Wednesday, April 6, 2011

Test haters

Mulut dah menguap, mata dah berair. Tak tahu lah petanda mengantuk atau apa. Tapi masih lagi mahu post entry baru :)

Paramore pulak tengah memekik dekat telinga aku. Kepala huyung-hayang, nyanyi kuat-kuat sebab telinga dah pekak, orang sebelah dah tegur, masuk hantu kot. Tak kesah, ini peluang lepas geram, keh keh.

Esok ada ujian akhir untuk subjek agama. Nota langsung aku tak sentuh lagi, apatah lagi membaca. Lupa letak mana, sebab menggelabah ayam packing baju nak balik homesweethome.

Tapi tak mengapa, kejap lagi aku cari ye. Kalau tak membaca esok konfem-konfem aku sibuk nak copy paste orang punya, ishh! Perangai tak ubah-ubah sejak tahun 1 lagi.

Tadi benda tak dirancang terjadi.

**********************

Kononnya nak buat 1 assgmnt tertangguh, hari tuh lupa nak buat sebab kelam kabut settle kan kerja yang penting. Lusa dah nak balik tak tahu sempat ke tak. Tapi biasanya sempat lah.

Aku & Rowzy aku buat keputusan untuk menonton teater budak filem yang buat. Tajuk dia aku lupa, macam complicated sangat nak sebut. Tapi takpa, moral yang nak disampaikan tuh buat aku tertarik untuk stay sampai 2 jam :)

2 jam, agak lama lebih lebih lagi aku yang berdiri macam kayu. Ya Tuhan, lenguh dia x payah duk cerita lah cek oii. Tapi aku tahan sebab Rowzy punya pasal. BFF lah katakan :')

By the way, good job DDV3 2011.

Esok peperangan atas kertas bermula!

*Aku harus belajar tersenyum sebelum membunuh rasa takut ku.

12.41 am

No comments: