Tuesday, March 8, 2011

BILA SEORANG PEREMPUAN MENGALIRKAN AIRMATA

Assalamualaikum :)

Ok malam ni aku rasa aku nak rehat. Rehat daripada semua kerja-kerja yang membebankan kepala otak aku selama ni.

Aku balik ke bilik seperti biasa setelah 1 minggu lebih aku bertapak dekat bilik classmate aku. Bukan tak ingat nak balik mahupun tak mahu balik. Aku tahu aku tinggalkan roomate aku sorang2, aku tahu ketakutan yang dia alami tetapi alangkah tenangnya aku bila orang faham keadaan ditempat aku, rasa2 macam nak menitik airmata. Sabar nadya.




*************




Baiklah aku teruskan lagi.













Agak terkilan, macam aku dipersalahkan. Tiada niat untuk tinggalkan dia sorang2, aku tahu dia cuba faham aku cuma mungkin kalau terlalu lama macam tak ingat nak balik, mahu tak marah? Aku sangat memahami.


Banyak hati yang aku nak kena jaga. Terlalu banyak kerja yang perlu aku bereskan dalam masa yang singkat. Aku cuba jadi orang yang terbaik dapat menguruskan segalanya dengan teratur tetapi aku letih.


Dari tingkat 4 jalan jalan lebih kurang 7minit naik pulak tingkat 3, boleh dikatakan setiap hari. Bukan hanya membawa diri malah ada barang yang perlu dibawa bersama. Tapi alhamdulillah Tuhan memberikan aku kudrat yang sangat kuat.


Aku agak terasa sampai semua kawan2 dia tahu aku jarang balik bilik, tinggalkan dia sorang2, tapi itu bukan kehendak aku. Aku perlukan seseorang yang memahani. Aku perlu lakukan kerja aku demi kejayaan aku. Ikut hati mahu je duk dalam bilik, online, makan tidur pastu berjalan ke kelas.



Baru aku tahu betapa susahnya hidup. Susahnya untuk meraih kejayaan. Mungkin dugaan, aku terima dengan senyuman. Aku lupa padamu Ya Allah :(


Ini adalah hikmahnya hati aku belum terbuka untuk insan yang bernama lelaki. Tuhan selamatkan aku daripada beban2 lain. Cukuplah beban yang aku tanggungi ini.


Sedihnya hati ini, terasanya hati ini aku pendam dalam-dalam. Aku tak tunjuk bukan bermaksud aku ok, Tuhan tempat aku mengadu :') Bukan mudah bagi aku menitikkan airmata, kerana bagi aku airmata itu sangat berharga. Mereka yang rapat mungkin lebih mengetahui.


Kalu orang terdekat pun tak dapat nak fahami aku, apatah lagi orang yang jauh dengan aku.


10.22 pm

No comments: