Wednesday, March 16, 2011

I CLOSE MY EYES & I PRAY TO GOD.

Salam.

Semalam ada seorang rakan aku, entah lah orang yang keberapa yang menanyakan aku soalan yang sama " Nadia ok? Sihat? Sure?" Kadang-kadang rasa macam normal je, tapi kadang-kadang rasa macam aku ni ada masalah dimata mereka atau hanya sekadar ambil berat dan bertanya khabar?

Aku pun tak tahu apa kena dengan aku. Sekarang perasaan tak menentu banyak sangat berfikir benda yang bukan-bukan contohnya pasal entry aku yang semalam. Touching semacam, huh.

Kini baru aku tahu, semakin besar semakin banyak yang perlu di titikberatkan. Tak macam sekolah dulu-dulu buat kerja pun suruh orang, gosok baju pun mak yang tolong gosokkan, ye tak?

Aku teringat lagi masa birthday aku yang ke-17. Aku bangun dari tidur, mandi-mandi macam biasalah kan, lepas tuh bukak almari untuk ambil baju sekali ada 1 note kecil, ringkas tapi agak tersentuh hati "SELAMAT HARI LAHIR KE-17, SEMOGA DALAM KEIMANAN." Yang diberi oleh mak aku. Walaupun tiada signature tapi tulisannya amat aku kenali. Aku menghargainya :')

Hari ini, aku masuk kelas agama jam 10.00 pagi. Aku belajar pasal Menguruskan Jenazah. Korang tahu tak apa yang terlintas dalam fikiran aku? Sejak akhir-akhir ni aku selalu fikirkan mak aku, aku tak boleh bayangkan kalau dia ***** dulu sebelum aku, nauzubillah!

Dalam diam-diam aku cuba tahan airmata daripada keluar, aku takut ada yang terperasan. Aku cuba sembunyikannya. Aku buang jauh2 perasaan ini, aku tak mahu fikir lagi. Tolong aku YA ALLAH!

Tamat kelas dalam pukul 12.00 tghri aku balik ke bilik rakan sekelas aku, beli nasi bungkus untuk makan dibilik. Aku capai handphone aku di dalam poket. Aku hantar 1 keping mesej kepada kakak aku yang baru bersalin "kakak, aku terfikir macam mana kalau mama tiada. Aku takut lah. Lagipun tadi aku baru je belajar pasal menguruskan jenazah, tiba2 aku terbayangkan mama :'(" Mesej dibalas, "Kau berdoalah semoga dia panjang umur." Aku biarkan mesej itu, aku menikmati makanan yang baru saja aku beli tadi.

************************************************


Sekali lagi aku sebak untuk post entry ini.

1.14 am

2 comments:

Anonymous said...

Do your best in your life and pray as hard as u can! >.<
May Allah bless you and your family till the end.

NuHaZahari said...

sabar ja syg... apa yang boleh kita buat, like your sister said, berdoa untuk kesejahteraan orang tua kita.... aku pon dah pikir macam macam dalam kelas agama tadi.... life must go on dear :)