Friday, August 26, 2011

Puasa dan Raya.

Hello.

Berbaju lengan pendek berwarna kuning berbungkuskan selimut dan jari-jari menaip.

Jenguk ke tingkap yang berlindung disebalik langsir. Hujan sejuk disini tanpa henti. Sejuk hingga ke tulang hitam. Menangiskah hujan kerana bulan ramadhan akan berlalu?

Raya semakin hampir. Cukup hebat sambutannya. Ramai pula yang pulang ke kampung. Dan aku pula masih menunggu hari esok.

Berkumandang lagu-lagu raya di telinga.

Meraut muka beberapa kali dan tidak dapat mengenali perasaan apakah yang sedang hadir. Cuba tersenyum tetapi aku dapat rasa itu hanya pura-pura.

Dan cerita A.Samad Said masih memberi aku semangat. Maksudnya aku tahu ia mendalam :)

Selamat ulangtahun ke-3 Monolog Dalaman, 19 August 2008-19 August 2011.


10.40 pm

No comments: