Monday, March 14, 2011

11 MAC 2011

Salam :)

Pada malam 11 MAC 2011 adalah sambutan hari lahir seorang rakan sekelas aku, eja namanya. Aku, rozy, qiba, siti, kecik dan ayu buat kejutan sediakan kek walaupun tak sebesar mana pun, tapi satu penghargaan buat eja yang kini dah cukup 19 tahun :)

Gembira tak terkata pada malam tuh, ketawa tak ingat dunia lebih lebih aku yang mmg kaki gelak, yang iaitu fakta dan aku akuinya.

Sesudah itu, rasa macam letih kerja pun aku tangguh kononnya nak buat esok lah kan? "Rozy, jom kita tidur jom. Aku rasa macam dah mengantuk esok kita sambung kije ye? Kata aku kepada Rozy."

Kata orang kalau gelak kuat, nanti akan menangis. Mungkin bagi aku yang dah hidup 19 tahun tak pernah rasa macam tuh. Maksud aku, aku suka gelak macam langsuir tetapi tak pernah pulak rasa sedih atau menangis selepas itu. Hmm, pelik?

Tidak untuk malam 11 MAC 2011, aku cuba pejam mata rapat-rapat tetapi otak aku masih lagi berfikir sesuatu. Tiba-tiba aku terfikir pasal mak aku, tapi kenapa sekarang? Aku nak tidur lerr.

Ok baiklah aku melayan fikiran aku kejap.

***********************************



Aku teringat dekat mak aku. Aku terfikir macam mana kalau mak aku dah tak ada sebelum sempat aku menjadi dewasa? Macam mana aku nak teruskan hidup aku, teruskan pengajian aku? Rasa menggelabah semacam, Tuhan tolong aku.

Aku teringat lagi masa aku sekolah dulu, mak aku kejutkan aku sembahyang subuh, sediakan air panas yang direbus untuk mandi, rumah aku tak ada yang shawer yang air panas sejuk. Mak aku sediakan makan pagi, tapi jarang aku sentuh makanan tuh. Mak aku paksa minum madu, tapi aku degil. Pagi2 dah kena dengar tazkirah. Mak aku selalu suruh aku tengok tibi. Alaaa, ceramah ustaz yang pagi2 tuh :)

Kadang2 aku lambat bangun mak aku gosokkan baju, kadang2 mak aku yang basuhkan kasut, kapurkan kasut. Time aku rajin aku bangun sebelum subuh aku buat homework aku kejutkan mak aku, mak aku ajarkan.

Malam2 walaupun aku tidur tapi aku separuh sedar dan aku tahu mak aku tengah potongkan kuku aku :')

Pergi sekolah mak aku yang hantarkan, balik sekolah pun mak aku yang datang ambik. Kalau aku ada kelas tambahan mak aku tak lupa bekalkan aku air milo ais dengan makanan ringan sekali.

Setiap kali masuk azan mak aku tak letih menyuruh suruh aku sembahyang, aku je yang malas.

Aku tahu mak aku cuba bagi yang terbaik dan cuba menjadikan aku anak yang baik untuk masa depan.

Aku tak tahu tanpa dia aku boleh teruskan hidup atau tak. Siapa nak suruh2 aku sembahyang? Siapa yang nak berleterkan untuk aku? Siapa?

*Aku menangis. Aku mohon Allah panjangkan umur Hanisah Haji Ahmad :')

No comments: