Wednesday, January 26, 2011

KEBAJIKAN :)

Selamat petang.

Pembuka cerita, buat kali kedua untuk hari ini aku berblogging. Aku suka tekan tekan keyboard, he he he. Banyak sangat cerita yang nak ditulis tetapi tak tahu nak olah macam mana, hmm. Walaubagaimanapun aku cuba, ok? :)

Seperti biasa hari rabu memang part yang paling malas adalah time kena pergi kokurikulum. Petang petang i mengantuk lah u. Tapi masih tak berani nak ponteng, kata nak dapt 4 flat kan? Kena lah bersusah payah dulu, korbankan masa tido sekejap untuk mendapat kejayaan yang besar, kan kan? He he he. Pandainya nadya~

Aktiviti untuk kelab aku tadi adalah....jeng jeng jeng buat kebajikan untuk tadika anak anak yatim. Contoh aktivitinya kiteorang mengecat dinding berwarna warni, lap lap cermin, sapu lantai, dan yang paling syok lukis cartoon dekat dinding luar. Standart lah tadika kan kena lah meriah, barulah budak budak nak datang kelas kan? Cantik siot babe! Tapi bukan aku lah yang lukis, harap je budak animasi tapi haram tak pandai melukis :(

Part yang paling best, mata aku tiba tiba terpandang seorang budak lelaki ni. Budak iT tapi pandai melukis :) Dah jatuh cinta dekat pelukis ke nadya oiii? Eh eh, mana ada. Tengok tengok jelah, hi hi hi. Muka suci je, tak banyak cakap. Sejuk hati melihatnya, ececehhh :DD

Ok dah, semua itu adalah gurauan semata mata ye adik adik, akak akak sekalian. Btw, agak seronok sekali dan 1 pengalaman yang baru untuk aku. Tak pernah pun dulu dulu, tapi sekarang pernah :)

P/S: Tertarik dengan permintaan kawan aku untuk mengetahui selanjutnya tentang posted aku yang lepas :) Nanti nanti lah ye.

7.31 p.m

No comments: