Saturday, January 22, 2011

HANYA SAYA BOLEH MENOLONG DIRI SAYA SENDIRI

Assalamualiakum dan selamat pagi.

Malam ini aku gagahkan mata membuat assignment yang tertunggak banyak sangat sampai aku dah tak boleh nak fikir. Jumlah tolah campur bahagi darab semua yang belum submit ada lagi baki 10. Agak agak lah sikit ke banyak ke standard? Urghh.

Ini pecah rekod dalam hidup aku, aku buat tugasan banyak itu dan aku PERLU siapkannya demi pointer aku. Masa sekolah dulu dulu pun aku tak pernah nak buat kerja sekolah yang tak seberapa nak banyak tuh apatah lagi buat kerja sampai tak tido malam? Tak lama boleh jadi gila agaknya, kan?

Nadya nadya cuba lah berusaha, semua orang pun bersusah payah juga, bukan kau sorang so tak payah nak merungut ok. Yelah, bukan merungut pun cuma aku tak sanggup kalau hari hari macam ni. Rasa nak balik rumah rehat, makan, keluar dengan member member dan yang paling penting aku nak tido tido tido. Boleh tak macam tuh kawan kawan?

Sambil sambil tak larat pun aku dah siap 2 assignment untuk malam ni. 2 je ok, 2 je bukan semua. Selagi tak siap, selagi itu lah jiwa tak boleh nak tenang sebab ada lagi baki 8 assignment. Sila sila lah rajin kan jari jemari kau nadya, demi masa depan kau jugak bukannya sesiapa. Bagi aku sedikit masa nak fokuskan apa yang perlu aku siapkan.

Ya Allah, aku tak kuat untuk berhadapan dengan apa yang aku hadapi sekarang. Jiwa aku tak kental seperti hamba Mu yang lain. Aku perlu kan semangat yang utuh didalam diri ini. Bantulah hamba Mu yang perlukan pertolongan Mu :)

3.02 a.m

No comments: