Sunday, April 3, 2011

Tuhan duga sekejap, kebahagiaan yang kau dapat, kan?

Salam.

Pembukaan dengan nada yang baik dengan senyuman meleret sampai ke telinga.

Harini aku gembira kerana semua beban yang aku tanggung selama 5 bulan semua sudah selesai secara baik. Ingat senang nak jadi senang?

Setelah bertungkus-lumus, tak tidur malam, mata sampai sembab macam kungfu panda akhirnya aku berjaya. Berjaya siapkan semua assignment, final project yang hampir-hampir membuat aku nak menginap di tanjung rambutan.

Sticky notes yang menyemakkan lagi aku punya otak kalau on je laptop telah hilang jauhh ke dalam dustbin, aku bangga :)

Aku hanya tunggu cik cuti 6hb April untuk pulang ke home sweet home. Aku dah tak larat nak tinggal dekat sini lama-lama. Tiba masa aku nak bercuti, jalan sini sana, fuhhh.

Semesta depan aku dah naik semesta 3. Sekejap saja masa berlalu :)

Viscom dan presentation storyboard bagi aku satu pengalaman baru. Buat kerja sampai lewat malam di jabatan JRV. Creadit to Muhammad Faris Amin, Muhammad Razman, Abdul Somad, Rozaini Kamal & Zuraida Abdul Kadir :) TQ guys.

1.49 am


No comments: