saya tau? :)
Terima kasih atas segala-galanya.

with love,
nadiatul fatihah.



2 comments:

~@!$H@~ said...

samo laa kito yaa.
cdeh kowt.

fiska said...

beb,btul uhh.. xde kita ni yg sempurna .. tp kte sempurna bile kite dpt memilki dirinya.. aku mendoakan ape yg ko harapkan.. insyallah,amin :)