Sunday, April 3, 2011

ONE STEP

Asslamualaikum.

Hari ini mungkin hari yang penat aku sebab bergelak ketawa sampai orang tuh terbelahakk, ha ha ha. Serius macam tak bertamadun.

Sekarang kan aku dah macam free sikit, tunggu nak balik je. Aku dan 6 orang kawan sekelas apa lagi jalan-jalan habiskan duit. Alaa perempuan babe, gila tak shopping? Perghhh.

Pergi karok, tengok wayang, dan hampir-hampir deorang nak main boling, alhamdulillah tak jadi. Aku memang tak suka main boling pun, keh keh keh.

Macam biasa aku tibai 3 lagu. 2 lagu sheila on 7, itu haruslah kan? 1 lagi lagu westlife. Ok what? Ok dah.

Wayang pulak tiba2 aku berkobar-kobar nak tengok cerita seram, Scream of the ghost. Kononnya lah kan nak menjerit dalam panggung tuh. Alih-alih aku boleh terlena. Rugi RM10 aku, huh. Seriously, macam haram J. Selama aku hidup, itu adalah cerita paling bangang yang aku pernah tengok. Cerita seram ke cerita lucu? Nak tahu macam mana? Haaaa sila lah labur duit anda dulu. Baru boleh tahuuuu.

Sebenarnya itu bukan point sebenar yang aku nak taip.

Aku menetap di Perlis mungkin dah nak masuk 1 tahun. Belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Ia negeri kedua aku selepas Kelantan.

Dekat Perlis ini serius tak ada pun benda menarik. Aku terdengar seorang budak junior cakap
"Aku tak tahu lah macam mana aku boleh tercampak dekat sini. Bukan ada apa pun. Tension gila."
Aku bermonolog, mungkin budak ni budak KL lah kot kan?

So korang pun boleh bayang kan betapa....entah lah. Tapi yang syoknya, Perlis dekat dengan Kedah, Penang, Bukit Merah, Tambun agak best lah jugak, ye dak? Cuti hujung minggu, duit masyuk sikit terus boleh jelajah, hi hi hi.

Dalam berbahasa utara pulak, aku mungkin dah dapat anugerah kot. Setakat R yang ditukar menjadi Q tuh senang macam kacang je bro, kah kah kah.

Banyak yang aku belajar dekat negeri orang. Bergaul dengan semua orang yang berlainan negeri, slank bahasa utara, selatan, timur semua ada lah. Mau tak jadi rojak aku ni.

Jauh perjalanan, luas permandangan :)

Aku bahagia disini, wahai kenangan berlalu lah engkau seperti angin.

10.48 pm



No comments: