Wednesday, January 19, 2011

BERDIAM LEBIH BAIK DARIPADA BISING.

Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Untuk kesekian kalinya blog ini ditaip lagi dalam tahun 2011. Tahun baruuu tuuuu :D

Pada petang yang redup, tidak ditemani sesiapa melainkan kipas yang berpusing 360 darjah. Tengok sebelah katil budak roomate dah tidur. Mungkin letih balik dari kelas, aku pun letih jugak kot, mungkin juga sebab dia tak sihat jadi aku bukak laptop online dan buat assisgnment sikit-sikit, dah siap boleh lah rilek santai ghaib ke alam lain erti kata yang mungkin senang difahami adalah tidur, HAHA.

Macam biasa hari ini hari rabu kelas pagi pun dah start pukul 10, wow korang tahu tak itu adalah satu kesedapan untuk bangun lambat? HAHA. Yelah lah kan hari-hari asyik kelas pukul 8 jea, mana best. Tidur dah lah lambat lepas tuh kena bangun awal. Siapakah yang menyuruh kau tidur lambat nadia? Padan muka kau! Hello, aku tidur lambat bukan sebab online menghadap laptop 24 jam, bukan juga bergayut tengah malam beli super saver RM3 1jam ok. Aku buat assignment lah sambil-sambil sembang dengan roomate then tengok movie maybe, hihihi. Kata nak dapat 4 flat, usaha tangga kejayaan lah, kan? HAHA.

Ok dah dah. Sebenarnya aku nak tanya, betulkah berdiam diri lebih baik dari bercakap? Ada yang cakap "haaa, betul lah, x pyh show off sangat, grrr!" Ada pula yang cakap "wei, kita kena bercakap supaya orang tahu kehebatan kita tang mana" Dan aku percaya ada tempat yang perlu kita bersuara dan tidak perlu bersuara, iye dak? Petang tadi, aku pergi kelas, lecturer tanya budak-budak "ada sesiapa dekat sini pandai create blog?" WOWO, dengan pantas dan efisyen nye, ramai yang mengangkat tangan "saya, saya, saya. Err, naik mual aku. Perlu ke?

MOTIF: entah mungkin nak tunjuk pro atau? HAHA. Member aku sibuk2 suruh aku angkat tangan, aku biarkan jea. Setakat blog jea pn, sesiapa pun boleh create blog. Mudah macam makan kacang jea. Tak payah lah nak tunjuk-tunjuk pandai ok. Mungkin juga diaorang nak tunjukkan bakat, kan? Asal aku pulak yang emo? Haihh. Depends lah kan, siapakah aku nak mengajar orang :P

Aku pun dah tak larat nak type panjang2 dekat blog nih. Biasa biasa dah lah :D

Sekian.

P/S: Tq dad give a new laptop to me. I apprecite it! :)

4.00 p.m

No comments: