Sunday, August 28, 2011

ISI TERAKHIR.

Pernah kau rasa kehilangan Ramadhan 1 kerinduan?

Malam ini malam terakhir terawih. Dan aku telah sempurnakannya.

1 syawal bakal tiba tetapi bahangnya seperti tidak terasa. Aku mengetap bibir, berkerut dahi mencari jawapan yang tidak tahu puncanya.

Mana perginya cerita A.Samad Said? Ya Tuhan dimana semangatku? Hilang....Hilang dimamah kegelapan malam yang sejuk.

Terlalu puitis untuk difahami dan Kau telah memberi 1 jawapan yang tepat.

Kau tahu dunia ini dah tua?

Kau tahu tahu dunia ini bukan milik kau.

Bangkit dan harungi untuk ke zaman akhirat.

Tak mampu membuat diri sendiri tersenyum sekurang-kurangnya membuat orang lain tersenyum kerana kita.


12.00 pm

No comments: