Wednesday, January 26, 2011

LEARN ABOUT SOMETHING.

Assalamualaikum dan selamat subuh.

Kira kira dah 2,3,4 hari tak meng-online-kan diri dan berblogging. Bukan tak sayang blog bukan tak ada cerita yang menarik cuma sibuk memanjang sampai roomate pun aku terpaksa tinggalkan dia sorang sorang. Dah cuba curi masa sedikit tapi tak sempat jugak, banyak benda yang nak kena buat dan fikir :(

Hari ini aku bangun awal lagi :) Bukan semata mata nak type blog ok tapi di sebabkan ada taklimat untuk family day yang dianjurkan oleh Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual selepas cuti tahun baru cina ini. Alang alang dah bangun awal, pakai baju semua siap on lappy menghadap blog :)

Minggu ini Tuhan saja tahu betapa penatnya aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang pensyarah bagi. Tak ada masa nak sembang, semua serius & fokus. Tido pun tak cukup, asyik mengantuk dalam kelas. Macam mana nak selesaikan masalah ini? Urghh.

Anda anda banyangkan lah 10 asgmnt dalam masa yang sama nak kena hantar sekali gus? Do you see how much kesibukan aku kan? Hp pulak buat pasal tak ada beteri, orang hantar msg call pun tak boleh, suka hati kau lah hp aku dah tak larat nak layan kau. Banyak mana sekali pun tugasan, merungut banyak lah sekali pun aku tetap buat. Aku agak tertarik dengan ayat yang pensyarah aku cakap, "Nak berjaya 1 perkara yang kita kena lakukan jangan merungut dan mengeluh, apa yang kita hadapi haruslah berdepan dengan hati terbuka." Terima kasih kerana memberi 1 nasihat yang baik :)

Aku tak kesah kerja banyak mana pun, walaupun agak tertekan tetapi setakat ini aku mampu menghadapinya dengan baik. Kat mana lagi nak dapat pengalaman macam tuh kalau bukan dekat Universiti kan? Terkejar sana sini, naik turun tangga nak dapatkan pandangan lecturer dan kawan kawan. Kat sekolah pun tak macam tuh kan? Hantar tugasan on time, buat kena sampai lecturer puas hati kalau tak kena reject. Buat dan buat lah kau nampaknay, HAHA. Kalu kat sekolah nak buat cincai cincai pun tak kesah, kan?

So now alhamdulillah semua dah selesai, cuma ada lah yang saki baki tambahan untuk cuti raya cina ni. Ok kawan kawan, aku bersurai dulu :) caucincau.

P/S: to rowzy, kecik, eja, ayu, qiba terima kasih untuk segala-galanya :)

6.43 a.m

No comments: