Friday, March 18, 2011

BUKA MINDA, BUKA HATI DAN KENALI LAH DUNIA.

Assalamualaikum.

Aku terfikir beberapa kali untuk post entry kali ini. Dan aku rasa aku patut betulkan persepsi orang lain terhadap bidang entertainment. Aku tahu aku tak boleh hentikan mulut orang untuk bercakap mahupun berfikir. Tapi sekurang-kurangnya dapat membuat mereka faham sudah cukup.

Terasa hati? Macam rendah sangat martabat diri? Itu tolak jauh-jauh. Ramai yang tanya aku, "woi kau study kat mana je skrg? Kos apa yang kau ambik?" Dan aku jawap, aku study dekat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis je, aku ambik kos animation art." Jawap lagi si kawan aku ni, "Ohh, jauhnya kau disebelah utara. Huh animation art? Kos yang macam mana tuh?" Aku jawap lagi, "Jauh-jauh lah best, pebarang dekat-dekat? Hahaha. Animation Art adalah kos animasi. Alaa yang buat animasi contoh macam upin & ipin tuh. Banyak melukis babe, ishh!!" Kali ini jawapan si kawan aku buat aku sedikit bengang tapi takpe aku sabar. "Apalah kau ambik kos mengarut, ntah pape. Tak pernah dengar pun. Ape je peluang pekerjaan kau."

Sekian dialog antara aku dan seorang cik member aku ni.

****************

Bila ada beberapa kawan aku yang berkata demikian, aku rasa macam ha'ah lah kos aku ni apa je yang boleh aku buat kalau dah graduate? Rasa menyesal pulak ambik kos ni, hmm." Tetapi sekarang baru aku faham :)

Ok kita ikut fakta ye? Siapa antara orang paling kaya di dunia? Tak tahu sila search google. Aku nak tanya lagi, orang yang kaya di dunia apa kerjaya dia? Bukan ke seorang yang terjebak dalam bidang entertainment? Paling dekat kita tengok je Yusof Haslam, kaya kan? Kerja dia apa? Orang entertainment jugak kan?

Ok, korang mesti nak cakap doktor lah paling hebat, pensyarah, cikgu, majestrit, peguam dan seangkatan dengannya kan? Tapi dalam fikiran korang semestinya entertainment paling low sekali kan?

Korang terfikir tak bidang entertainment bukanlah bidang yang senang tapi cabangnya adalah terlalu luas. Contoh doktor, kerjanya hanya dihospital, jumpa pesakit bermacam ragam bermacam penyakit, tapi pernahkah korang terfikir, kalau orang takut jarum, darah boleh ke jadi doktor? Mungkin menjadi pilihan yang terakhir, kan? Cikgu @ pensyarah, ada yang minat sebagai pendidik, tetapi ada yang rasa ishh tanak aku jadi cikgu, bukan best pun mengajar budak2, tension ada ah. Budak2 sekarang nakal!! Tak pasal2 jantung aku nanti."

Kita beralih pula kepada penguam. Ada yang berimpian nak jadi peguam, ada yang kata "Kalau sejarah kau form5 tak strong jangan mimpi lah. Lagi pun english-english aku mana terror pun."

Sekarang, siapa yang tak minat fotografi? Semua minat kan? Siap ada DSLR lagi tuh. Itu pun bukan ke bidang entertainment ke? Korang je yang tak perasan. Fesyen, creative design, animation, film, photography, fine art, writing, itu semua bersangkut-paut dalam bidang entertainment.

Senang cerita lah kan, korang pakai baju kalau tak ada pereka fesyen, boleh ke korang pakai baju sekarang? Siapa yang minat tengok televisyen? Kalau tak ada animator, director boleh ke adik-adik korang tengok cerita kartun? Tengok filem melayu?

Kalau kita rajin ambil lah bidang apa pun kita boleh pergi jauh. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina. Jangan pula bertentangan dengan agama lebih-lebih lagi Islam. Itu yang penting.

Jadi moral dekat sini kita tak boleh nak menghakimi sesuatu hanya melihat luaran sebelum menyelidik secara terperincil.

5.25 pm


No comments: