Saturday, February 12, 2011

EVENT 2011


Selamat tengahmalam.

Tengah malam macam ini biasa lah belum tido lagi sebab tengah siapkan tugasan yang nak hantar dengan segera. Terpaksa lah tahan mata, celik besar besar supaya tak mengantuk, yeahh. Lagipun tido awal awal tak remaja, hi hi hi. Tapi kalau dah tak tahan sangat jangan dipaksa ye adik adik, tak bagus untuk otak :)

Jom kita mulakan entry yang betul betul punya.

Esok adalah hujung minggu. Kononnya nak tido lah kan tang pagi tuh, tetapi hasrat tuh terpaksa dilupakan dan aku memang di takdirkan untuk sentiasa bangun pagi.

*Mengeluh.

Kadang kadang aku mengomel sendiri dalam hati, maki pun ada sikit sikit tapi boleh dikawal lagi, tak teruk sangat cerita dia kan? HA HA HA.

Esok pagi pagi lagi dah ada family day yang dianjurkan oleh jabatan JRV yang disertai oleh pensyarah pensyarah. Mungkin lagi gempak daripada semesta lepas, hi hi hi tak sabarr :)

Part paling syok dapat baju t-shirt untuk family day punya. Korang ada? Tak ada kan? HA HA HA. Nanti kalau sempat dan ada masa segala aktiviti yang dijalankan akan diuploadkan dekat Monolog Dalaman ok kawan kawan?

Banyak kali janji nak upload gambar tapi tak sempat lagi. Banyak dekat draf cuma tak publish.








No comments: