Monday, February 21, 2011

24 JAM


Assalamualaikum.

Malam ini malam free kalau nak dibandingkan malam malam yang lepas. Tak ada lah free sangat cuma hold kejap kerja untuk berehat semalaman.

Kerja bertimbun langsung tak ada mood nak nak menghadap apatah lagi menyentuh. Letih, penat semua ada. Sampai makan pun kadang kadang tak terjaga, makin kurus lah nampaknya dah lah duduk tingkat 4. Macam mana?

Aku mencari sedikit masa untuk diri sendiri tetapi aku hanya ada 24jam sahaja untuk sehari. Setiap hari kelas mencecah sampai ke petang. Malam pula buat assignment sampai ke pagi, esok lusa dan seterusnya begitulah peredaran hidup aku.

Teman hidup yang special punyeee memang jauh lagi nak fikir. Rasa rasa nak suruh mama aku je yang tolong carikan. Habis belajar terus kawin. Syok tak? Tetapi aku ada lagi 2 tahun nak habiskan pengajian aku. Sabar sabar jangan gatal sangat, hi hi hi.

Pernah terdetik rasa macam nak couple tapi takut nanti tak boleh nak fokus belajar. Yelah asyik nak date je g penang ke langkawi ke bukit merah ke? Hancussss. Tak pasal pasal aku kena repeat banyak subjek. Mungkin Tuhan tak bukakan pintu hati lagi, tunggu lah ada jodoh adalah tuh :)

Sibuknyaaa aku sampai handphone pun langsung tak pegang, pergi kelas pun terkadang tak terbawa, lupa. Siapa nak hantar mesej dekat aku? Nasib baiklah ada MD dan FB tercinta boleh juga hilangkan boring.

Single dah hampir setahun lebih, pengganti pulak batang hidung pun tak nampak, bukan setakat batang hidung bayang bayang hint pun tak nampak. Bagaimana?

Lagi sebulan nak cuti. Tak sabarnya nak pergi enjoy Bukit Merah Lake Town Resort. Jom jom :D

Pelajaran lah segala galanya, cinta nanti dulu. Siapalah kita jika tiada ilmu dan kecantikan luaran adalah muslihat duniawi samata mata. Renung renungkan dan selamat beramal :)


10.03 pm


No comments: