Wednesday, March 23, 2011

AKU, ENGKAU DAN DIA

Asslamualaikum.

Pada petang yang agak mendung tambah dengan hujan rintik-rintik air bergelora, kelas pun tak ada dan aku menghadap Monolog Dalaman ini sambil layan westlife.

Entry kali ini pasal boyfriend kau bukan boyfriend aku, cantik? Hi hi hi.

Dulu zaman sekolah aku ada terjebak dengan cinta monyet. Standard lah tuh kan? Kebanyakkan semua orang pernah merasainya termasuklah aku, aku akuinya :)

Tapi sekarang, cinta monyet dah lama aku tinggalkan walaupun begitu dia masih utuh dalam ingatan aku :') Dan aku tahu ia tidak mungkin boleh kembali lagi. Cukuplah sekadar kenangan di zaman persekolahan

Sejak 20 Disember 2009 hingga lah sekarang 23 Mac 2011 aku masih lagi memegang status single. Bukan jual mahal, bukan tak suka lelaki, bukan pula memilih cuma mungkin hati ini tak dapat nak terima sesiapa. Aura cinta monyet dulu-dulu masih kuat lagi kot? Keh keh keh.

Walaupun sejarah lama cuba aku buang jauh-jauh, apakah daya aku untuk lakukan itu semua. Luka dalam belum terubat tak kan lah nak tambah-tambahkan lagi ye tak? Jadi aku kena cool.

19 Mac 2011 jam 6.57 ptg, aku dapat 1 panggilan telefon daripada seorang perempuan. Cakap aku, kau. Agak berkurang ajar. Tapi takpe aku dengar je :)

Katanya aku kacauu boyfriend dia. Katanya lagi aku layan boyfriend dia. Haram J aku kena maki beberapa minit. Pada hakikatnya aku tak bersalah dan tak lah kemaruk sangat dengan boyfriend dia tuh walaupun jauh disudut hati aku, aku masih lagi menyayangi lelaki itu. Akan tetapi aku masih lagi punya perasaan, belas kasihan dan bertimbang rasa. Aku pernah disakiti dan mana mungkin aku menyakitkan lagi hati seorang perempuan yang mencintai teman lelakinya. Dan aku bukanlah pemusnah!

Aku cuma fikir, budak-budak dengan cinta monyet apalah sangat. Nanti belajar jauh-jauh, belajar tinggi-tinggi banyak jenis orang lagi yang dia akan jumpa. Terlalu banyak pilihan yang bagus-bagus.

Aku tak kesah orang nak cakap apa. Bagi aku, cukup lah keluarga, kawan-kawan rapat tahu aku bagaimana. Aku bukan sesiapa nak hentikan fikiran manusia lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing :)

Jujur dalam hati aku cakap, ye aku masih merindui lelaki itu, masih lagi menyayangi dan aku masih lagi menunggunya. Aku hanya mendoakan kebahgiaannya dengan sesiapa saja pilihan hidupnya. Aku tahu harapan untuk bersama dengannya hanyalah mimpi semata-mata.

Kalau aku diberi peluang. Aku mahu melelapkan mata untuk seketika dan menemuinya di alam mimpi dan menjalani hidup dengannya :')

Kurniakanlah insan yang baik untuk diri ini. Sesunguhnya Kau Maha menyayangi hamba-hambanya.

4.55 pm

1 comment:

nik aisha said...

prghhh.
sggh tabah orang ini.
hahah.