Tuesday, April 5, 2011

BERIMAGINASI

Selamat tengah malam.

Esok ada test osha & kelas agama. Itu jelah saki baki yang tinggal sebelum aku byebye kan negeri Perlis Indra Kayangan ini :')

Maghrib tadi, aku keluar dari bilik nak ambil wuduk. Kira-kira 7.40 pm gitu lebih kurang. Keluar bilik pandang kanan aku tiba-tiba melihat langit. Matahari terbenam, oren. Aku tenang :')

Banyak benda dalam dunia ini aku belum gengam. Bukan tamak, tapi hanya mahukan hidup aku lengkap dengan flow agama sekali.

Dalam hidup perlulah ada perancangan. Tak menjadi kenyataan tak mengapa, Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Dulu-dulu punya cerita nak lelaki kaya, handsome, gentle, baik, memahami. Nak ada anak paling sikit 2 orang je, sepasang baby boy & baby girl "kononnya" Nak belajar sampai ke menara gading, biar orang pandang tinggi, nak jaga mak ayah. Ala-ala macam drama filem lah pulak. Perfect gituuu.

Sekarang punya cerita? Keh keh keh.

Kaya tuh tak perlu sangat, standard-standard dunia sekarang lah kan? Handsome pun tak perlu, nanti orang kebas orang yang x handsome pun kena kebas jugak. Itu lain cerita, tettt. Yang paling penting pandai melukis, bijak, baik, gentle. Kuat agama itu asas lah. Tak ada semua tuh, mungkin dah boleh ucapkan selamat jalan romeo!

Kalau boleh hari lahir aku nanti, aku nak orang sediakan kek. Time aku nak tiup lilin tuh burung-burung di awan berkicauan. Seolah-olah meraikan, Boleh?

Nanti ada masa lapang, satu impian aku, nak melihat matahari terbenam di atas bukit :')

1.35 am

3 comments:

aIEn aHMaD said...

sggh tggi imaginasi itu ye. haha :D pape pon, gud luck ok.

lima5 said...

:)

nuown said...

nadya, guna photoshop jea... hahahah