Wednesday, February 9, 2011

AFTER MIDTERM.

Selamat petang :)

Hari ini hari rabu :) Kamu perasan tak kalau hari rabu je aku taip entry baru? Eh eh, hari ini aku baru perasan lah, hi hi hi. Tapi kenapa? Dah hari rabu je nampak macam free, sanggup gagahkan mata daripada tido walaupun dah melabuhkan badan ke katil, sayang dekat Monolog Dalaman punya pasal takpe lah kan.

Minggu ini minggu pertama selepas bercuti selama seminggu. Walaupun title je "bercuti" bagi pelajar art jangan harap lah nak senang lenang macam pelajar lain, sila faham ye. Memandangkan tugasan terlalu banyak semua plan aku semasa cuti tergendala, sampai hati lecturer :( Aku mintak maaf sebab tak sempat nak keluar bersiar siar disana sini bersama korang dikala mendapat cuti.

Aku dah banyak kali kena perli dengan kawan kawan "jom lah kuar, pebarang duk rumah, ingat kau sorang ada assignment, lek lah HA HA HA" Ye bukan aku je ada assignment tapi mungkin korang tak sebanyak aku. Dan aku sangat letih untuk itu. Faham kan?

Akhir sekali aku nak ucapkan syukur kepada Illahi kerana limpah kurnianya aku dan kawan kawan dapat menyiapkan kerja berkumpulan hanya 1 malam sahaja. Bertungkus lumus tak tido malam dan hasilnya agak memuaskan. Tak ada lah pro dan hebat sangat macam orang lain tapi mungkin 1 permulaan untuk terus maju dan memberi semangat yang kental untuk mencuba dan terus mencuba. Dah nama pun belajar, jadi kita ambil step by step demi memajukan revolusi komik malaya, kan? :D

Aku cuba upload video assignment puppet aku untuk kamu semua tapi tak berjaya, tunggu ye :)

7.02 p.m


No comments: