Wednesday, February 3, 2010

Aku & Cinta

Tidak pernah surut resah ini setiap kali mengenang dikau. Kerana sebuah kisah ini berhujung nestapa. Kisah kau hadir menyentuh kehidupanku. Meninggalkan bekam dihati paling aneh pernah aku rasakan.

Selama mana pun aku menunggu, empat purnama sudah berlalu, beginilah seadanya. Namun aku kekal bahagia kerana mencintaimu lebih daripada aku mencintai diri ku sendiri. Setulusnya aku sayang kau!

Bagaimana aku bisa tegarkan diri masih peduli mengenainya biar menitis airmata kala kau tidak endah dan aku masih setia ketika kau mulai mencintai insan lain dan aku gagah tersenyum melihat kau berdua sambil mendoakan kebahgiaanmu.

Sepanjang empat purnama ini berkali-kali kau jatuh cinta. Berkali-kali kau menemukan cinta dan kehilangannya. Namun tiada satu pun kau beri untuk aku. Engkau enggan membuka jalannya kerana perasaan cinta untukku tiada dalam hatimu.

Bagaimana aku mampu bertahan? Kerana itulah aku! Biar mereka mahu aku berhenti mencintaimu dan melepaskan mu saja, aku tidak mampu membuang ingatan ini. Kalaupun aku tidak layak menunggumu, aku masih mahu menyimpan perasaan ini.

Memang jatuh cinta itu aneh. Sesungguhnya ada masa-masa sukar untuk kita lepaskan sesuatu yang indah. Kau adalah kejadian paling indah berlaku dalam hidupku. Sehingga tidak ingin lagi aku melepaskan mu.

Memang ada sebuah pertemuan. Memang adanya terukir kenangan itu. Tetapi mengapa aku masih jauh ketinggalan dibelakang? Aku tiba pada garis mula tiada berpenghujung kerana telah aku katakan, aku sayang kau!

11.45 a.m

3 comments:

nik aisha said...

seyes cdeh yaa...

tcertcer said...

u hv 2 b strong as u r still very very young they r a lot of them waiting 4 u out there only thing u hv 2 b wise in choosing the best and most importantly 'solehh'. trust me 1nce u hv found d rite 1 everything in memory wit him will b gone wit d wind. don rely on hopes u hv to open-up urself 4 other opportunities 2 arise. bsides that, i really njoy reading ur writing, very interesting n i think u hv talent 2 become a good author 4 teenager. :)

Nadiatul Fatihah said...

esah; yehhh, kito dpt raso bnda hop samo kan?

tcer; huh! i apprecite apa saja yg tcer nsihat & bgtau. thnks a lot! oh really tcer? oh God! harap mulut tcer masin. pray fr me tcer! iloveyouuu.